Pandangan Berbeza Tentang Gol Romel Morales Lawan Oman

Selepas Malaysia tewas 2-0 kepada Oman pada awal pagi tadi, satu perkara yang menjadi bualan hangat penyokong ialah gol Romel Morales yang dibatalkan pengadil. Gol yang disumbang Issam Al Sabhi dan Muhsen Al-Ghassani sudah cukup memastikan kemenangan buat tuan rumah. Bagaimanapun, gol Morales yang dibatalkan pengadil pada minit ke-80 menjadi bualan hangat penyokong. Skuad negara […]
Indonesia Selangkah Pintas Malaysia

Skuad kebangsaan Indonesia kini menghampiri kedudukan ranking FIFA pasukan Malaysia. Selepas meraih kemenangan mengatasi Vietnam pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 malam semalam, skuad kendalian Shin Tae-yong telah melonjak naik di ranking ke-138 dunia. Keputusan 1-0 yang diraih Indonesia menerusi jaringan Egy Maulana Vikri memastikan Skuad Garuda mendaki lima anak tangga, mengutip sebanyak 15.37 mata […]
Terkini: Sony Norde Bawa Haluan Ke Kedah

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, Sony Norde kini berkelana pula ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan pemain sayap Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Nordé, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali […]
Kim Pan-gon Kekal Positif, Fokus Aksi Di Bukit Jalil

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak mahu menyalah keadaan susulan kecewa di tangan Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membantu Harimau Malaya merekodkan dua kemenangan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Aksi skuad negara bagaimanapun tidak berterusan menjelang pertemuan dengan Oman apabila tewas dengan keputusan 2-0. Mengulas lanjut, beliau […]
FIFA ‘Perhatikan’ Kelab Liga Malaysia

Isu tunggakan gaji yang melanda beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa tahun lalu telah mengundang perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini. Hamidin menyifatkan isu ini sebagai satu penyakit yang perlu […]
Ranking FIFA: Naik Ke 138, Timnas Indonesia Selangkah Lagi Salip Malaysia

Timnas Indonesia semakin mendekati Malaysia dalam ranking FIFA. Skuat Garuda berpotensi menyalip skuat Harimau Malaya pada 26 Maret 2024. Kemenangan Timnas Indonesia 1-0 atas Vietnam membuat skuat Garuda kini naik ke posisi 138 dunia dengan jumlah poin 1088.03, naik lima tangga setelah mendapatkan tambahan poin 15.37. Sementara itu, Malaysia tengah mengalami penurunan usai kalah 0-2 […]
Arab Saudi Ketepikan Tentangan Sengit Tajikistan

Pasukan gergasi Asia Barat, Arab Saudi terus memperkukuh cengkaman sebagai pendahulu Kumpulan G dengan menewaskan Tajikistan dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas tersingkir dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023, The Green Falcons berharap dapat bangkit dalam aksi ketiga Kumpulan G menentang The Crowns. Sementara Tajikistan yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Kedudukan Terkini Malaysia Selepas Tewas Di Tangan Oman

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia terlepas peluang untuk menghuni kelompok 120 terbaik dunia selepas tewas di tangan Oman dengan keputusan 2-0. Skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari kemenangan ketika selepas menundukkan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Hasrat besar itu bagaimanapun tertangguh apabila pulang dengan kekecewaan dari Muscat, Oman selepas tuan rumah mendapat tiga […]
Iraq Cemas Sebelum Tundukkan Filipina

Iraq meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 meskipun terpaksa menunggu hingga lewat permainan untuk menewaskan Filipina. Aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra menyaksikan pasukan tuan rumah mendominasi sebahagian besar permainan dengan penguasaan bola yang tinggi sejak minit pertama. Iraq yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini […]
Swiss Open: Langkah Lee Zii Jia Dihentikan Srikanth Kidambi

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia akur tersingkir awal setelah tumpas di tangan wakil India, Srikanth Kidambi dalam aksi pusingan kedua Swiss Open 2024. Lee Zii Jia yang memiliki rekod pertemuan yang lebih baik berdepan Srikanth bagaimanapun diasak hebat oleh pemain India tersebut sejak dari awal permainan. Wakil negara itu sedaya upaya untuk memberi saingan […]
Malaysia Akur, Tewas Kepada Oman

Kempen kelayakan Piala Dunia 2026 diteruskan melibatkan pertembungan antara Malaysia dan Oman bagi saingan Kumpulan D. Oman melayan kunjungan skuad Harimau Malaya di Stadium Sultan Qaboos. Babak pertama perlawanan menyaksikan Oman dirantai Malaysia apabila keputusan seri tanpa jaringan dicatat. Peluang terbaik buat Oman hadir pada minit ke-21 permainan apabila hantaran jauh pemain Oman menguji barisan […]
Indonesia Lakar Kejutan Benam Vietnam

Indonesia mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Vietnam untuk tahun 2024 selepas Indonesia sekali lagi memenangi perlawanan di antara kedua-dua pasukan bagi aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi. Indonesia menurunkan barisan terkuat bagi meraih kemenangan manakala Vietnam meletakkan dua bintang utama pasukan, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tien Linh di bangku simpanan. […]
Swiss Open: Dua Regu Lelaki Malaysia Alami Nasib Berbeza

Dua beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengalami nasib berbeza dalam pusingan kedua Swiss Open 2024 hari ini. Sze Fei-Nur Izzuddin yang berstatus pilihan ketujuh kejohanan terpaksa akur dengan kehebatan regu Thailand, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kedren. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu masing-masing merekodkan satu kemenangan. Sementara […]
Singapura Bangkit Ikat China

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan diantara Singapura dan China bagi aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 berakhir dengan keputusan 2-2. Seawal 10 minit permainan, penyerang China, Wu Lei menjaringkan gol pertama pasukan. China terus menguasai permainan dengan asakan bertali arus. Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny terus menjadi wira negara apabila beliau menidakkan sepakan penalti […]
Kesinambungan Idea Kim Pan-gon Mengalir Ke Kem B-23 Malaysia

Corak permainan dan filosofi yang diterapkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menjadi panduan dan teras buat skuad bawah 23 tahun negara. Pasukan muda negara kini dibimbing Juan Torres Garrido setelah mengambil peranan daripada jurulatih sebelum ini, E. Elavarasan yang kembali membantu Kim Pan-gon di skuad senior. Menurut pertahanan skuad bawah 23 tahun negara, […]
TMJ Kongsi Pelan Jangka Panjang Hafizh Syahrin Bersama JDT Racing Team

Kejayaan Hafizh Syahrin menduduki tempat kedua dalam perlumbaan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) di Thailand hujung minggu lalu menyingkap pelan seterusnya TMJ bersama JDT Racing Team. Ahad lalu, Hafizh bersama JDT Racing Team berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua di Litar Antarabangsa Chang setelah kecewa gagal menamatkan perlumbaan pertama akibat masalah teknikal. Hafizh […]