8 Negara Berpotensi Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia Lebih Awal

Selepas tiga perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, lapan pasukan berpeluang mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya lebih awal. Mengikut senarai yang dinyatakan Footy Rankings, pasukan-pasukan itu ialah Jepun, Australia, Iran, Uzbekistan, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi. Daripada lapan pasukan tersebut, Australia, UAE, Arab Saudi, Iraq, Jepun dan Qatar […]

Ketenangan Memukau Jay Idzes Buatkan Penyokong Indonesia Cair Hati

Pemain warisan terbaharu Indonesia, Jay Idzes tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuatkan penyokong Indonesia cair hati dengan aksi terbaik dipamerkan di atas padang. Dalam aksi menentang Vietnam untuk saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, Idzes telah beraksi penuh 90 minit perlawanan dan Indonesia menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Egy […]

“Selepas Jaring Gol, Mereka Hanya Bermain Di Bawah” – Romel Morales

Biarpun skuad kebangsaan Malaysia tewas 0-2 kepada Oman dalam aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, pujian perlu diberikan kepada barisan pemain yang sentiasa berusaha mencari gol walaupun ketinggalan. Bagi penyerang Malaysia, Romel Morales, beliau berbangga dengan sumbangan semua rakan sepasukan yang sudah pun memberikan yang terbaik bagi mencipta sesuatu di Muscat, Oman. Selain […]

Skuad Muda Malaysia Tewaskan India Penuh Bergaya

Skuad B-23 tahun negara berjaya mencatat kemenangan bergaya menewaskan India dalam satu perlawanan persahabatan tertutup. Aksi pemanas badan yang berlangsung di Stadium Cheras malam semalam menyaksikan Malaysia tundukkan skuad muda India dengan keputusan 2-1. Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Juan Torres mendahului aksi dengan kelebihan satu gol menerusi jaringan sayap kanan, T. Saravanan pada […]

Pemain China Mahu Bersara Awal Gara-Gara Singapura

Kejayaan Singapura mengikat China 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 semalam mendorong kapten pasukan itu untuk mengumumkan persaraan. Akhbar South China Morning Post melaporkan kapten China, Zhang Linpeng berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi yang dipamerkan pasukan itu. Zhang melihat kegagalan China menewaskan The Lions di tempat lawan meskipun memiliki kelebihan dua gol sebagai […]

“Saya Tak Akan Sia-Siakan Kepercayaan TMJ” – Hafizh Syahrin

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui sokongan yang diberi Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim amat bermakna buat dirinya. Sebagai pelumba, Hafizh melihat sokongan yang diberi baginda mendorongnya mempamerkan prestasi positif setiap kali berlumba di atas litar. Atas sebab inilah, beliau mahu membalas kepercayaan yang […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Malaysia vs India [B-23] (Live Streaming)

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan India (B-23) menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido kini sedang menjalani persiapan sesi latihan sebelum berlepas ke Qatar bagi menghadapi aksi Piala Asia B-23. Skuad muda negara akan menghadapi ujian pertama berdepan India selepas kali terakhir beraksi kira-kira 4 bulan lalu menentang China […]

Penyokong China Berang, Minta Pulangkan Duit Tiket Selepas Diikat Singapura

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan negara mereka sekadar mendapat keputusan seri berdepan Singapura semalam. Hadir membanjiri perkarangan Stadium bagi memberi sokongan penuh buat pasukan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila Singapura berjaya bangkit menyamakan kedudukan. Dengan keputusan 2-2 yang dicatatkan malam tadi, penyokong China meluahkan rasa tidak puas hati selepas tamat perlawanan. Ramai […]

Hans Isaac: Kita Jumpa 26 Mac Nanti

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac memilih berahsia tentang keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Beliau memilih berbuat demikian selepas tular imej yang didakwa imej terbaru padang SNBJ di media sosial sejak beberapa hari lepas. Imej tersebut didakwa menunjukkan padang SNBJ dilihat masih belum kembali ke tahap terbaik meskipun perlawanan Malaysia-Oman […]

Sri Pahang Bakal Beraksi Di Stadium Temerloh?

Sri Pahang berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Stadium Darul Makmur musim hadapan. Ini selepas gelanggang keramat Tok Gajah itu akan menjalani proses naiktaraf dari segi sistem pengaliran dan rumput baharu yang bakal menjadikan stadium ini berwajah baharu. Proses naiktaraf yang dijalankan ini merupakan hasil geran penyelenggaraan kualiti rumput padang yang disumbangkan oleh […]

“Gambar Padang SNBJ Itu Bukan Hari Ini, Tunggu Hari Perlawanan” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh menafikan bahawa gambar padang yang tular itu adalah keadaan terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi satu sidang media mengenai keputusan kerajaan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026, Hannah memberi gambaran tentang kesediaan SNBJ untuk menganjurkan perlawanan. Sebelum ini, tular sebuah rakaman dron yang dikongsikan di laman Youtube […]

Rasmi: Malaysia Tolak Tawaran Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Malaysia sah menolak peluang bergelar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menggantikan Victoria, Australia. Pendirian ini dinyatakan menerusi satu kenyataan media oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dibuat hari ini. Antara sebab tawaran yang dikemukakan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) ditolak kerajaan ialah geran penajaan berjumlah £100 juta (RM603 juta) tidak akan cukup meliputi kos penganjuran […]

Taktik Mudah Oman Berkesan Lawan Malaysia

Jurulatih Oman, Jaroslv Silhavy percaya taktik mudah yang diberikan kepada anak buahnya untuk menewaskan pasukan Malaysia berkesan. Keyakinan itu disuarakan jurulatih Repbulik Czech menerusi sidang media selepas perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman pagi tadi. Silhavy menjelaskan perancangan yang dibuat sebelum ini adalah menggunakan corak permainan yang sesuai berdepan dengan pihak lawan. Meskipun mendahului dengan […]

Perubahan Saat Akhir Beri Kejayaan Besar Kepada JDT Racing Team

Risiko yang diambil oleh JDT Racing Team ketika perlumbaan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) minggu lalu ternyata membuahkan hasil yang positif. Pada Ahad lalu, JDT Racing Team yang ditunjangi oleh pelumba terkenal tanah air, Hafizh Syahrin berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua setelah hampa gagal menamatkan aksi dalam perlumbaan pertama sehari sebelum itu. […]

Kapten Oman Akui Malaysia Lawan Yang Sukar

Kapten Oman, Mohammed Al-Musalami mengakui bahwa perlawanan menentang Malaysia bukan satu tugas mudah. Beliau percaya kemenangan yang kecapi ini adalah hasil tanggungjawab daripada setiap orang dalam pasukan. Semua pemain bekerjasama dengan baik.  “Saya mengucapkan tahniah kepada peminat Oman atas kemenangan itu. Perlawanan yang sukar dan ia tidak mudah sama sekali. “Sebagai pemain, kami mengambil tanggungjawab […]

Man United & Malaysia Airlines Jalin Kerjasama

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Pengumuman kerjasama ini dibuat Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Izham Ismail dalam satu ekspo perdagangan dan industri utama di Kuala Lumpur. Pengumuman tersebut turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pakatan dan Perkongsian United, Victoria Timpson […]