AFC Asian Cup: “Kritikan Terhadap Saya Akhirnya Terbalas” – Hussein Ammouta

Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta lega kritikan terhadapnya akhirnya terbalas walaupun sebelum ini beliau menerima banyak tampanan dan terpaksa mengharungi dengan sendiri. Jurulatih berpengalaman itu menjelaskan mengumpul tiga mata dalam perlawanan pertama adalah penting. Beliau memuji anak buahnya yang telah mempamerkan disiplin dan fokus dalam aksi bertemu Malaysia awal pagi tadi. Dua gol yang dijaringkan […]
Stadium Selayang Bakal Jadi Gelanggang PDRM Musim 2024/25?

PDRM FC berpotensi menggunakan stadium berbeza sebagai lokasi aksi Liga Super pada musim hadapan. Sejak beberapa musim lepas, pasukan yang diberi jolokan The Cops itu menggunakan Stadium MBPJ sebagai stadium rasmi mereka untuk aksi Liga Malaysia (Liga M). Kini, Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berpotensi digunakan PDRM untuk aksi Liga M musim 2024-2025. Sebelum ini, […]
Kerana Kalah, Jurulatih Ghana Diserang Penyokong

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dikejutkan dengan insiden penyokong menyerang jurulatih Ghana, Chris Hughton semalam. Insiden ini tercetus selepas pasukan yang diberi jolokan The Black Stars itu tewas mengejut kepada pasukan kerdil, Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan B. Akhbar Daily Mail melaporkan sebaik pasukan itu tiba di hotel penginapan rasmi mereka, penyokong tersebut cuba […]
Mengganas Lawan Malaysia, Kedah Kembali Buru Mahmoud Al-Mardi

Kelincahan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi membuka mata pasukan Kedah untuk kembali mendapatkan khidmat beliau. Menerusi ciapan daripada wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Kedah dilihat teruja untuk kembali bekerjasama dengan beliau memandangkan Nafuzi Zain sangat meminati pemain berkenaan. “Kedah berminat untuk bersatu semula dengan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi. Jurulatih Nafuzi Zain adalah peminat pemain tersebut”, […]
AFC Asian Cup: Mousa Al-Tamari Lega Lepasi Halangan Malaysia

Mousa Al-Tamari lafazkan kelegaan dapat melepasi halangan Malaysia dan meraih 3 mata untuk aksi pertama Piala Asia 2023. “Alhamdulillah, kami mengucapkan tahniah kepada penyokong yang menyokong kami di atas padang hari ini. Anda tahu perlawanan pertama sentiasa menjadi perlawanan yang sukar.” “Tetapi kami satu pasukan sudah bercakap tentang hal ini sebelum perlawanan. Perlawanan ini memang […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Thailand vs Kyrgyzstan (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Aksi AFC Asian Cup 2023 antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan mencuri tumpuan ramai tatkala perlawanan pembukaan itu menentukan nasib pasukan Asia Tenggara di Qatar pada edisi kali ini. Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic telah mencabar pasukannya untuk mencipta rekod dalam Piala Asia AFC Qatar 2023, bermula dengan pertembungan Kumpulan F menentang Thailand di […]
AFC Asian Cup: Penilaian Terhadap Matthew Davies & Romel Morales Mengejutkan Ramai Pihak

Prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia ketika tewas kepada Jordan mendukacitakan namun penilaian yang diberikan oleh dua orang pemain utama negara, Matthew Davies dan Romel Morales amat mengejutkan. Harimau Malaya turun buat kali pertama dalam kempen Piala Asia 2023 bertemu pasukan ke-87 dunia, Jordan dengan misi meraih 3 mata pertama. Hasrat itu lebur apabila pasukan bimbingan […]
AFC Asian Cup: Kim Pan-gon Mahu Pemain Malaysia Pulihkan Psikologi

Jurulatih skuad bola sepak Malaysia, Kim Pan-gon akur dengan kekalahan besar 0-4 kepada Jordan pada aksi sulung Harimau Malaya di Piala Asia 2023 awal pagi tadi. Mengakui Jordan sememangnya layak untuk menang, Pan-gon juga berharap para pemainnya dapat memulihkan psikologi sebelum berdepan Bahrain pada aksi kedua. “Memang kecewa. Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia […]
Sabah Pasukan Terawal Mulakan Persiapan Pra-Musim

Meskipun Liga Super musim 2024-2025 bakal membuka tirainya pada Mei ini, Sabah FC menjadi pasukan terawal yang memulakan persiapan pra-musim. Ini selepas akaun laman media sosial skuad Badak memuatnaik gambar-gambar sesi latihan pra-musim pertama mereka semalam. Antara pemain yang sudah melapor diri untuk latihan pra-musim ialah Khairul Fahmi Che Mat, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail […]
AFC Asian Cup: Thailand Optimis Dengan Kedudukan Ranking Tercorot Kumpulan

Pengendali Thailand, Masatada Ishii mengakui kedudukan ranking pasukan itu dengan tiga pasukan lain dalam Kumpulan F menjadikan mereka sebagai pasukan bukan pilihan. Mengikut kedudukan terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad Gajah Perang berada pada kedudukan ke-113 dunia. Ini sama sekali berbeza dengan Arab Saudi yang menduduki ranking ke-56, Oman (ke-74) dan lawan mereka […]
Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia Menurun, Tolak Mata Maksimum

Ranking FIFA Malaysia: Hasrat penyokong Malaysia untuk melihat pasukan berada pada kedudukan lebih baik tidak kesampaian selepas skuad negara turun dua tangga. Harimau Malaya berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan yang dibimbing oleh Hussein Ammouta yang menyaksikan pasukan kebangsaan terpaksa menelan hakikat yang begitu berat. Malaysia tewas 0-4 kepada jaguh Timur Tengah itu sekaligus menyebabkan pasukan […]
Shin Tae-yong Heran Gol Kedua Irak Disahkan: Itu 100 Persen Offside

Pelatih Timnnas Indonesia, Shin Tae-yong, menyayangkan keputusan wasit yang mengesahkan gol kedua Irak yang diangapnya 100 persen offside. Timnas Indonesia kalah 1-3 dari Irak pada laga perdana Grup D Piala Asia 2023 tersebut bermain di Stadion Ahmad bin Ali, Al-Rayyan, Qatar, Senin (15/1/2023). Sebelum kalah, skuat Garuda berjuang begitu baik. Tertinggal lebih dulu oleh gol […]
AFC Asian Cup: Malaysia Tewas Aksi Pembukaan Berdepan Jordan

Malaysia memulakan aksi kumpulan E AFC Asian Cup dengan kekalahan di tangan pasukan di ranking ke-87 dunia, Jordan. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al Janoub, Jordan mendahului seawal minit kesebelas selepas tendangan lencong Mahmoud Al-Mardi berjaya menembusi gawang Malaysia yang dikawal Syihan Hazmi. Bintang tumpuan Jordan, Musa Al Tamari menggandakan jaringan menerusi tendangan penalti […]
Diwarnai Gol Kontroversi, Timnas Indonesia Kalah 1-3 Dari Irak

Timnas Indonesia dipaksa menelan kekalahan dari Irak dalam pertandingan perdana Grup D Piala Asia 2023 di Stadion Ahmed bini Ali Stadium, Senin (15/1/2023). Irak berhasil mencetak gol lebih dulu pada menit ke-17 melalui aksi individu Mohanad Ali. Ia melewati Elkan Baggott dengan kecepatan tinggi. Ali yang tinggal berhadapan satu lawan satu dengan Ernando Ari langsung […]
AFC Asian Cup: Iraq Sekat Kemenangan Sang Garuda, Tewaskan Indonesia

Aksi Kumpulan B kempen Piala Asia 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Iraq. Skuad Garuda dibawah kendalian Shin Tae-yong turun dengan barisan terkuat demi memastikan mata berharga dipungut dalam aksi pertama peringkat kumpulan. Iraq memecah kebuntuan terlebih dahulu seawal minit ke-17 permainan menerusi ledakan Mohanad Ali. Larian deras Mohanad yang berjaya meloloskan […]
Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Gagal Lunas Dendam, Tumpas Kepada China

Malaysia gagal membalas dendam di Sukan Asia yang lalu setelah tewas di minit akhir kepada China dalam aksi Kumpulan A hoki kelayakan Olimpik 2024. Di Sukan Asia yang lalu, China menidakkan hasrat Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir setelah terikat seri 4-4 sekaligus menguburkan impian skuad negara layak ke Olimpik melalui slot juara Sukan […]