Jepun Tundukkan Korea Utara

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertemuan di antara jaguh-jaguh Asia Jepun menentang Korea Utara berkesudahan dengan keputusan 1-0. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dengan momentum cemerlang musim ini. Perlawanan separuh masa pertama tidak mengambil masa yang lama apabila jaringan perancangan tengah Jepun, Ao Tanaka berjaya membuka tirai pertama buat pasukan Jepun pada minit kedua […]

Jalil Elias & Syria Hampir Terduduk, Diikat Myanmar

Pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jalil Elias membantu Syria mengelak daripada dimalukan Myanmar dengan meraih keputusan 1-1 dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Syria berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas dibelasah Jepun 5-0 dalam aksi kedua kumpulan pada November lalu. Sementara Myanmar yang dibimbing bekas jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berharap […]

Thailand Pamer Kebangkitan Sekat Hajat Korea Selatan

Thailand berjaya mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan bagi meraih 1 mata berharga dalam kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026. Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki Thailand dengan menggandingkan Chanathip Songkrasin dan Supachai Chaided sebagai penggempur utama pasukan. Korea Selatan yang pertama kali beraksi dibawah jurulatih sementara, Hwang Sun-Hong turut menampilkan pemain-pemain terbaik seperti […]

Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan Pintas Kedudukan Malaysia

Malaysia kini memiliki motivasi untuk mendapatkan keputusan positif ke atas Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada awal pagi esok. Ini kerana berdasarkan kedudukan terkini dalam Kumpulan D, Kyrgyzstan memintas Harimau Malaya sebagai pendahulu kumpulan. Ini selepas pasukan itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Taiwan dalam aksi ketiga kumpulan di Stadium Bola […]

Finalis Piala Asia 2023, Jordan Mudah Atasi Pakistan

Finalis Piala Asia 2023, Jordan tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran Pakistan dengan keputusan 3-0. Skuad kendalian Hussein Ammouta turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Ali Olwan, Yazan Al-Naimat dan juga Mousa Al-Tamari mengetuai jentera serangan pasukan. Jordan tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Mousa Al-Tamari pada minit ke-2 hasil hantaran cantik […]

Kyrgyzstan Tumbangkan Chinese Taipei Dengan 10 Pemain

Wakil Asia Tengah, Kyrgyzstan melupakan kekecewaan kempen Piala Asia 2023 dengan menewaskan Taiwan atau nama rasminya, Chinese Taipei dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini. Selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023, The White Falcons yang dibimbing Stefan Tarkovic berazam mengutip kemenangan kedua dalam Kumpulan D. Sementara Taiwan yang dibimbing Gary White […]

Jawapan Ong Kim Swee Tentang Kemasukan Haris Stamboulidis Ke Sabah

Pengurusan Sabah FC masih belum memutuskan tentang kedudukan pemain pertahanan Greece, Haris Stamboulidis. Menurut jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu sudah menyertai sesi latihan pasukan itu sejak beberapa hari lepas. Tempoh tersebut dimanfaatkan pengurusan Sabah untuk meneliti prestasi dan keupayaan sebenar Stamboulidis di atas padang. Buat masa ini, […]

Malaysia Berdiri Sebaris Korea & Jepun Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persembahan mengagumkan Malaysia membolehkan pasukan berdiri sebaris dengan Korea Selatan dan Jepun di Kelayakan Piala Dunia 2026. Menerusi satu perkongsian oleh laman FIFA World Cup, skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Skuad kebangsaan juga menjadi negara pada kedudukan ranking FIFA paling rendah untuk menerajui carta Kumpulan […]

Hannah Yeoh Jawab Pendirian Kerajaan Tentang Penganjuran Sukan Komanwel 2026

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan Malaysia tidak akan menjadi penganjur Sukan Komanwel 2026 sekiranya perlu menggunakan wang pembayar cukai. Hal ini dinyatakan beliau dalam Sesi Waktu Menjawab Menteri di Parlimen selepas ditanya Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden tentang pendirian kerajaan sebagai penganjur temasya itu. Tambah Hannah lagi, isu penganjuran temasya […]

Pemain Malaysia Bebas Kecederaan 100% Bertemu Oman

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi jumaat ini, kesemua 24 pemain Malaysia berada dalam keadaan baik dan bebas daripada kecederaan.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mengesahkan bahwa tiada seorang pemain pun yang berlatih secara berasingan.  Ini merupakan perlawanan penting buat skuad Harimau Malaya untuk mencatatkan keputusan positif […]

Madame Pang Mahu Thailand Kejutkan Korea Selatan Kali Kedua

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Madame Pang menggesa para pemainnya untuk berjuang sehabis baik dalam usaha menyekat Korea Selatan dalam pertemuan pada Khamis. Beliau percaya pasukannya itu berpeluang untuk melakar kejutan ke atas Korea Selatan meskipun kedudukan ranking di antara kedua-dua pasukan jelas menunjukkan jurang yang besar. Korea Selatan yang kini dibimbing oleh jurulatih […]

Doan Van Hau: Kalau Mereka Bagus, Mereka Takkan Pilih Indonesia

Pertahanan kental Vietnam, Doan Van Hau menganggap kualiti pemain naturalisasi Indonesia hanyalah bertaraf Asia Tenggara. Memetik laporan VNExpress, pemain berusia 25 tahun itu menganggap tiada sebab untuk Vietnam takut berdepan Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda dan Vietnam berada dalam Kumpulan F dengan Indonesia menghuni tangga tercorot kumpulan hasil satu mata bertemu […]

Cyrus Margono Resmi Menjadi WNI

Kiper keturunan Indonesia-Iran, Cyrus Margono, akhirnya resmi menjadi Warga Negara Indonesia (WNI). Ia telah menjalani sumpah WNI di Kanwil Kemenkumham DKI Jakarta, Kamis (21/3/2024) pagi WIB. Cyrus Margono sendiri tidak menjalani proses naturalisasi. Ia tinggal diberikan status WNI saja karena pernah melepas kewarganegaraan Indonesia. Jadi, Cyrus Margono menjadi WNI lewat jalur SKIM (Surat Keterangan Keimigrasian) […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Oman vs Malaysia (Live Streaming)

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Oman dan Malaysia menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Aksi yang berlangsung di Muscat, Oman itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon turun dengan motivasi terbaik selepas merekodkan kemenangan 5-1 ke atas Nepal. Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan dengan lawan yang menghuni tangga ke-80 dunia itu tanpa beberapa pemain […]

Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Chonburi

Pasukan dari Liga Thai 1, Chonburi berangkat ke bumi Johor untuk mengharungi dua perlawanan latihan sebelum Liga Thailand kembali bersambung minggu hadapan. Ketika ini, saingan Liga Thai 1 sedang berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang sedang menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026. Seramai 23 pemain telah disenaraikan pengendali pasukan, Witthaya Lahakul bagi aksi […]

MFL Tegas Hapus Masalah Gaji Berlarutan Di Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam melihat tindakan tegas badan induk itu sebagai cara menghapuskan isu tunggakan gaji dalam Liga Malaysia (Liga M). Isu tunggakan gaji bukan sekali kedengaran dalam saingan Liga M. Saban tahun, ada saja pasukan yang menjadi bualan ramai kerana isu tersebut. Meskipun beberapa pasukan kemudiannya […]