Arif Aiman Kini Sebaris Bintang Ternama Asia

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini boleh diletakkan sebaris bintang ternama di Asia selepas memperagakan persembahan terbaik baru-baru ini. Bintang muda berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat pasukan kendalian Tano Solari untuk membenam cabaran wakil Thailand, BG Pathum United. Arif berjaya menjaringkan dua gol ketika JDT menang dengan […]

ACL: Lion City Sailors Cemerlang Atasi Kitchee

Kelab Singapore Premier League (SPL), Lion City Sailors melakar kemenangan pertama dalam Kumpulan F dengan menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee. Selepas tunduk kepada Bangkok United dalam aksi pertama, The Sailors berharap dapat bangkit dalam aksi kedua kumpulan ACL. Sementara Kitchee pula berharap persembahan pada aksi pertama menentang Jeonbuk Hyundai Motors dapat diterjemah kepada kemenangan ke […]

ACL: Buriram United Dimalukan Ventforet Kofu

Bek tengah Malaysia, Dion Cools hampa apabila Buriram United tewas mengejut kepada Ventforet Kofu dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini. Dengan status Kofu sebagai pasukan J2 League, kelebihan dilihat memihak kepada Thunder Castle di atas kertas. Ini dapat dilihat menerusi tujuh percubaan yang dilakukan barisan serangan pelawat tetapi hanya satu percubaan tepat pada babak […]

ACL: Neymar Pacu Al-Hilal Tewaskan Kelab Iran

Keadaan padang Stadium Azadi tidak menghalang Neymar dan Al-Hilal daripada mencipta kemenangan ke atas kelab Iran, Nassaji Mazandaran dalam aksi kedua Kumpulan D hari ini. Selepas diikat 1-1 oleh Navbahor pada aksi pertama kumpulan, The Blue Waves mahu memastikan kemenangan diraih dalam aksi kedua kumpulan. Sementara Nassaji pula ingin meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan kelab […]

Tano Solari Kagum Semangat Melawan Luar Biasa JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji semangat melawan yang dipamerkan oleh pasukannya untuk menundukkan wakil Thailand, BG Pathum United di tempat lawan. Aksi kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu menyaksikan Harimau Selatan berjaya mencatatkan kemenangan besar sungguhpun perlu bangkit daripada ketinggalan. Mengulas lanjut, pengendali muda itu berpuas hati dengan corak yang dipamerkan […]

“Saya Tak Sangka Kita Kalahkan Ulsan Hyundai” – Toru Oniki

Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki seakan tak percaya tetapi gembira selepas melihat anak-anak buahnya menewaskan Ulsan Hyundai dalam aksi kedua Kumpulan I hari ini. Ini disebabkan Gremio mempunyai rekod buruk dengan The Tigers setiap kali bertembung dalam ACL. Dalam tujuh pertemuan terakhir mereka yang direkodkan Sofascore, Ulsan tidak pernah kalah dengan tiga kemenangan dan empat […]

ACL: Navbahor Namangan Malukan Mumbai City

Kelab Uzbekistan, Navbahor Namangan membuktikan mereka pasukan liat dalam Kumpulan D apabila mengatasi kelab gergasi India, Mumbai City di Stadium Markaziy. Walaupun baru membuat debut dalam ACL, Navbahor membuktikan keupayaan mereka dengan mengikat Al-Hilal 1-1 dalam aksi pertama. Manakala The Islanders pula tewas kepada kelab Iran, Nassaji Mazandaran. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, anak-anak buah […]

ACL: Gol Akhir Julang Kawasaki Frontale Benam Ulsan Hyundai

Aksi kedua Kumpulan l Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki Atlethics menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Tuan rumah berjaya melancarkan 7 percubaan ke arah gawang lawan namun hanya satu sahaja yang tepat ke sasaran. Keputusan pengendali Kawasaki Frontale, Toru […]

Siaran Langsung ACL: BG Pathum vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kedua Kumpulan l antara pasukan BG Pathum dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan pada malam ini. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang lawan itu membuka peluang buat juara bertahan Liga Super 2023 ini merakamkan kemenangan pertama di Asia. Pada aksi pembukaan tempoh hari, JDT tewas dengan keputusan tipis 1-0 sementara BG Pathum dikalahkan oleh […]

Harapan BG Pathum Kepada Chanatip Songkrasin Terlalu Tinggi

Perancang tengah BG Pathum, Chanatip Songkrasin bakal menjadi penghalang terbesar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) berkunjung ke tempat lawan bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL). Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Leo itu menyaksikan kedua-dua pasukan dalam usaha memburu kemenangan pertama di pentas Asia musim ini. Kepulangan pemain berusia 29 tahun itu setelah mengalami kecederaan […]

BG Pathum Tempang Berdepan JDT

BG Pathum United berdepan kesukaran menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) malam ini susulan masalah kecederaan yang dihadapi mereka ketika ini. Perkara ini didedahkan sendiri oleh jurulatih The Rabbits, Surachai Jaturapattarapong menjelang pertembungan dua kelab gergasi ASEAN itu. Beliau mengakui masalah ini menyukarkan BG Pathum mengatur kesebelasan terbaik untuk menentang Harimau Selatan. Pada masa […]

ACL: Al-Nassr Bangkit Kalahkan Istiklol

Cristiano Ronaldo membantu Al-Nassr bangkit untuk meraih kemenangan ke atas kelab Tajikistan, Istiklol dalam aksi kedua Kumpulan E ACL awal pagi ini. Al-Nassr berharap dapat melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua kejohanan kepada 11 perlawanan. Manakala The Lions pula berharap kemenangan hari ini mampu membantu mereka mendepani aksi play-off kejuaraan Tajikistan Higher League yang […]

ACL: Air Force Club Tumbangkan AGMK

Kelab Iraq, Air Force Club berjaya meraih tiga mata pertama ACL dengan mengalahkan kelab Uzbekistan, AGMK dalam aksi kedua Kumpulan C. Selepas tewas 3-0 kepada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad, The Miners berharap dapat meraih kemenangan pertama hari ini. Manakala The Falcons pula mahu menambah koleksi tiga mata selepas mengikat kelab Iran, Sepahan 2-2 pada […]

Tano Solari Sasar Tundukkan BG Pathum

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mensasarkan kemenangan bila mereka bertemu dengan BG Pathum esok. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas dalam aksi pertama Kumpulan I ACL, kedua-duanya berharap dapat bangkit meraih kemenangan. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Solari tidak melihat itu sebagai halangan buat mereka mencipta kemenangan pada malam esok. “(Kita) menentang […]

Keadaan Padang Iran Buat Neymar Risau

Penyerang Brazil, Neymar bimbang dengan situasi padang di Stadium Azadi menjelang aksi kedua Kumpulan D ACL antara Al-Hilal dengan Nassaji Mazandaran. Ini selepas satu video berkenaan keadaan padang Stadium Azadi tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan penjaga padang Nassaji menyambungkan potongan rumput dengan padang bagi menutup bahagian permukaan konkrit yang terdedah. Kerja-kerja penambahbaikan padang […]

BG Pathum Buat Penyokong JDT Tersenyum Panjang

Kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum memberi khabar gembira kepada para penyokong Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Harimau Selatan dalam momentum terbaik selepas menjulang Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Ujian berikutnya buat JDT adalah berdepan jaguh Thailand itu bagi aksi ACL di tempat lawan. Pasukan […]