Kecederaan Azam Azmi Serius, Mungkin Terlepas Piala Asia B-23

Pertahanan kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad mungkin terpaksa disisihkan daripada Skuad B23 kebangsaan menjelang aksi Piala Asia B23 pada bulan Mei kelak. Hal ini selepas pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ketika aksi Malaysia dan Oman malam semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika sidang media selepas perlawanan, pengendali kebangsaan Kim Pan-gon menyatakan rasa […]

Tajikistan Nafikan Hajat Tiga Mata Arab Saudi

Jaringan lewat Tajikistan selamatkan maruah pasukan ketika berdepan Arab Saudi dalam aksi keempat kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Minggu lalu, Arab Saudi yang dibimbing Roberto Mancini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan hasil jaringan ayam tambatan pasukan, Salem Al Dawsari pada awal permainan. Aksi yang berlangsung di Dushanbe Central […]

“Saya Lebih Risau Pemain Hilang Identiti Berbanding Keputusan” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa berpuas hati terhadap persembahan Harimau Malaya sungguhpun tewas kali kedua berdepan Oman di Bukit Jalil. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari tiga mata. Perjuangan hebat pemain negara akhirnya terbayar apabila berjaya menundukkan pasukan ke-80 dunia itu dengan […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Hilang Mata Maksimum, Turun Dua Tangga Lagi

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan mata penting apabila hilang mata maksimum dan turun dua tangga menentang Oman. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mencatatkan pencapaian membanggakan selepas menewaskan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Rekod itu bagaimanapun tidak berjaya dikekalkan menentang Oman di Muscat apabila skuad kebangsaan tewas 0-2 hasil dua jaringan pada babak […]

Malaysia Buntu, Tewas Kepada Oman Kali Kedua

Perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua bagi aksi kumpulan D menyaksikan pertembungan di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan 0-2. Seawal minit permainan, pemain paling bernilai ABK23, Arif Aiman hampir membuka jaringan pertama pasukan namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol Oman. Kedua buah pasukan masing-masing cuba untuk menguasai permainan. […]

Kyrgyzstan Terus Mengganas ‘Sekolahkan’ Chinese Taipei

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Kyrgyzstan sekali lagi tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Chinese Taipei. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Spartak, Kyrgyzstan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan tersebut. Anak didik Stefan Tarkovic kelihatan begitu selesa untuk beraksi di laman sendiri apabila turun dengan barisan terhebat yang diketuai oleh Joel […]

Azam Azmi Alami Kecederaan Ngeri Di SNBJ

Pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ketika ingin merebut bola bersama salah seorang pemain Oman menyebabkan kaki kirinya keihatan ‘tersangkut’ di atas permukaan padang dan seakan terseliuh. Akibat daripada insiden malang itu, beliau […]

Korea Selatan Kekal Jaguh Asia, Belasah Thailand

Perlawanan keempat aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Thailand berdepan jaguh Asia Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan 3-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala Bangkok, Thailand itu bermula dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan prestasi yang cemerlang. Anak buah pengendali sementara Korea Selatan, Hwang Sun-Hong membuat beberapa serangan bagi mencari gol pembukaan, namun tiada sebarang gol […]

Singapura Jadi Mangsa Amukan China

China tidak berdepan masalah yang besar untuk mengutip tiga mata penuh menentang Singapura dalam aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Olimpik Tianjin sebentar tadi. Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan tanpa kehadiran penyerang berbisa masing-masing. China memulakan perlawanan tanpa Elkeson manakala Singapura pula turun tanpa Ikhsan Fandi. Kedua-duanya memulakan aksi di bangku simpanan. […]

Indonesia ‘Hentam’ Vietnam Tanpa Belas Kasihan

Meskipun beraksi di tempat lawan, itu bukan halangan buat Indonesia meraih kemenangan kedua ke atas Vietnam dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas diaibkan 1-0 di Gelora Bung Karno pada 21 Mac lepas, Vietnam yang dibimbing Philippe Troussier berharap dapat merekodkan kemenangan di Stadium Nasional My Dinh. Sementara Tim Garuda pula mahu meneruskan rentak […]

Iraq Belasah Filipina 5-0

Iraq meneruskan rentak kemenangan dalam kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya membaham Filipina di Stadium Memorial Rizal. Filipina tampil dengan formasi 4-4-2 dengan menagih beberapa khidmat pemain hebat seperti Neil Etheridge, Christian Rontini dan Kevin Ingreso. Iraq yang dikendalikan oleh Jesus Casas pula bermain 4-2-3-1 yang dibintangi pemain berbahaya dibahagian serangan seperti Aymen […]

Keadaan Terkini Padang SNBJ Legakan Hati Rakyat Malaysia

Warga Malaysia boleh menghela nafas lega melihat keadaan terbaru padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi video yang dikongsikan wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly di Instagram Story, padang rumput jenis Zeon Zoysia itu kelihatan hijau dan sudah bersedia untuk aksi Malaysia-Oman malam ini. Keadaan terkini padang dijangka meredakan kerisauan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan […]

“Tahniah Arif Aiman, Tak Payah Melompat Kejar Kamera Sana Sini” – Tunku Ismail

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bangga dengan pencapaian yang dilakar pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi. Pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) tiga kali berturut-turut. Selain menggondol anugerah MVP, Arif turut […]

Kyrgyzstan Jalani Latihan Intensif 20 Jam Di Dubai

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič mengatakan skuad bimbingannya terpaksa menjalani latihan insentif selama 20 jam di Dubai. Perkara itu terjadi oleh kerana isu logistik yang berkaitan dengan penerbangan. Perjalanan mengambil masa yang lama daripada Taipei ke Bishkek, jadi mereka terpaksa berhenti di Dubai untuk meneruskan latihan. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan latihan […]

Penyokong Thailand Harap Hujan Turun

Penyokong Thailand berharap hujan akan turun membasahi padang Stadium Rajamangala bagi memudahkan kemenangan buat Thailand yang bakal menentang gergasi Asia, Korea Selatan malam ini (26 Mac). Dalam satu hantaran di laman X wartawan sukan Thailand, Ta Lao, terdapat 30 peratus yang memungkinkan hujan bakal turun dalam aksi di Stadium Rajamangala. Ta Lao juga berkongsi video […]

Terengganu Lancar Pas Bermusim Dengan Tawaran Hebat

Terengganu FC telah melancarkan pas bermusim dengan tawaran yang hebat bagi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Dalam satu hantaran di laman X rasmi kelab, terdapat dua jenis pas bermusim yang diperkenalkan kepada para penyokong Sang Penyu dengan harga serendah RM450 sahaja. Untuk pas bermusim Black And White yang berharga RM450, pemegang pas bakal menerima jersi replika […]