India Open: Pearly Tan & M. Thinaah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah bangkit daripada kekecewaan tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024 dengan mara ke pusingan kedua India Open 2024. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas melepasi cabaran regu ke-24 dunia dari Taiwan, Lee Chia-hsin dan Teng Chun-hsun. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada regu Taiwan itu dengan dua […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Great Britain Mengganas Tundukkan Malaysia

Skuad hoki wanita Malaysia mengakhiri aksi kumpulan B hoki kelayakan Olimpik 2024 dengan kekalahan besar di tangan Great Britain. Skuad negara yang kini menduduki tangga terakhir kumpulan setelah tewas dalam dua aksi sebelum ini berjaya mempertahankan gawang dari dibolosi di suku pertama. Great Britain memulakan pesta jaringan apabila meledak dua gol pantas dalam masa dua […]

Azizulhasni Awang Bakal Tinggalkan Malaysia?

Jaguh basikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang bakal meninggalkan Malaysia dan kembali berlatih di Melbourne, Australia. Perkara ini didedahkan sendiri oleh ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley kepada Nadi Arena hari ini. Azizul berbuat demikian kerana ingin fokus sepenuhnya kepada persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Dengan temasya tersebut merupakan […]

AFC Asian Cup: Shin Tae-Yong Akui Pemain Indonesia Gugup

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menyifatkan barisan pemain muda kegugupan ketika beraksi dalam perlawanan pertama Piala Asia tempoh hari.  Indonesia terpaksa akur tewas kepada pasukan Iraq dengan keputusan 1-3.  Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu percaya pasukannya telah melakukan persediaan yang rapi menjelang perlawanan pertama. “Kami telah membuat persediaan dengan baik, tetapi hanya kerana terdapat begitu  […]

Yazan Al-Arab Simpan Niat Kembali Beraksi Di Liga Super Malaysia

Bekas pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab memasang niat untuk kembali semula beraksi di Liga Super Malaysia suatu hari nanti.  Pemain kebangsaan Jordan itu sebelum ini telah digantung seumur hidup daripada beraksi di Liga Malaysia selepas insiden beliau yang menyepak pengadil perlawanan.  Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yazan Al Arab akui terkejut […]

AFC Asian Cup: Gol Padu Lee Kang-in Tawan Hati Penyokong Bola Sepak

Nama Lee Kang-in kini mencuri perhatian penyokong bola sepak apabila gol jarak jauh beliau berjaya menawan hati ramai penyokong. Jaringan jarak jauh itu muncul pada minit ke-56 ketika Lee Kang-in melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain. Jaringan Lee Kang-in kemudian menerima pujian penyokong yang menganggap gol tersebut berkelas […]

Analisis Taktikal : Memahami Isu ‘Team Cohesion’ Yang Melemaskan Harimau Malaya

Malaysia memulakan langkah kiri dalam saingan Piala Asia 2023 apabila tewas 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama Kumpulan E. Dua watak penting skuad Jordan, Mahmoud Al Mardi dan Mousa Tamari jelas menjadi pemain duri dalam daging buat pasukan Harimau Malaya apabila mereka berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Malaysia dilihat mempamerkan permainan yang berani […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Arab Saudi vs Oman (Live Streaming)

Saudi Arabian FF

AFC Asian Cup: Pertemuan antara Arab Saudi dan Oman bakal menjanjikan aksi hangat memandangkan dua pasukan tersebut merupakan pasukan terkuat dalam kumpulan F Piala Asia 2023. Arab Saudi yang berada di ranking ke-56 dunia kini dilatih oleh jurulatih bertaraf dunia, Roberto Mancini yang pernah melatih Manchester City, Inter Milan dan Itali. Pasukan yang dikenali sebagai […]

Kelab K-League 1 Sambar Pratama Arhan

Selepas meninggalkan kelab J2 League, Tokyo Verdy pada penghujung tahun lepas, bek kiri Indonesia, Pratama Arhan akan terus beraksi di Asia. Ini selepas pemain pertahanan berusia 22 tahun itu sah menyertai kelab baru K-League 1, Suwon FC. Perpindahan tersebut diumumkan kelab K-League 1 itu hari ini. Ini menjadikan Arhan sebagai pemain Indonesia kedua beraksi di […]

Pratama Arhan Resmi Gabung Klub K League 1 Suwon FC

Bek kiri Timnas Indonesia, Pratama Arhan, resmi bergabung klub K League 1 alias divisi satu kompetisi Korea Selatan, Suwon FC. Kepastian ini diumumkan oleh Suwon FC melalui pengumuman resmi klub. Klub tersebut merasa terhormat bisa merekrut Pratama Arhan. “Suatu kehormatan bisa bersama Arhan! Selamat datang di Suwon FC!” tulis Suwon FC melalui Instagram resmi klub. […]

Terkini: Jose Mourinho Tinggalkan AS Roma

Saingan Serie A Itali dikejutkan dengan berita pengurus Portugal, Jose Mourinho telah meninggalkan kelab AS Roma. Pengumuman ini dibuat oleh pemilik kelab, Dan dan Ryan Friedkin menerusi satu kenyataan media di laman sesawang rasmi mereka hari ini. Selain Mourinho, beberapa staf kejurulatihan Giallorossi juga disahkan meninggalkan kelab itu bersama beliau. Semakan pada senarai staf kejurulatihan […]

Luqman Hakim Rasmi Sertai Kelab Jepun, Yokohama SCC

Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25. Bintang berusia 22 tahun itu berkelana di Eropah selama beberapa musim namun memilih untuk kembali membawa haluan ke Asia. Pemain KV Kortrijk itu sebelum ini beraksi bersama kelab divisyen satu Iceland, Njardvik FC namun terpaksa menamatkan tempoh […]

Pasukan Ke-117 Dunia Ikat Algeria

Algeria tidak boleh melupakan perlawanan malam tadi apabila Angola yang kini berada di ranking ke-117 bangkit dari ketinggalan untuk menyamakan kedudukan dengan keputusan seri 1-1 dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON). Dalam aksi di Stadium Of Peace, Bouake malam tadi, anak buah Djamel Belmadi memulakan permainan dengan baik sekaligus memecah kebuntuan pada minit ke-18 selepas […]

Wan Kuzain Saksikan Aksi Malaysia & Jordan Secara Langsung

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberikan sokongan padu kepada Malaysia ketika berdepan Jordan bagi aksi Piala Asia 2023. Bintang yang berkelana di USA itu kembali memberi bayangan untuk mewakili Harimau Malaya sebelum ini menerusi satu komen yang tular di media sosial. Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini pernah menjalani latihan bersama skuad […]

AFC Asian Cup: Masa Depan Bola Sepak Indonesia Tampak Cerah

Biarpun memiliki skuad termuda dalam kempen Piala Asia kali ini, namun ianya bukanlah alasan untuk Indonesia tidak mempamerkan aksi berkualiti. Dalam aksi sulung Indonesia di Piala Asia semalam, menyaksikan Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Iraq. Dengan kekalahan itu, Indonesia wajib menang ke atas Vietnam pada perlawanan kedua mereka untuk mencerahkan peluang ke peringkat […]

Jurulatih Al-Hilal Percaya Neymar Bertentangan Dengan Cristiano Ronaldo

Ketua jurulatih Al-Hilal FC, Jorge Jesus baru-baru ini telah mendedahkan faktor utama yang membuatkan karier Neymar dan Cristiano Ronaldo sangat bertentangan. Jorge Jesus yang merupakan jurulatih kelahiran Portugal memberitahu media bahawa Neymar lebih mementingkan kehidupan peribadi berbanding bermain bola sepak. Berbeza dengan Cristiano Ronaldo yang telah memberikan segala-galanya demi bola sepak memandangkan sukan bola sepak […]