Thailand Tukar Padang Baru Semata-Mata Untuk Son Heung-min

Kejayaan Korea Selatan membenam Thailand 3-0 di Stadium Rajamangala semalam disumbang oleh permukaan padang baru stadium yang cantik. Meskipun hujan lebat melanda stadium semalam, permukaan padang stadium tetap dalam keadaan baik. Ini memastikan kerancakan permainan kedua-dua pasukan tidak terjejas sama sekali. Keputusan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memasang padang baru di Stadium Rajamangala dibuat bagi […]
Warga Vietnam Mengamuk Pecahkan TV Selepas Dibelasah Indonesia

Tular sebuah video berkenaan seorang warga Vietnam mengamuk sambil memecahkan televisyen selepas sukar menerima kekalahan pasukan tanah airnya, Vietnam semalam. Video terbabit telah tular di platform media sosial X di mana beliau dilihat tidak boleh mengawal dirinya daripada marah dan terus membaling televisyennya sambil memecahkan dengan sebatang kayu. Difahamkan dalam video itu, si perakam cuba […]
“Adakah Kita Memuji Harimau Malaya Berlebih-Lebihan?” – Stanley Bernard

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard menjelaskan adakah kekalahan Harimau Malaya berpunca daripada pujian yang berlebih-lebihan. Beliau melihat daripada pelbagai aspek terutamanya kembali kepada identiti setiap pemain dan menganggap prestasi yang dipamerkan skuad negara tidak sama seperti menentang Korea Selatan pada saingan Piala Asian Cup baru-baru ini. Stanley dalam pada itu mengatakan pujian […]
Tiket Percuma Aksi JDT & Lion City Sailors Di Stadium Sultan Ibrahim

Peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim menentang Lion City Sailors secara percuma. Perkara ini dikongsikan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Johor Darul Ta’zim sebentar tadi. Aksi persahabatan menentang Lion City Sailors akan diadakan dua kali iaitu pada 4 April di Stadium […]
Punca Ramon Marcote Tinggalkan Selangor Akhirnya Terjawab

Selepas beberapa lama, penyokong Selangor FC mengetahui sebab penolong jurulatih, Ramon Marcote tidak lagi bersama pasukan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon memaklumkan Marcote meninggalkan pasukan pada penghujung musim lalu kerana kontraknya tidak disambung. Ini sekaligus meninggalkan Nidzam Jamil sebagai pembantu jurulatih kepada pengendali Selangor ketika itu, Tan Cheng Hoe. Selepas Cheng […]
Kedah Berbelanja Lagi, Sambar Peledak Serbia

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus memantapkan persiapan pasukan dengan membawa masuk penyerang Serbia, Milos Gordic. Perpindahan penyerang berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Miloš Gordić, pemain berasal dari Čačak, Serbia yang sebelum ini beraksi di Liga China […]
Madame Pang Puas Hati Hampir 50,000 Penyokong Thailand Ke Stadium

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA), Madame Pang meluahkan kelegaan beliau melihat puluhan ribu penyokong hadir ke Stadium Rajamangala bagi memberi sokongan kepada pasukan. Menerusi hantaran di Facebook rasmi Thailand FA, beliau jelas gembira melihat kehadiran para penonton yang memasang impian melihat pasukan Thailand mecapai kejayaan. “45,458 orang! Madame Pang gembira melihat gambar peminat […]
Hariss Harun Teruja Kembali Ke Stadium Sultan Ibrahim

Bekas kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hariss Harun mengakui teruja kembali beraksi di stadium keramat pasukan itu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pemain tengah Lion City Sailors itu bukan asing dengan Harimau Selatan kerana pernah mewakili pasukan itu dari 2014 hingga 2021. Justeru, tidak hairanlah apabila The Sailors mengumumkan dua aksi pemanas badan menentang […]
Tempoh Singkat Di Malaysia Tak Jejas Rentak Kemenangan Oman

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy lega pasukannya berjaya meraih tiga mata penuh meskipun persiapan di Malaysia agak singkat. Jurulatih berusia 62 tahun ini berpendapat kedua-dua buah pasukan mengalami kesukaran bermain dengan keadaan padang yang agak kurang memuaskan. “Seperti kamu tahu kami tidak lama di sini tetapi masih berikan yg terbaik. Bola sepak adalah kerja pasukan, […]
Ranking FIFA: Indonesia Pintas Malaysia Kali Pertama Selepas 5 Tahun

Ranking FIFA: Indonesia telah memintas Malaysia buat kali pertama pada kedudukan ranking FIFA selepas hampir 5 tahun tidak melakukannya. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya membawa prestasi yang diharapkan daripada Piala Asia 2023 apabila menundukkan Vietnam sebanyak dua kali. Sang Garuda merekodkan kemenangan 1-0 di laman sendiri sebelum meraih satu lagi kejayaan apabila menundukkan pasukan kendalian […]
Stuart Wilkin: Malaysia Perlu Bangkit Kerana Peluang Masih Ada

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin kekal optimis bahawa Malaysia masih berpeluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia sekali lagi tewas 2-0 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kini merekodkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan dalam kumpulan D. Stuart Wilkin turut mengakui kemampuan pasukan Oman namun beliau percaya […]
Update Ranking FIFA: Timnas Indonesia Salip Malaysia, Terbaik Ketiga Di Asia Tenggara

Timnas Indonesia berhasil mengalami kenaikkan ranking FIFA sekaligus melewati Malaysia usai mengalahkan Vietnam. Skuat Garuda kini jadi negara terbaik ketiga di Asia Tenggara. Timnas Indonesia meraih kemenangan telak 3-0 atas Vietnam dalam pertandingan lanjutan Kualifikasi Piala Dunia 2026 zona Asia di Stadion My Dinh, Hanoi, Selasa (26/3/2024). Tiga gol kemenangan skuat Garuda berhasil disumbangkan oleh […]
Croatia Bawa Pulang Trofi, Musnahkan Impian Mesir

Aksi perlawanan Acud Cup Final Cairo di antara pasukan Croatia dan Mesir berakhir dengan Croatia menewaskan lawan dengan keputusan 4-2. Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan garang apabila masing-masing mempamerkan aksi yang cemerlang untuk mendapatkan gol pembukaan. Anak buah Hossam Hassan tidak mengambil masa yang lama apabila pada minit keenam perlawanan menerusi sepakan daripada Ramy […]
Gol Dramatik Bantu England Ikat Belgium

England bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar keputusan seri 2-2 dengan Belgium di Stadium Wembley hari ini. Selepas tewas 1-0 dengan Brazil beberapa hari lalu, The Three Lions yang dibimbing Gareth Southgate perlu melakar keputusan positif. Manakala The Red Devils pula mahu melupakan kekecewaan diikat Ireland tanpa jaringan pada 24 Mac lalu. Babak pertama menyaksikan kedua-dua […]
Jalil Elias & Syria Berpesta Gol Ke Atas Myanmar

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jalil Elias membantu Syria merekodkan kemenangan besar 7-0 ke atas Myanmar dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas diikat 1-1 di Yangon beberapa hari lepas, Helang Qasiun yang dibimbing jurulatih Argentina, Hector Cuper perlu menang untuk memburu slot tempat kedua Kumpulan B. Manakala Myanmar yang dibimbing […]
Terkini: Jurulatih Vietnam Dipecat Selepas Dimalukan Indonesia

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat daripada jawatannya setelah mengalami kekalahan memalukan di tangan Indonesia di laman sendiri dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Berita ini dikongsikan oleh Asean Football menerusi satu hantaran di laman Instagram yang mengesahkan kontrak jurulatih kelahiran Perancis itu ditamatkan serta-merta selepas perlawanan. “Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menamatkan kontrak dengan […]