Aidil Zafuan: Saya Menanti Langkah Seterusnya Di JDT

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Aidil Zafuan Abdul Radzak secara rasmi telah menggantung but beliau hari ini. Perkara ini diumumkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya. Sepanjang 11 tahun bersama Harimau Selatan, Aidil telah menjulang 26 buah trofi termasuk Liga Super dan Piala Malaysia 2023. Walaupun mengakui tempoh […]
Andre Onana Dipanggil Sertai Skuad Cameroon

Manchester United terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama mereka, Andre Onana sekitar Januari hingga awal Februari 2024. Ini selepas Onana telah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Cameroon bagi menghadapi Piala Negara-Negara Afrika (ACN) 2023. Bekas penjaga gol Inter Milan itu sebelum ini mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa selepas bertelagah dengan jurulatih, Rigobert Song semasa Piala […]
Sukan Disiplin Campuran Dicemari Salah Guna Kuasa?

Arena sukan negara digemparkan dengan perkhabaran berkenaan salah guna kuasa yang berlaku dalam sukan disiplin campuran berikutan tindakan individu yang dikatakan melakukan salah guna kuasa untuk mengekalkan kedudukannya. Tatkala Malaysia kini dalam misi untuk memburu emas pertama di Olimpik, peminat dikejutkan dengan berita mengenai individu yang difahamkan melakukan salah guna kuasa untuk mengekalkan kedudukannya. Sukan […]
Kim Pan-gon Jadikan Park Hang-seo & Shin Tae-yong Sebagai Sumber Inspirasi

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan dua rakan senegara, Park Hang-seo dan Shin Tae-yong sebagai sumber inspirasi beliau. Pan-gon berpandangan sedemikian kerana kejayaan yang dilakar dua jurulatih itu masing-masing bersama Vietnam dan Indonesia. Tempoh enam tahun Hang-seo bersama Pahlawan Bintang Emas menyaksikan Vietnam muncul juara Piala AFF edisi 2018. Selain itu, beliau juga turut membimbing […]
BG Pathum Sambar Kapten Chonburi Dengan Tawaran ‘Pecah Panggung’

Susulan prestasi kurang memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Thai League 1, BG Pathum United mula membuat perubahan segera. Selepas membawa masuk Makoto Teguramori menggantikan pengendali sebelumnya, Thongcai Sukkoki, The Rabbits mengumumkan perpindahan pemain tengah Thailand, Kritsada Kaman. Perpindahan mengejut Kritsada diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial masing-masing hari ini. “BG Pathum […]
Safawi Rasid Buru Kebangkitan Di Qatar, Tunggu Peluang Beraksi

Pemain sayap negara, Safawi Rasid bersedia memberi yang terbaik demi membantu Malaysia dalam Piala Asia 2023 di Qatar. Musim ini menyaksikan Safawi hanya merekodkan tiga penampilan bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) selepas pulang dari tempoh pinjaman bersama Ratchaburi. Justeru, beliau berharap dapat menggunakan tahun 2024 sebagai medan kebangkitan untuk menemui sentuhan terbaiknya. Safawi […]
Endrick Dos Santos Kembali Perkuat Harimau Malaya

Sesi latihan Harimau Malaya hari ini kembali disertai pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos. Menurut wartawan MakanBola, Nik Faris, kelibat pemain berusia 27 tahun itu dirakam menyertai rakan sepasukannya di Wisma FAM pada hari keempat sesi latihan skuad kebangsaan. “Endrick Dos Santos menyertai sesi latihan Harimau Malaya hari ini untuk melengkapkan 25/26 […]
Stuart Wilkin: Beraksi Menentang Bintang EPL Jadi Cabaran Hebat Pemain Malaysia

Pemain tengah Malaysia, Stuart Wilkin mengakui kehadiran bintang EPL dalam kejohanan Piala Asia bakal memberikan cabaran hebat untuk Malaysia. Namun Stuart tidak mahu terlalu fokus terhadap pihak lawan dan mahu bekerja keras dalam mempersiapkan diri ke kejohanan Piala Asia. “Waktu yang mengujakan buat semua orang kerana sudah sekian lama Malaysia tidak muncul di Piala Asia.” […]
Muslim Ahmad Ketuai 10 Pemain Tinggalkan Sri Pahang

Sri Pahang memberi bayangan bakal dipenuhi wajah baru untuk musim hadapan apabila 10 pemain sah meninggalkan pasukan. Pertahanan berpengalaman, Muslim Ahmad antara pemain yang tidak lagi menyambung kontrak bersama Sri Pahang termasuk Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam. Perkara tersebut […]
Selangor Futsal Raih Tempat Ketiga, Kalahkan Thai Son Nam

Hajat Selangor FC Futsal meraih tempat ketiga Ho Chi Minh City Futsal Open tercapai selepas menafikan Thai Son Nam menerusi penentuan sepakan penalti. The Red Giants dan Thai Son Nam sebelum itu terikat 4-4 dalam perlawanan penuh yang menghiburkan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat kejohanan. Kedua-dua pasukan berharap dapat menutup kempen mereka dengan kemenangan. […]
Aidil Zafuan Galas Peranan Staf Kejurulatihan JDT Musim Hadapan

Lagenda bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak akan menyertai barisan kejurulatihan kelab bagi musim hadapan. Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers yang turut mengumumkan bahawa bekas ketua jurulatih, Hector Bidoglio akan kembali mengemudi pasukan bagi musim 2024/25. “Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, […]
Hector Bidoglio Kembali Kemudi JDT

Pengendali dari Argentina, Hector Bidoglio secara rasmi diumumkan sebagai pengendali kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik laman Johor Southern Tigers hari ini, Hector akan kembali mengemudi pasukan itu selepas pengendali terdahulu, Esteban Solari meninggalkan kelab. “Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat […]
Pasukan Ke-25 Dunia Umum Berdepan Bahrain

Pasukan ke-25 dunia bakal berdepan Bahrain bagi aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum melangkah ke pentas Piala Asia 2023 di Qatar tahun hadapan. Bahrain berada dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, Malaysia dan Jordan namun masih sepi tanpa sebarang pengumuman berkenaan skuad yang bakal dibawa. Pasukan ini juga menghadapi prestasi yang kurang memberangsangkan selepas tewas beberapa […]
Harimau Malaya Bakal Dapat Pemain Naturalisasi Kelahiran Jepun?

Malaysia berpotensi untuk memiliki seorang lagi pemain naturalisasi baharu menjelang tahun 2025 untuk membantu perjalanan Harimau Malaya. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini sedang melakukan persiapan rapi untuk melangkah ke Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Januari. Senarai 26 orang pemain yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyaksikan empat pemain naturalisasi negara iaitu […]
Kim Pan-Gon Taruh Harapan Besar Kepada Natxo Inso

Kelebihan yang dimiliki Natxo Insa bakal dimanfaatkan Kim Pan-gon menjelang Piala Asia yang akan membuka tirai tidak lama lagi. Kim Pan-gon yang ditemui ketika sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM pada Selasa berkata, pengalaman yang dimiliki pemain berusia 37 tahun itu sangat ditagih bagi menghadapi lawan yang lebih kuat. ”Saya jarang bercakap berkenaan […]
Duo Akhyar & Safawi Bakal Sertai Terengganu

Dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan Terengganu musim depan. Ini selepas pengumuman mengejut yang dibuat laman rasmi JDT, memaklumkan bahawa dua pemain sayap ini akan dipinjamkan ke pasukan lain. Menurut sumber terdekat yang diterima MakanBola, Akhyar dan Safawi bakal beralih angin dan menyertai skuad kendalian […]