ACL: Juara Bertahan, Urawa Reds Layu Diratah Pohang Steelers

Jaguh Jepun, Urawa Reds mencatatkan kekalahan mengejut kepada Pohang Steelers dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama itu menyaksikan barisan pemain terbaik dipertaruhkan oleh dua pasukan terbaik Asia ini bagi meraih tiga mata. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk memcari gol pembukaan perlawanan. Pasukan pelawat bagaimanapun mencipta kejutan ke atas juara bertahan itu […]

Siaran Langsung ACL: Ulsan Hyundai vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi ketiga Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara pasukan Ulsan Hyundai dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan petang ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Munsu, Korea Selatan itu menyaksikan pasukan bimbingan Tano Solari dalam misi besar untuk merobek gawang gol lawan. Skuad Harimau Selatan kini berada dalam momentum cemerlang apabila merekodkan 4 kemenangan dalam 5 […]

Keterujaan Jorge Pereyra Diaz Lawan Al-Hilal Bertukar Tragedi

Penyerang berbisa Mumbai City FC, Jorge Pereyra Diaz tidak dapat mempamerkan aksi sebenar ketika pasukannya menghadapi kekalahan besar 6-0 berdepan jaguh Arab Saudi, Al-Hilal. Pemain berusia 32 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan selaku penyerang tengah dan bergandingan bersama Vikram Pratap Lallianzuala Chhangte. Beliau bagaimanapun dikunci rapat oleh barisan pertahanan Al-Hilal yang dikemudi oleh […]

ACL: Al-Hilal ‘Bantai’ Mumbai City 6-0

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal membelasah kelab India, Mumbai City 6-0 dalam aksi ketiga Kumpulan D ACL 2023-2024 hari ini. The Blue Waves masih lagi satu pasukan yang kuat biarpun kehilangan khidmat Neymar yang berehat panjang akibat kecederaan. Dengan penjaring terbanyak Aleksandar Mitrovic mengetuai serangan, Mumbai City bakal berdepan kesukaran mengekang merantai pergerakan bekas penyerang […]

Tano Solari Seru JDT Pamer Taring Di Korea

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menyeru anak-anak buahnya agar mempamerkan aksi berkualiti menentang Ulsan Hyundai esok. Aksi esok merupakan aksi ketiga Kumpulan I ACL musim 2023-2024 membabitkan JDT dan Ulsan yang masing-masing memiliki satu kemenangan. The Tigers melihat pertemuan esok sebagai peluang membalas dendam selepas dua kali diaibkan Harimau Selatan dalam […]

Jawapan TMJ Mengenai Sasaran JDT Di ACL Musim Ini

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ memberi jawapan mengenai sasaran pasukan dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL). Skuad kendalian Tano Solari menempuhi satu musim yang cukup membanggakan selepas menjulang kejuaraan Liga Super 2023 kali ke-10 berturut-turut. Malah, musim ini dilengkapkan dengan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan juga kini selangkah […]

AFC Kesan Potensi JDT Gilap Bakat Muda Di Malaysia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi penghargaan tertinggi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas melihat potensi bakat muda Malaysia yang semakin menyinar di pentas tertinggi bola sepak Asia tersebut. Wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan memasuki musim kelima di pentas kejohanan berprestij ini. […]

Ulsan Hyundai Tewas Mengejut Sebelum Lawan JDT

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai menerima tamparan hebat selepas tewas mengejut kepada Gawangju pada aksi ke-30 liga. Skuad bimbingan Hong Myung-bo turun dengan kesebelasan terbaik di gelanggang lawan dalam misi mencuri mata penting. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gwangju itu menyaksikan aksi babak pertama berlangsung dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Aksi babak pertama tamat […]

3 Gol Pantas Pastikan Kawasaki Frontale Jerat Avispa Fukuoka

Pasukan gergasi J1 League, Kawasaki Frontale mempamerkan kebangkitan hebat selepas membenam Avispa Fukuoka dalam aksi ke-30 liga. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki Athletics itu menyaksikan Kawasaki cuba bermula dengan serangan awal untuk mencari gol awal. Usaha gigih itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap sensasi, Yusuke Segawa meledak gol pembukaan perlawanan hasil percubaan kapten […]

Ulsan Hyundai Hadapi Detik Getir Berdepan JDT

Wakil K-League 1, Ulsan Hyundai berdepan saat sukar untuk mengekalkan momentum apabila mengharungi ujian hebat menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pasukan gergasi Korea Selatan itu sedang menempuhi detik penting dalam liga bagi memburu kejuaraan pada musim ini. Ulsan bakal menghadapi cabaran pasukan tangga ketiga liga, Gwangju pada 21 Oktober 2023 dalam misi untuk […]

Al-Hilal Berisiko Hilang Neymar Di ACL

Al-Hilal berdepan risiko kehilangan Neymar untuk tempoh masa lama selepas penyerang Brazil itu dilaporkan cedera hari ini. Wartawan sukan, Fabrizio Romano melaporkan bekas penyerang PSG itu terpaksa diusung keluar oleh pasukan perubatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Brazil menentang Uruguay. Ketiadaan beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan 2-0 Brazil di tangan Uruguay hari ini. […]

Juan Muniz Julang Nama JDT Di Asia

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz kembali menjadi perhatian di Asia apabila memperagakan aksi yang cukup baik bersama pasukan. Pemain berusia 31 tahun itu beraksi dua perlawanan di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) bersama Harimau Selatan menentang Kawasaki Frontale dan juga BG Pathum United. Bintang kelahiran Sepanyol ini menjadi pilihan utama ketua […]

Kawasaki Frontale Hampir Pasti Ke ACL Musim Hadapan

Kelab elit Liga Jepun, Kawasaki Frontale hampir pasti untuk mengukuhkan tempat ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim hadapan. Lawan kepada wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah merekodkan dua kemenangan pada peringkat Kumpulan l selepas menundukkan JDT dan Ulsan Hyundai baru-baru ini. Sungguhpun pasukan bimbingan Toru Oniki melalui detik yang agak mencabar […]

Undi Arif Aiman Selaku ‘Future Star’ Di ACL

Bintang sensasi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tersenarai dalam kalangan ‘future stars’ di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tumpuan apabila aksi memukaunya telah membantu Harimay Selatan merekodkan kemenangan 4-2 menentang BG Pathum United. Beliau berjaya membuktikan kualiti dan kalibernya di hadapan gawang apabila meledak […]

JDT Tempuhi 3 Kejohanan Berbeza Serentak

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi detik yang mencabar selepas perlu mengharungi 4 perlawanan bulan Oktober di gelanggang lawan. Pasukan bimbingan Tano Solari memulakan aksi bulan ini dengan cukup cemerlang apabila merakamkan kemenangan 4-2 berdepan jaguh Thailand, BG Pathum United di tempat lawan. Ujian hebat itu bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila terdapat […]

Gol Debut Bintang AFF Thailand Terjadi Di Asia

Bintang muda Thailand, Ekanit Panya menggamit minat peminat bola sepak ASEAN dengan gol debut dalam ACL bersama Urawa Red Diamonds. Ekanit yang menyarung jersi nombor 27 membuat kemunculan pertama ACL musim ini sebagai pemain gantian pada minit ke-73. Dan bekas pemain Muangthong United itu tidak mengecewakan apabila menyumbat gol keenam yang menembusi gawang Hanoi pada […]