AFC Asian Cup: Indonesia Mahu Buat Sejarah Baharu

Pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri mahu membantu negaranya mencipta sejarah baharu buat bola sepak negaranya. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa Jepun merupakan lawan yang berkualiti dan mereka sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini. “Jepun adalah salah satu pasukan terbaik di Asia dan kami bersedia untuk menghadapi mereka.” Pemain berusia 24 tahun […]

AFC Asian Cup: 4 Pasukan Senasib Dengan Malaysia

Dengan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 Qatar yang semakin lengkap, terdapat beberapa pasukan yang masih gagal menjaringkan gol termasuk Malaysia. Ianya agak berbeza buat China apabila mereka sah mengakhiri Kumpulan A dengan tanpa sebarang jaringan selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia dan China, terdapat tiga lagi pasukan yang masih […]

AFC Asian Cup: Media Korea Kritik Pendekatan Jurgen Klinsmann

Salah satu media Korea telah mengkritik ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann selepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Asia yang dihadapi oleh mereka. Menurut media Sports Chosun, pendekatan yang digunakan oleh Klinsmann amat mengecewakan dan jelas berbeza dengan Paulo Bento ketika membimbing Korea Selatan di Piala Dunia Qatar yang lalu. “Sangat mengecewakan. Kerana memberi tekanan […]

AFC Asian Cup: Jurulatih China Sedia Dipecat

Jurulatih China, Aleksandar Tarkovic sudah bersedia seandainya beliau kehilangan jawatan selepas China tewas kepada Qatar dalam saingan Kumpulan A Piala Asia 2023 awal pagi tadi. Dengan kekalahan itu, China kini berisiko untuk tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Asia. Bagi Tarkovic, beliau tidak risau jika dirinya bakal dipecat. Ini kerana beliau sudah […]

AFC Asian Cup: China Merana Diaibkan Qatar

China meneruskan ketumpulan mereka di Piala Asia 2023 selepas tewas kepada tuan rumah, Qatar pada aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi. Qatar melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan dua tonggak utama pasukan iaitu Akram Afif dan Almoez Ali hanya diletakkan di bangku simpanan manakala China pula tidak menurunkan […]

AFC Asian Cup: Thailand Hampiri Kedudukan 100 Terbaik Dunia

Thailand berpeluang untuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia tidak lama lagi. Ini selepas kejayaan Thailand mengikat pasukan di ranking ke-75 dunia, Oman dalam aksi kedua kumpulan F AFC Asian Cup kelmarin. Menurut perkongsian Footy Rankings di laman X, skuad bimbingan Masatada Ishii itu telah memperoleh tambahan mata sebanyak 3.89 hasil keputusan seri semalam. Ini sekaligus […]

AFC Asian Cup: Malaysia Ikut Jejak Vietnam

Selepas kekalahan kepada Bahrain dalam aksi kedua Malaysia di Piala Asia 2023, ianya menandakan berakhir sudah harapan Harimau Malaya untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan. Kekalahan tipis 0-1 ke atas Bahrain tempoh hari menjadikan Malaysia merupakan pasukan kedua tersingkir dari Piala Asia selepas turut tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama. Pasukan pertama yang […]

Ranking FIFA: Indonesia Bakal Pintas Malaysia Dengan Satu Cara

Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia setelah mengharungi kempen yang cukup cemerlang di pentas Piala Asia AFC 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong bermula agak sumbang selepas tewas kepada Iraq dengan keputusan 3-1 namun kembali bangkit untuk menundukkan Vietnam. Kemenangan itu telah membuka jalan buat Sang Garuda menghampiri kelompok 130 dunia sekaligus memberikan tekanan kepada Malaysia […]

AFC Asian Cup: Ong Kim Swee Risau Hilang Kepakaran Stuart Wilkin

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee risau akan perjalanan perancang tengah negara, Stuart Wilkin bersama skuad kebangsaan. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengemudi jentera tengah berdepan Jordan dan juga Bahrain sungguhpun tewas kedua-dua aksi. Beliau bagaimanapun memerhatikan peranan yang dibawa oleh pemain tersebut namun yakin […]

Analisis Taktikal : Kegagalan ‘Individual Defending’ Melondehkan Blok Pertahanan Malaysia

AFC Asian Cup: Malaysia sah tersingkir daripada saingan Piala Asia 2023 apabila tewas kepada Bahrain dalam aksi kedua peringkat Kumpulan E. Lebih memeritkan, Harimau Malaya melepaskan gol di minit-minit akhir permainan menerusi situasi bola mati hasil jaringan Ali Madan. Kekalahan ini meletakkan Malaysia berada di tangga terakhir Kumpulan E setelah mencatatkan dua kekalahan daripada dua […]

AFC Asian Cup: Natxo Insa & Syamer Kutty Dinilai Sama Taraf Di Asia

AFC Asian Cup: Peranan yang ditampilkan oleh dua pemain tengah negara, Natxo Insa dan Syamer Kutty menerima penilaian yang sama di Qatar. Pemain berusia 37 tahun itu dimasukkan pada babak kedua untuk memberi keseimbangan kepada jentera tengah pasukan untuk mengambil peranan yang dibawa oleh Syamer pada babak pertama. Impak yang dibawa oleh pemain tengah berpengalaman […]

AFC Asian Cup: “Perlawanan Ini Bukanlah Perlawanan Paling Sukar” – Juan Antonio Pizzi

Jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi beranggapan bahawa aksi bertemu Malaysia bukanlah perlawanan yang paling sukar buat beliau. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, mereka sudah menjangkakan perlawanan akan menjadi sukar buat skuadnya menjaringkan gol dan hanya kesabaran serta ketenangan mampu membantu skuadnya itu. “Apabila perlawanan bermula, kita tahu ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar […]

AFC Asian Cup: Dominic Tan Pemain Terbaik Malaysia Menentang Bahrain

Biarpun tewas kepada Bahrain dalam aksi kumpulan Piala Asia 2023, beberapa pemain Malaysia telah menunjukkan aksi terbaik terutamanya pemain pertahanan, Dominic Tan. Hasil tinjauan di laman Sofascore, penilaian yang diberikan kepada Dominic Tan adalah paling tinggi dikalangan pemain Malaysia yang beraksi semalam. Dominic diberikan penilaian sebanyak 7.2/10 mata dan diikuti oleh seorang lagi pertahanan tengah […]

AFC Asian Cup: Korea Selatan Bangkit Saat Akhir, Elak Dimalukan Jordan

Aksi AFC Asian Cup antara pasukan Jordan dan Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 bagi aksi kedua Kumpulan E. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Thumama itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun tekanan pada ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann yang kehilangan beberapa tonggak utama. Taeguk Warriors bermula hebat selepas memperoleh gol awal menerusi sepakan […]

AFC Asian Cup: Seorang Pemain Malaysia Berlatih Sendirian Menjelang Aksi Lawan Bahrain

Malaysia dijangka memiliki skuad lengkap menjelang pertemuan dengan Bahrain bagi aksi kedua peringkat Kumpulan E malam ini. Perkembangan terbaru menyaksikan Harimau Malaya memiliki skuad lengkap untuk berdepan pasukan ke-87 dunia itu selepas tewas 0-4 kepada Jordan. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan barisan pemainnya sambil mahu mengekalkan identiti berdepan jaguh Timur Tengah itu. […]

AFC Asian Cup: Vietnam Alami Dua Detik Buruk, Status No.1 Asean Kini Terancam Hebat

Kedudukan Vietnam selaku jaguh nombor satu di rantau Asia Tenggara kini semakin terancam hebat selepas tewas kepada Indonesia dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Phillipe Troussier terpaksa menelan hakikat selepas tewas kepada Timnas Indonesia menerusi jaringan tunggal kapten pasukan, Asnawi Mangkualam. Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Golden Star Warriors selaku jaguh Asean kini tergugat selepas jatuh 4 […]