Takumi Minamino Harap Thailand ‘Bantu’ Tambat Hati Jurulatih Jepun

Bekas pemain sayap Liverpool, Takumi Minamino Thailand dapat ‘membantunya’ menambat hati jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu. Ini kerana untuk tahun 2023, beliau gagal mendapat panggilan menyertai Samurai Biru walaupun menunjukkan prestasi baik di AS Monaco pada musim lepas. Nasibnya berubah apabila berlakunya perubahan tampuk kejurulatihan dengan Adi Hutter dilantik sebagai pengurus baru Monaco selepas Philippe Clement […]

Kim Pan-gon Bangga Dengan Kinerja Shin Tae-yong Di Timnas Indonesia

Pelatih Timnas Malaysia, Kim Pan-gon, tak gengsi untuk mengungkap kekaguman dirinya terhadap kinerja rekan senegaranya, Shin Tae-yong, bersama Timnas Indonesia. Shin Tae-yong berhasil meningkatkan ranking FIFA Timnas Indonesia, dari 175 menjadi 146 dunia. Kemudian, dia juga membawa skuat Garuda U-20, U-23, dan senior lolos ke Piala Asia. Kim Pan-gon pun memuji pencapaian Shin Tae-yong tersebut. […]

Johan Ghazali Muncul Bintang Baru Paling Menyerlah 2023

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali terus mencipta sensasi dalam arena Muay Thai dunia. Ini disebabkan oleh aksi cemerlang yang dipamerkan atlet muda negara itu sepanjang tahun ini sekaligus beliau diiktiraf sebagai Bintang Baru Paling Menyerlah pada tahun 2023. Pengumuman ini dibuat menerusi instagram rasmi ONE Championship pada Jumaat yang menggambarkan kejayaan bintang berusia 17 […]

Kim Pan-gon Beri Sebab Pilih Malaysia Berbanding Negara Lain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi sebab terperinci tentang pilihannya untuk mengemudi Harimau Malaya berbanding negara lain. Kisah kejayaan Malaysia kini tular ke serata dunia termasuklah ketika merakamkan kebangkitan untuk menewaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Skuad kebangsaan juga melakukan kejutan untuk membenam cabaran India di Pestabola Merdeka sekaligus membuka mata ramai pihak […]

Jordan Dimalukan Lubnan

Skuad kebangsaan Jordan melalui persiapan yang tempang menjelang Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan selepas tewas tipis 1-2 kepada Lubnan. Jordan terlebih dahulu di hadapan melalui jaringan Hamza Al-Dardour pada minit ke-2. Jaringan pertama Lubnan terhasil melalui pemain tengah bepengalaman Mohamad Haidar pada minit ke-23. Ketika perlawanan hampir ditamatkan dengan kedudukan seri, Nour Mansour menjadi […]

Media Colombia Kongsi Tawaran Kelab Malaysia Buat Sherman Cardenas

Selepas Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 berakhir, spekulasi perpindahan mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Terbaru, seorang lagi pemain import dilaporkan bakal mewarnai saingan Liga M musim depan iaitu Sherman Cardenas. Nama Cardenas timbul selepas wartawan sukan Colombia, Miler Yovan mendedahkan khidmat pemain tengah menyerang berusia 34 tahun itu menarik minat kelab […]

Amirbek Juraboev Pilih Tinggalkan Kedah

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Amirbek Juraboev merupakan salah seorang pemain import yang tidak dikekalkan bagi menghadapi saingan musim hadapan. Dalam satu hantaran di laman Instagram, Amirbek mencoret ucapan selamat tinggal kepada para penyokong Kedah selepas satu musim bersama Sang Kenari. “Assalamualaikum untuk semua. Ia adalah masa yang sukar untuk mengucapkan selamat […]

Hazwan Bakri Cedera ACL, ‘Hilang’ Musim 2024

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri menerima tamparan hebat apabila mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan terpaksa melupakan separuh daripada saingan musim hadapan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani dalam satu hantaran di laman X milik beliau sebentar tadi. “Hazwan Bakri disahkan mengalami kecederaan ACL, dan terpaksa melupakan […]

Kerteh FC Tubuhkan Koperasi Kelab Penyokong

Kelab bola sepak yang berpangkalan di Kerteh, Terengganu, Kerteh FC terus mengorak langkah dengan pelbagai inisiatif komuniti yang menghubungkan kelab dan penyokong. Terbaru, kelab yang diberi jolokan The Oilers itu telah menubuhkan koperasi kelab penyokong mereka sendiri. Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Kerteh FC beberapa hari yang lalu. Penubuhan Koperasi […]

Teknologi Penghawa Dingin, Padang Bertaraf Dunia Antara Keunikan 9 Stadium Di Piala Asia Qatar

Kempen Piala Asia 2023 dijadualkan bakal bermula 13 Januari 2024 dengan perlawanan pembukaan melibatkan tuan rumah Qatar bertemu Lubnan di Stadium Lusail. Selain Stadium Lusail terdapat lapan lagi stadium yang bakal digunakan untuk kempen Piala Asia ini. Enam daripadanya telah menjadi venue untuk kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar tahun lalu. Stadium Al Bayt Stadium yang […]

Dua Pemain Serangan Eropah Hampiri Selangor

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC kini dalam proses untuk mempersiapkan skuad yang lebih baik menjelang musim hadapan. Dijangkakan dua pemain bahagian serangan luar negara akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Gergasi Merah iaitu bekas pemain bawah 21 tahun Turki, Deniz Hummet dan pemain kelahiran Belanda yang pernah membarisi skuad kebangsaan Cape Verde, Alvin […]

Libya Waspada Dengan Cabaran Indonesia

Biarpun memegang status sebagai pasukan berkedudukan ke-120 dunia, jurulatih Libya, Milutin Sredojevic tidak akan memandang rendah cabaran Indonesia. Pasukan dari Afrika Utara itu merupakan lawan Tim Garuda untuk dua aksi pemanas badan pra-Piala Asia. Sredojevic melihat dua aksi persahabatan itu penting kerana ini bukan saja peluang untuk beliau menguji keserasian dan keupayaan pemain Libya yang […]

Kelab Vietnam, CAHN Tewaskan PDRM

Kelab Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) memanfaatkan tempoh rehat V. League 1 dengan menewaskan pasukan Liga Super, PDRM FC semalam. Perlawanan persahabatan itu diadakan di Stadium Hang Day bagi meraikan penyokong untuk menutup tahun 2023. Memandangkan ramai pemain CAHN dipanggil ke kem skuad kebangsaan Vietnam, pengendali interim Tran Tien Dai memberi peluang kepada pemain-pemain […]

Final Zon ASEAN Jadi Pendorong Sabah

Separuh akhir Zon ASEAN bukan saja peluang Sabah FC untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Malah, sekiranya mereka berjaya mengatasi cabaran wakil A-League, Macarthur di separuh akhir, skuad Badak bakal beraksi di final Zon ASEAN di Stadium Likas. Ini selepas stadium itu dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai venue […]

Peningkatan Prestasi Harimau Malaya Dipantau Rapat FIFA

Peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh Harimau Malaya telah membuka mata Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan aksi memukau pada tahun ini. Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mengubah persepsi lawan terhadap aksi yang dipamerkan selepas berjaya membantu Malaysia untuk berada pada kemuncak prestasi. FIFA tertarik dengan tiga aspek penting yang berlaku di Malaysia setelah merekodkan […]

Oman Tumbangkan China

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara pasukan Oman dan China berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Oman. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang China itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Anak didik Branko Ivankovic menurunkan barisan bintang seperti Arshsd Al-Alawi, Abdullah Fawwaz dan juga lain-lain. China yang menghuni tangga ke-79 dunia memberi tentangan sengit seawal minit […]