Aidil Zafuan Mula Tugas Baru Di JDT

Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak kini mula menjalani tugas baharu bersama pasukan bagi musim 2024/25. Beliau dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Aidil sah sudah menggantung but setelah mengharungi satu dekad yang cukup gemilang bersama Harimau Selatan. Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama JDT selain menjaringkan 8 gol […]

Putrajaya Aibkan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC memulakan kempen pra-musim 2024-2025 dengan langkah kiri apabila tewas 1-0 kepada Putrajaya FC. Perlawanan persahabatan ini diadakan secara tertutup di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang semalam. Penolong jurulatih, K. Nanthakumar menyifatkan perlawanan semalam sebagai peluang barisan pemain skuad Rusa mencari keserasian. Dan beliau percaya keserasian antara pemain akan lebih mantap menjelang […]

Terengganu Jalani Aksi Pra-Musim Di Malaysia, Bakal Uji VAR Dalam Dua Aksi

Dengan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula tidak lama lagi, Terengganu FC memilih mengadakan kempen pra-musim di Malaysia. Menurut Pengarah Sukan Terengganu, Zulfadli Rozi, keputusan ini dibuat selaras dengan usaha pasukan untuk mengurangkan kos operasi dan berbelanja secara berhemah. Sebagai permulaan, Terengganu bakal mengadakan siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang dari 31 Mac hingga 4 […]

Trio Nigeria Dalam Radar PDRM

PDRM FC kini sedang giat memborong beberapa pemain bagi mempersiap pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-2025 tidak lama lagi. PDRM yang berjaya membawa pulang satu piala musim lalu dikhabarkan bakal membawa masuk beberapa pemain baharu dengan pemain import dari Nigeria menjadi pilihan pasukan tersebut. Khabar angin ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang […]

Tindakan Sempoi Masatada Ishii Nyanyi Lagu Kebangsaan Thailand Jadi Perhatian

Tular aksi ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii sedang nyanyi lagu kebangsaan Thailand jadi perhatian peminat. Perkara itu dikongsikan oleh wartawan daripada Thailand, Ta Lao ketika aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menentang Korea Selatan semalam. Beberapa komentar daripada penyokong Thailand turut dilhat sangat teruja dan berbangga dengan jurulatih kelahiran Jepun ini kerana berusaha untuk […]

“Malaysia Mendahului Tapi Masih Kalah” – Rakhpol Sainetngam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam mengakui kelebihan psikologi yang dimiliki Australia membantu pasukan itu meraih kemenangan semalam. Aksi terbaru NSDF Futsal Championship 2024 itu menyaksikan skuad negara pada awalnya mendahului 2-0 menerusi Ridzwan Bakri (minit ke-14) dan Syahir Iqbal Khan (minit ke-16). Bagaimanapun, Australia bangkit pada babak kedua dengan menyumbat empat gol. Awalluddin Mat […]

Detik Suka Azam Azmi Bertukar Duka Dalam 24 Jam

Pertahanan kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad mengalami detik duka kurang 24 jam selepas mengalami dihujani momen gembira dalam kariernya. Skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi tentangan pasukan ke-80 dunia, Oman namun tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Penampilan pertahanan JDT yang dipinjamkan ke Terengganu bagi musim baharu bertukar cerita apabila beliau diusung keluar pada minit […]

6 Negara Sahkan Kemaraan Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2026

Enam pasukan gergasi Asia mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Enam pasukan tersebut ialah Qatar, Iran, Uzbekistan, Australia, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Maklumat ini dikongsikan oleh Footy Rankings menerusi satu hantaran di X. Keenam-enam pasukan ini layak selepas memenangi perlawanan keempat kelayakan kumpulan masing-masing. Selain mara ke pusingan akhir kelayakan […]

Penang Sambar Khidmat ‘Orang Besi’ Selangor

Penang FC menambah kekuatan pasukan bagi menghadapi saingan musim baharu Liga Super apabila membawa masuk ‘orang besi’ dari Selangor, Richmond Ankrah. Perkara tersbut dikongsikan oleh pihak pengurusan Penang melalui satu hantaran di laman Instagram rasmi kelab. “Richmond Ankrah, pemain pinjaman dari Selangor FC ini lahir pada 22 Februari 2000 di Accra, merupakan pemain bola sepak […]

Kesebelasan Utama Indonesia Mampu Gegarkan Asia

Usaha tanpa henti Indonesia dalam membawa bakat-bakat besar dari eropah semakin membuahkan hasil dan tidak mustahil akan membawa Sang Garuda menggegarkan Asia pada masa hadapan. Pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam di Hanoi, Indonesia mempamerkan kualiti permainan terbaik walaupun gagal menguasai perlawanan. Indonesia hanya memperolehi 39 peratus penguasaan bola berbanding Vietnam […]

K. Rajagobal: Kim Pan-gon Perlu Nilai Pemain Sebaiknya

Bekas pengendali skuad senior Malaysia, Datuk K. Rajagobal merasakan sudah tiba masanya Kim Pan-gon menilai kembali barisan pemain negara. Pandangan itu diutarakan beliau selepas diminta mengulas kekalahan 2-0 Malaysia di tangan Oman baru-baru ini. Dengan beberapa pemain saja yang menunjukkan prestasi baik dalam perlawanan itu, Rajagobal percaya hal ini akan mempengaruhi Pan-gon untuk melakar perancangan […]

Bintang Liga Utama Korea Kini Perkuat Kelantan

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus memantapkan pasukan dengan membawa masuk kuartet pemain dari Korea Selatan. Semalam, Kelantan mengumumkan perpindahan Kim Ri-gwan, Koo Ah-oe, Bae Kyung-hwan dan Jung Byung-ju di platform media sosial rasmi mereka. Menurut Presiden KDN FC, Rozi Muhamad, kehadiran Ri-gwan dari kelab Daegu FC dijangka memperkukuh barisan pertahanan Kijang Emas. Sementara […]

Kyrgyzstan Beri Amaran Keras Kepada Malaysia

Wakil Kumpulan D aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Kyrgyzstan memberi amaran keras kepada Malaysia menjelang aksi Jun nanti. Skuad kendalian Stefan Tarkovic mengharungi musim yang agak bercelaru namun kembali mendapat rentak dalam tiga aksi terakhir. Kyrgyzstan juga melonjak 4 anak tangga setelah merekodkan dua kemenangan berdepan Chinese Taipei sekaligus gah mendahului saingan kumpulan dengan 9 […]

Pemain Penang Temui Cinta Baru Di Iceland

Penyerang Ireland, Abdul Abdeen Temitope kini menemui haluan baru selepas dilepaskan Penang FC pada penghujung musim lepas. Penyerang berusia 28 tahun itu sah menyertai kelab divisyen dua Iceland, Dalvik/Reynir baru-baru ini. “Penyerang Ireland, Abdul Abdeen Temitope telah menandatangani kontrak setahur dengan DalvĂ­k/Reynir dan akan bermain bersama pasukan dalam Lengjudeild (divisyen dua Iceland) musim panas ini. […]

NSDF Futsal Championship: Australia Cemas Sebelum Tundukkan Malaysia

Impian Malaysia meraih kemenangan pertama terbantut setelah tumpas kepada Australia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kejohanan jemputan NSDF Futsal Championship 2024. Skuad negara turun dalam aksi terakhir kumpulan ini dengan misi memburu kemenangan pertama setelah mencatatkan satu kekalahan dan satu keputusan seri sebelum ini. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika Kejohanan Futsal AFF 2019 […]

Cemerlang Gilap Hwang Hee-chan, Jurulatih Wolves Diburu Man United

Selepas cemerlang menggilap bakat seperti Hwang Hee-chan, jurulatih Wolves iaitu Gary O’neil kini berada dalam radar Manchester United. Menerusi laporan oleh wartawan ESPN, Mark Odgen, Manchester United mahu bercakap dengan ketua jurulatih Wolverhampton Wanderers, Gary O’Neil mengenai peranan pembentukan barisan kejurulatihan baharu yang berpotensi dibentuk di Old Trafford. Kehadiran kumpulan Ineos kendalian Sir Jim Ratcliffe […]