Siaran Langsung AFC Asian Cup: Syria vs Australia (Live Streaming)

Aksi kedua kumpulan B AFC Asian Cup mempertemukan Australia dan Syria di Stadium Jassim Bin Hamad pada Khamis. Australia kini berada di tangga teratas carta kumpulan B menjelang pertemuan ini selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas India pada aksi pertama. Manakala, Syria mempamerkan aksi berkualiti ketika mengikat pasukan di tangga ke-68 dunia, Uzbekistan 0-0 pada […]

AFC Asian Cup: Thailand Terpaksa Bayar Kemenangan Dengan Harga Mahal

Kemenangan yang diperoleh pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas peledak gol kemenangan perlawanan kini mengalami kecederaan. Skuad Gajah Perang kembali mengamuk sungguhpun kempen ke Piala Asia bermula hambar selepas beberapa watak penting pasukan terpaksa disisihkan. Namun begitu, sentuhan ketua jurulatih Changsuek, Matasada Ishii kembali menjadi bualan selepas berjaya membantu Thailand […]

AFC Asian Cup: “Saya Harap Pengadil Selamat Dalam Penerbangan” – Petar Segrt

Jurulatih Tajikistan, Petar Segrt akur tewas dalam aksi kedua Kumpulan A menentang tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar pada aksi di Stadium Al Bayt semalam. Gol tunggal yang dijaringkan Akram Afif dilihat sedikit kontroversi apabila pengadil tidak memberhentikan perlawanan ketika mana pergerakan pemain Tajikistan terhalang oleh kedudukan pengadil. Mengulas mengenai insiden tersebut, Petar Segrt menganggap […]

AFC Asian Cup: Qatar Pasukan Pertama Ke Pusingan Kalah Mati

Tuan rumah Piala Asia 2023 yang juga juara bertahan, Qatar mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Tajikistan semalam. Akram Afif menjadi wira Qatar apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-17 sekali gus menggembirakan ribuan penonton yang hadir ke Stadium Al Bayt. Gol yang dihasilkan Akram Afif itu menjadikan […]

AFC Asian Cup: Kim Pan-gon Mohon Maaf

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan prestasi longlai skuad kebangsaan di Piala Asia 2023. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya apabila Harimau Malaya tumbang di tangan ke-87 dunia, Jordan dengan keputusan 4-0. Sungguhpun meletakkan sasaran yang cukup besar untuk mengejutkan jaguh Timur Tengah itu, tiga gol awal yang […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Tajikistan Vs Qatar (Live Streaming)

Perlawanan kedua Piala Asia 2023 antara pasukan Tajikistan dan Qatar sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat detik bersejarah ini. Pasukan kendalian Marquez Lopez menumpukan perhatian untuk mengekalkan gelaran kejuaraan Piala Asia AFC mereka menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang Tajikistan di Stadium Al Bayt pada malam ini. Kemenangan 3-0 pada […]

AFC Asian Cup: Tular Aksi Tangkas Penjaga Gol Jepun Setanding Onana

Aksi penjaga gol kebangsaan Jepun, Zion Suzuki kembali mencuri tumpuan selepas aksinya dikatakan mirip penjaga gol Manchester United, Andre Onana. Pemain berusia 22 tahun itu diberi tanggungjawab untuk mengemudi gawang gol Samurai Biru pada aksi pertama kumpulan berdepan pasukan ke-94 dunia, Vietnam. Sungguhpun mencatatkan kemenangan besar 4-2 ke atas pasukan bimbingan Phillipe Troussier, kelibat penjaga […]

AFC Asian Cup: Thailand Gah Daki Anak Tangga Ranking FIFA

Kemenangan berharga ke atas Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan F Piala Asia 2023 semalam menyaksikan Thailand kini gah mendaki anak tangga ranking FIFA. Melalui satu hantaran yang disiarakan oleh Footy Ranking di laman X, Thailand memperolehi tambahan mata sebanyak 18.99 mata. Dengan tambahan mata itu, ranking Thailand melonjak ke kedudukan 105 dunia berbanding kedudukan ke-113 sebelum […]

AFC Asian Cup: Thailand Banggakan Asean, Malukan Kyrgyzstan

AFC Asian Cup: Aksi pertama Kumpulan F antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Thailand. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata penting bagi aksi pembukaan di Qatar. Skuad Gajah Perang bermula garang apabila satu serangan balas pantas berjaya direncanakan namun tolakan pantas Supachok Sarachat dibatalkan kerana ofsaid. Perlawanan […]

Analisis Taktikal : Memahami Isu ‘Team Cohesion’ Yang Melemaskan Harimau Malaya

Malaysia memulakan langkah kiri dalam saingan Piala Asia 2023 apabila tewas 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama Kumpulan E. Dua watak penting skuad Jordan, Mahmoud Al Mardi dan Mousa Tamari jelas menjadi pemain duri dalam daging buat pasukan Harimau Malaya apabila mereka berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Malaysia dilihat mempamerkan permainan yang berani […]

Wan Kuzain Saksikan Aksi Malaysia & Jordan Secara Langsung

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberikan sokongan padu kepada Malaysia ketika berdepan Jordan bagi aksi Piala Asia 2023. Bintang yang berkelana di USA itu kembali memberi bayangan untuk mewakili Harimau Malaya sebelum ini menerusi satu komen yang tular di media sosial. Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini pernah menjalani latihan bersama skuad […]

AFC Asian Cup: Masa Depan Bola Sepak Indonesia Tampak Cerah

Biarpun memiliki skuad termuda dalam kempen Piala Asia kali ini, namun ianya bukanlah alasan untuk Indonesia tidak mempamerkan aksi berkualiti. Dalam aksi sulung Indonesia di Piala Asia semalam, menyaksikan Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Iraq. Dengan kekalahan itu, Indonesia wajib menang ke atas Vietnam pada perlawanan kedua mereka untuk mencerahkan peluang ke peringkat […]

AFC Asian Cup: “Kritikan Terhadap Saya Akhirnya Terbalas” – Hussein Ammouta

Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta lega kritikan terhadapnya akhirnya terbalas walaupun sebelum ini beliau menerima banyak tampanan dan terpaksa mengharungi dengan sendiri. Jurulatih berpengalaman itu menjelaskan mengumpul tiga mata dalam perlawanan pertama adalah penting. Beliau memuji anak buahnya yang telah mempamerkan disiplin dan fokus dalam aksi bertemu Malaysia awal pagi tadi. Dua gol yang dijaringkan […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Thailand vs Kyrgyzstan (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Aksi AFC Asian Cup 2023 antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan mencuri tumpuan ramai tatkala perlawanan pembukaan itu menentukan nasib pasukan Asia Tenggara di Qatar pada edisi kali ini. Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic telah mencabar pasukannya untuk mencipta rekod dalam Piala Asia AFC Qatar 2023, bermula dengan pertembungan Kumpulan F menentang Thailand di […]

AFC Asian Cup: Penilaian Terhadap Matthew Davies & Romel Morales Mengejutkan Ramai Pihak

Prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia ketika tewas kepada Jordan mendukacitakan namun penilaian yang diberikan oleh dua orang pemain utama negara, Matthew Davies dan Romel Morales amat mengejutkan. Harimau Malaya turun buat kali pertama dalam kempen Piala Asia 2023 bertemu pasukan ke-87 dunia, Jordan dengan misi meraih 3 mata pertama. Hasrat itu lebur apabila pasukan bimbingan […]

AFC Asian Cup: Kim Pan-gon Mahu Pemain Malaysia Pulihkan Psikologi

Jurulatih skuad bola sepak Malaysia, Kim Pan-gon akur dengan kekalahan besar 0-4 kepada Jordan pada aksi sulung Harimau Malaya di Piala Asia 2023 awal pagi tadi. Mengakui Jordan sememangnya layak untuk menang, Pan-gon juga berharap para pemainnya dapat memulihkan psikologi sebelum berdepan Bahrain pada aksi kedua. “Memang kecewa. Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia […]