Demam Denggi Ancam Persiapan BG Pathum Lawan JDT

Persiapan BG Pathum United bagi mendepani aksi ACL menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terjejas susulan ramai pemain pasukan itu dijangkiti demam denggi. Hal ini didedahkan oleh jurulatih The Rabbits, Thongchai Sukkoki dalam sidang media pasca-perlawanan menentang Bangkok United semalam. Disebabkan ramai pemain dijangkiti penyakit tersebut, ini mengakibatkan ramai pemain kurang cergas menjelang aksi […]

Persaingan Penjaga Gol JDT Makin Rancak

Persaingan antara dua penjaga gol utama Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung semakin rancak. Peranan utama musim ini digalas oleh penjaga gol negara, Syihan Hazmi yang diberi kepercayaan dalam kebanyakan perlawanan. Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang apabila diturunkan dalam 21 perlawanan Liga Super 2023. Syihan beraksi dengan cukup baik […]

Ini Syarat Ketat MFL ‘Hantar’ Wakil Malaysia Ke Asia Musim 2024/25

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menetapkan syarat kelayakan bagi kelab di Malaysia untuk mewakili negara ke pentas bola sepak Asia. MFL telah meletakkan garis panduan yang jelas mengenai slot pertandingan peringkat kelab anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2024/2025. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, terdapat perubahan syarat yang dibincangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah […]

Tiket Untuk Penyokong JDT Di Thailand Dijual Pada Harga RM46

Aksi kedua ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan BG Pathum United bakal menyaksikan penyokong perlu membayar tiket berharga 350 baht (RM46). Ini selepas The Rabbits mengumumkan tiket yang bakal dijual untuk aksi ACL menentang Harimau Selatan yang berlangsung pada 3 Oktober ini. Bagi penyokong BG Pathum pula, mereka boleh mendapatkan tiket pada […]

Buriram United Pintas JDT

Kedudukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi perhatian apabila pasukan Thailand, Buriram United kembali menghuni tangg no.1 di ASEAN. Kedua-dua pasukan beraksi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) namun mengalami nasib berbeza. Buriram United yang diwakili oleh kapten Malaysia, Dion Cools memulakan kempen cemerlang apabila mencatatkan kemenangan 4-1 berdepan wakil China, […]

Gelagat Bergson Raikan Peminat Cilik Menyentuh Hati

Penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Bergson da Silva mencuit hati penyokong dengan meraikan maskot cilik sebelum perlawanan ACL membabitkan JDT dan Kawasaki Frontale. Kebiasaannya, barisan pemain kedua-dua pasukan dan pasukan pegawai perlawanan akan bersalaman bagi meraikan semangat kesukanan sebelum perlawanan. Jadi, normal bagi sesetengah maskot yang mahu bersalaman dengan pemain pujaan mereka. Menerusi […]

Saksikan Aksi Liga Juara-juara AFC & Piala AFC Di Astro

Dengan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC musim 2023-2024 sudah bermula, peminat bola sepak kini boleh melihat aksi dua kejohanan benua itu di Astro. Astro bakal menyiarkan 60 perlawanan siaran langsung dan tertunda membabitkan perlawanan pilihan ACL dan Piala AFC. Kesemua perlawanan ini akan disiarkan di Arena Bola (saluran 803 dan 804) dan […]

Dion Cools ‘Tapau’ Cabaran China Kali Kedua

Bek tengah Malaysia, Dion Cools memastikan benteng Buriram United kebal apabila membantu mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Zhejiang FC dalam saingan ACL semalam. Ini dapat dilihat berdasarkan penilaian Sofascore dalam perlawanan semalam. Biarpun beraksi sebagai bek kanan, Cools masih berupaya meraih penilaian 7.0. Biarpun bukan beraksi di posisi biasa beliau, Cools masih mampu mengeluarkan […]

Arif Aiman Dalam Radar Kawasaki Frontale

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berada dalam pemantauan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. Bintang berusia 22 tahun itu melakukan satu persembahan yang cukup baik untuk melakar satu persaingan yang cukup hebat ke atas jaguh Asia tersebut. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu bagaimanapun berakhir dengan sedikit kelesuan apabila […]

Penjaring Gol Lawan JDT Dinilai Paling Teruk Beraksi

Penjaring gol Kawasaki Frontale berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcinho membuat kejutan apabila mencatatkan penilaian paling rendah pada aksi semalam. Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan digandingkan bersama Bafetimbi Gomis dan Akihiro Ienaga. Beliau memberi masalah yang cukup besar kepada pertahanan Harimau Selatan terutamanya Matthew Davies yang beraksi selaku pertahahan […]

ACL: Urawa Reds Bergelut Ikat Wuhan Three Towns

Juara bertahan ACL, Urawa Reds bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya mengikat juara Liga Super China (CSL) musim lepas, Wuhan Three Towns dalam aksi pertama Kumpulan J ACL. Urawa yang dibimbing Maciej Skorza berharap dapat mempertahankan kejuaraan ACL yang dimenangi pada musim lepas. Sementara Wuhan pula yang membuat kemunculan debut dalam kejohanan ingin mencipta kejutan terhadap […]

Tano Solari: Kalau Kalah, Hanya Ini Caranya

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sungguhpun tewas tipis kepada Kawasaki Frontale. Harimau Selatan turun dengan barisan pemain terbaik untuk mengekang cabaran barisan bintang kelab Jepun itu untuk mendominasi perlawanan. Gol tunggal Marcinho pada minit ke-45 menyaksikan JDT mencatat kekalahan pertama musim 2023. Namun begitu, pengendali […]

ACL: JDT Catat Kekalahan Pertama Musim 2023, Tewas Kepada Kawasaki Frontale

Aksi pembukaan Kumpulan l antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada JDT. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Tano Solari melakukan beberapa perubahan dengan mempertaruhkan kudrat Shane Lowry, Afiq Fazail dan Juan Muniz dalam kesebelasan utama. Kawasaki Frontale mempunyai peluang pertama permainan […]

Penyokong Iran Berpusu-Pusu ‘Kejar’ Cristiano Ronaldo

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan warga Iran selepas tiba bersama kelabnya, Al-Nassr di negara itu semalam. Al-Nassr tiba di Tehran untuk aksi pembukaan Kumpulan E menentang Persepolis awal pagi esok. Dan seperti dijangka, nama Ronaldo menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak Iran. Akaun X Al-Nassr menunjukkan penyokong berpusu-pusu mengejar bas pasukan mereka. Disebabkan sambutan […]

Tano Solari Lancar Gerakan Kedua Di ACL

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari melakukan percaturan simpanan bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL). Perlawanan tumpulan Kumpulan l melibatkan Harimau Selatan dan Kawasaki Frontale yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pengendali kelahiran Argentina itu dilihat sudah mula merangka pelan kedua untuk membentuk skuad ampuh di kejohanan tersebut. Berdasarkan dua aksi […]

Siaran Langsung ACL: JDT vs Kawasaki Frontale, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi pembukaan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale mencuri tumpuan. Perlawanan Kumpulan l itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kehadiran 35,000 penyokong dijangka bakal membanjiri aksi tersebut. Skuad bimbingan Tano Solari kini dalam momentum terbaik selepas berjaya merekodkan 5 perlawanan tanpa kalah sementara anak buah […]