Padang Stadium Man City Diserang Tikus

Juara Piala Kelab Dunia FIFA, Man City berada pada laluan tepat untuk merekodkan kemenangan rutin ke atas Sheffield United semalam. Bagaimanapun, perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut terpaksa ditangguhkan sebentar gara-gara tindakan seekor tikus menceroboh padang Stadium Etihad. Rakaman tikus berkenaan yang berlari di atas padang sebelum separuh masa kedua perlawanan bermula tular di media […]

Penyokong Jordan Bimbang Seri Di Tangan Malaysia

Usaha Jordan untuk menutup tahun 2023 dengan kemenangan gagal apabila tewas 2-1 kepada Lubnan pada 29 Disember lalu. Walaupun perlawanan ini merupakan perlawanan pemanas badan sebelum saingan Piala Asia 2023, sudah ada penyokong yang ragu-ragu dengan kemampuan anak buah Hussein Ammouta itu. Lubnan meraih kemenangan menerusi gol Mohamad Haidar dan Nour Mansour. Sementara Jordan pula […]

Kuota 10 Pemain Import ‘Lulus’ Di Liga Saudi

Saudi Pro League (SPL) bakal menyaksikan lebih ramai pemain import mewarnai saingan liga itu pada musim hadapan. Ini susulan keputusan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) dan SPL untuk meluluskan penambahan kuota pemain import yang beraksi di liga berkenaan. Saudi Gazette melaporkan semua pasukan hanya dibenarkan mendaftar 25 orang pemain utama berbanding 30 pemain sebelum […]

“Peluang Mereka Masih Ada” – Razman Roslan

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan menyifatkan peluang untuk mana-mana pemain dalam senarai bersedia masih terbuka untuk merebut tempat ke Piala Asia. Bekas pertahanan Selangor itu memberi penjelasan kepada Astro Arena berkenaan situasi kem kebangsaan yang sedang melakukan persiapan sebelum melangkah ke Qatar tidak lama lagi. Katanya, para pemain yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih, […]

Bakat Baru: Kapten Kelab England Hampiri Harimau Malaya?

Selepas beberapa pemain dari England telah menyarung jersi Harimau Malaya, kini Malaysia berpeluang mendapat seorang lagi pemain dari negara tersebut. Pemain yang dimaksudkan ialah kapten Scunthorpe United, Michael Edward Clunan. Untuk info, Scunthorpe United kini mendahului Liga Kebangsaan Utara yang mana merupakan kasta keenam Liga England. Dalam satu hantaran di laman Instagram frfuturetalents, Clunan dikatakan […]

“Semangat Bola Sepak Di Malaysia Amat Hebat” – Kim Pan-gon

Semangat yang ditunjukkan penyokong bola sepak di Malaysia skuad kebangsaan amat mengagumkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Malah, semangat penyokong terutama Ultras Malaya menjadi sebab jurulatih Korea Selatan itu menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi jurulatih skuad senior negara. Pan-gon mengakui aura yang ditonjolkan Ultras Malaya memberi semangat kepada Harimau Malaya setiap […]

UAE Bedil Kyrgyzstan

Emeriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mencatatkan kemenangan berharga selepas menewaskan Kyrgyzstan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1. Perlawanan yang menjadi aksi pemanas badan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan penting. Aksi yang berlangsung di Stadium Mohammed bin Ziyad menyaksikan anak didik Stefan Tarkovic dibarisi oleh nama-nama seperti Joel Kojo, Kai Merk […]

EPL: Kelalaian Man United Dihukum Nottingham Forest

Prestasi tidak konsisten Man United untuk musim 2023-2024 terus membuatkan pengurus mereka, Erik ten Hag menggaru kepala. Ini selepas The Red Devils tumpas 2-1 kepada Nottingham Forest dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground awal pagi ini. Kedua-dua pasukan berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas masing-masing meraih kemenangan ke atas Aston Villa […]

EPL: Manchester City Tenang Tumbangkan Sheffield United

Manchester City mudah menewaskan Sheffield United dilaman sendiri dengan jaringan 2-0. Julian Alvarez tampil mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erling Haaland dibahagian serangan pasukan. City membuka jaringan seawal minit ke-14 perlawanan menerusi Rodri yang mudah merembat masuk bola hantaran Phil Foden. Sheffield turut mempunyai beberapa peluang berbahaya hasil percubaan Osula namun gagal menerjah gawang. Bersambung […]

Kalah Kepada ‘Cristiano Ronaldo’, Karim Benzema Padam Instagram

Dua gol Cristiano Ronaldo bukan saja membantu Al-Nassr menewaskan musuh tradisi mereka, Al-Ittihad 5-2 pada 27 Disember lalu. Malah, ini mendorong bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, Karim Benzema untuk memadamkan akaun Instagram peribadinya. Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan itu dilakukan bekas penyerang Perancis itu beberapa jam selepas kekalahan besar yang dialami Al-Ittihad. Sehingga […]

EPL: Chelsea ‘Cemas’ Sebelum Tundukkan Luton Town

Dua jaringan lewat Luton Town hampir membuatkan Chelsea terkedu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. Pada aksi yang berlangsung di Kenilworth Road itu, Chelsea jelas mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah dari wisel permulaan dibunyikan. Hasilnya, anak-anak buah Mauricio Pochettino itu berjaya mendahului perlawanan menerusi tendangan kaki kiri pemain tengah, Cole Palmer seawal minit […]

Nilai Pasaran Dominic Tan Melonjak Tinggi

Persembahan memukau yang ditampilkan oleh pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan membantu beliau untuk meningkatkan nilai pasaran dengan begitu progresif. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk mengemudi jentera pertahanan pasukan. Dominic memainkan peranan yang cukup penting terutamanya membantu cabaran The Rhinos untuk melangkah ke pentas separuh […]

Bangkit Tewaskan Kyrgyzstan, Kim Pan-gon Dedah Ungkapan Semasa Rehat Kepada Pemain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berkongsi kisah di bilik persalinan ketika kejayaan mengejutkan Kyrgyztan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang lalu. Aksi kebangkitan itu menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia bahkan menjadi salah satu topik yang dibahas ketika Kim Pan-gon ditemu bual oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Pan-gon menceritakan bahawa ramai pihak […]

Johan Ghazali Bakal Dapat Kontrak 6 Angka Di ONE Championship

Habuan besar menanti atlet muay thai negara, Johan Ghazali setelah kecemerlangan yang ditampilkan beliau di pentas ONE Championship 2023. Jaguh berusia 17 tahun ini akan bakal meraih kontrak bernilai enam angka daripada ONE Championship di atas persembahan memukaunya pada tahun ini. Perkara ini dikongsikan di laman web ONE Championship ketika mengumumkan Johan Ghazali sebagai Bintang […]

“Bulan Januari Nanti Akan Ada Perubahan”

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin memberi bayangan bahawa akan ada perubahan terhadap masa depannya seawal Januari kelak. Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai ketua jurulatih, Juan Torres ketika menghadapi aksi persahabatan di Shanghai, China pada 23 dan 26 Disember lalu. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan susulan mengalami kecederaan yang memaksa hanya berada […]

Azam Azmi Kekal Di Terengganu Dengan Status Berbeza?

Penyokong Terengganu FC berpeluang melihat Azam Azmi Murad menyarung jersi pasukan itu pada musim depan. Ini kerana bek kanan berusia 22 tahun itu akan kembali menyertai skuad Peteh secara pinjaman untuk musim 2024-2025. Mengikut keterangan wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, Azam bakal memuktamadkan perpindahan tetap ke Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlebih dahulu. Setelah itu, […]