Bekas Jurulatih China Mengaku Terima Rasuah RM47 Juta

Bekas jurulatih China, Li Tie mengaku bersalah menerima rasuah bernilai hampir RM47 juta sewaktu perbicaraan mahkamah yang membongkarkan rasuah dalam bola sepak China. Li Tie dan bekas pengerusi Persatuan Bola Sepak China, Chen Xuyuan antara yang menjalani perbicaraan mahkamah atas salah laku menerima rasuah. Chen Xuyuan menerima hukuman penjara seumur hidup pada minggu ini kerana […]

Declan & Ryan Lambert Selangkah Pulang Ke KL City

Penyokong KL City FC berpeluang melihat Ryan dan Declan Lambert kembali menyarung jersi pasukan itu untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan dua pemain tersebut bakal kembali menyertai The City Boys secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). “Ryan Lambert semakin hampir kembali menyertai Kuala Lumpur (City) secara pinjaman. Beliau […]

Hazwan Bakri Dikesan Jalani Pemulihan Di JDT

Selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Disember lalu, ramai peminat ingin tahu perkembangan terbaru Ahmad Hazwan Bakri. Baru-baru ini, bekas penyerang kebangsaan itu dikesan menjalani pemulihan bersama Harimau Selatan. Hal ini dikongsikan sendiri Hazwan menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau semalam. Selain menjalani pemeriksaan, beliau turut menggunakan […]

Darren Lok Kecewa Kesilapan Sama Berulang Dua Kali

Penyerang kebangsaan, Darren Lok mengakui sentuhan penyudah yang mengecewakan mengakibatkan Malaysia tewas dua kali di tangan Oman. Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa lepas menyaksikan skuad negara banyak menghasilkan hantaran ke arah gawang Oman. Malangnya, kebanyakan hantaran yang dilakukan berjaya disekat penjaga gol Oman, Ibrahim […]

Luqman Hakim Bawa Pengalaman Di Jepun Ke Malaysia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membawa pengalaman yang diperoleh bersama kelab di Liga 3 Jepun, Yokohama SCC bersama Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu kembali berkelana di Asia daripada kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman di divisyen tiga Jepun untuk memperoleh lebih banyak minit bermain. Hasrat itu bagaimanapun menjadi kenyataan apabila beliau sudah beraksi […]

Endrick Lebur Rekod 67 Tahun Pele

Nama bintang muda Brazil, Endrick mula mencuri perhatian ramai peminat bola sepak dunia dengan aksi menakjubkan ketika aksi persahabatan baru-baru ini. Skuad kebangsaan Brazil baru-baru ini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas England di Wembley hasil jaringan pemain berusia 17 tahun ini ketika permainan berbali 10 minit lagi untuk dimainkan. Malah, pemain kelab Palmeiras itu […]

Bekas Penjaga Gol Malaysia, Hafizul Hakim Sertai KL City

KL City FC memperkuatkan bahagian penjaga gol dengan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Perpindahan bekas penjaga gol Harini FT itu diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka. Kehadiran Hafizul mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol muda, Azim Al Amin Kamaruddin yang berhijrah menyertai Selangor FC. […]

Malaysia Mahu Lenyapkan ‘Badi’ Pakistan

Jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Sarjit Singh mahu menamatkan kemarau kemenangan Malaysia ke atas pasukan gergasi Asia, Pakistan. Dalam dua kejohanan sebelum ini, pasukan yang diberi gelaran The Green Shirts itu menjadi duri dalam daging kepada The Speedy Tigers. Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China menyaksikan Malaysia tumbang 5-2 di tangan Pakistan untuk perlawanan penentuan […]

KBS Belum Ada Rancangan Anjur Sukan Asia 2038

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum mempunyai sebarang rancangan untuk membida hak tuan rumah Sukan Asia 2038. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media 2024 di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya baru-baru ini. Hannah memaklumkan pembangunan bakat atlet terutama atlet muda menjadi fokus utama […]

Cristiano Ronaldo Mengamuk, Kalah Kepada Pasukan Ke-55 Dunia

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo hilang sabar selepas Portugal tewas 2-0 kepada Slovenia dalam aksi persahabatan yang berlangsung baru-baru ini. Ronaldo yang beraksi sepanjang 90 minit perlawanan bukan saja gagal menjaringkan gol untuk pasukan yang diberi jolokan A Seleção das Quinas itu. Malah, bekas penyerang Manchester United itu berang dengan keputusan pengadil tidak memberi dua sepakan […]

NSDF Futsal Championship: Thailand Muncul Juara ‘Hentam’ Australia 9-2

Skuad futsal Thailand muncul juara NSDF Futsal Championship 2024 selepas membelasah Australia 9-2 di pentas final hari ini. Selepas tewas 4-3 kepada lawan sama di peringkat kumpulan beberapa hari lalu, Thailand yang dibimbing Miguel Rodrigo mahu membalas dendam sambil menggondol gelaran juara. Manakala Australia pula berharap dapat melengkapkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan dengan […]

Justin Hubner Anggap Vietnam Lawan Yang Terlalu Mudah

Pemain kacukan Indonesia, Justin Hubner menganggap Vietnam adalah lawan yang terlalu mudah untuk dihadapi. Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu antara pemain yang berada dalam kesebelasan utama Indonesia sewaktu menentang Vietnam dalam dua perlawanan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026. Indonesia mencatat dua kemenangan berturut-turut dengan rekod jaringan 1-0 dan 3-0 sekaligus memberikan 6 mata […]

Ramalan Faisal Halim Sebelum Lawan Oman Jadi Kenyataan

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sudah menjangka kecaman yang bakal diterima sebelum berdepan Oman lagi. Bintang pasukan Selangor FC itu merupakan watak penting sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon kira-kira dua tahun yang lalu. Persembahan yang diharapkan oleh penyokong setia Harimau Malaya bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad negara tunduk di tangan Oman sebanyak […]

NSDF Futsal Championship: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Afghanistan

Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan NSDF Futsal Championship 2024 di tempat keempat setelah kecundang kepada Afghanistan dalam aksi penentuan tempat ketiga. Skuad negara turun dengan misi menebus maruah setelah mencatatkan satu keputusan seri menentang Afghanistan dan dua kali tewas tipis kepada Australia dan Thailand di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 sebelum ini ketika […]

PSM Akan Adakan Mesyuarat, Bincang Penambahbaikan Bersama Kontraktor SNBJ

Isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengakibatkan ramai pihak marah dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Ini kerana keadaan padang yang kurang baik bukan saja merencatkan kelancaran permainan antara Malaysia dengan Oman dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Malah, situasi ini mengakibatkan dua pemain mengalami kecederaan. Pertama, bek kanan Harimau Malaya, […]

Bekas Presiden Bola Sepak Sepanyol Bakal Dipenjara

Bekas Presiden Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales berdepan penjara dua tahun setengah dengan tindakannya mencium pemain bola sepak wanita. Kejadian itu berlaku ketika perlawanan akhir Piala Dunia Wanita semasa pemberian anugerah. Pemain tersebut bernama Jenni Hermoso merupakan penyerang wanita kebangsaan Sepanyol. Memetik laporan BBC, Rubiales didakwa dengan dua tuduhan iaitu serangan seksual dan paksaan atas […]