AFC U-23 Asian Cup: Takhta Asia Milik Jepun, Kecewakan Uzbekistan

Perlawanan akhir AFC U-23 Asian Cup yang epik dan penuh debar menyaksikan Jepun berjaya menjulang kejuaraan setelah menumbangkan Uzbekistan pada Jumaat. Jepun yang dibimbing oleh Go Oiwa menampilkan barisan terkuat bagi aksi final kali ini dengan dua tonggak utama yang membantu pasukan menewaskan Iraq sebelum ini iaitu Mao Hosoya dan Joel Chima Fujita dikekalkan dalam […]

Penyerang Kebangsaan Jordan, Reziq Bani Hani Sertai Selangor

Sebuah pasukan dari Liga Jordan, Al Faisaly SC hari ini telah mengumumkan perpisahan dengan seorang penyerang berbakat asal Jordan, Reziq Bani Hani. Dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi pasukan, Al Faisaly mengumumkan perpindahan pemain berusia 22 tahun ini ke sebuah pasukan gergasi Liga Super Malaysia, Selangor FC. Lembaga pengarah dan pengurusan kelab Al-Faisaly […]

Pra-Musim: Taring Selangor Makin Menyerlah, Aibkan Geylang International 7-0

Aksi pra-musim Naib Juara Liga Super 2023, Selangor diteruskan hari ini apabila melayan kunjungan pasukan dari Singapura, Geylang International. Selangor berjaya mendahului aksi di babak pertama permainan apabila keputusan 3-0 memihak kepada gergasi Merah Kuning itu. Seawal minit ke-12 permainan, Selangor mula membuka akaun jaringan menerusi pemain muda negara, Mukhairi Ajmal. Kemudian giliran pemain import, […]

Pra-Musim: Sabah Seri Berdepan Kuching City

Aksi Piala Sabah Maju Jaya malam ini menyaksikan pertembungan Borneo Derby iaitu Sabah FC menentang Kuching City berakhir dengan keputusan seri. Sabah terus mengekalkan khidmat pemain import, Park Tae Sue bagi mengetuai pasukan sementara Kuching City dipimpin oleh pemain berpengalaman, Danial Amier di jentera tengah pasukan. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk […]

Pra-Musim: Terengganu & Kelantan Darul Naim Pamer Aksi Sama Hebat

Aksi Terengganu menentang Kelantan Darul Naim sekadar berakhir dengan keputusan seri antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kelantan Darul Naim membariskan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Fazrul Amir, Ghaffar Rahman, Khatul Anuar dan Valdumar. Skuad Sang Penyu pula menurunkan gandingan Shahrul Nizam dan Ubaidullah Shamsul dibahagian […]

Pengarah Akademi JDT, Javier Ribera Kemudi Malaysia B-17

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mula mempersiapkan skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) dengan melantik Javier Jorda Ribera sebagai jurulatih pasukan itu. Pengumuman perlantikan Pengarah Akademi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu dibuat FAM menerusi platform media sosial rasmi mereka hari ini. Meskipun baru mengisi peranan berkenaan, Ribera tidak membuang masa memanggil 32 orang […]

Pra-Musim: KL City Kekal Tanpa Kalah, Tundukkan Hougang United

KL City FC mengesahkan kelayakan ke final Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) apabila menewaskan kelab Singapore Premier League (SPL), Hougang United. Selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah FC pada 1 Mei lalu, The City Boys yang dibimbing Miroslav Kuljanac perlu meraih kemenangan untuk mengesahkan kelayakan ke final. Sementara Hougang pula berazam mahu mendapatkan kemenangan […]

KL City Sambar Penjaga Gol New Zealand, Lawton Green

Bahagian penjaga gol KL City FC kini diperkuatkan dengan kehadiran penjaga gol import dari New Zealand, Lawton Green. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai pemain simpanan The City Boys dalam beberapa perlawanan pra-musim termasuk kejohanan pra-musim, Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup). Terbaru, nama Green tersenarai dalam senarai pemain gantian untuk aksi SMJ Cup antara […]

Kim Sang-sik Sah Jurulatih Baharu Vietnam

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik sebagai jurulatih baharu skuad senior Vietnam. Pengumuman ini disiarkan di laman sesawang rasmi VFF hari ini. Perlantikan ini menjadikan beliau jurulatih Korea Selatan kedua yang melatih Vietnam selepas rakan senegara, Park Hang-seo. “Selepas meneliti dan menyemak profil calon dengan segera, VFF telah melancarkan hubungan […]

Yokohama SCC Menang, Luqman Hakim Pula Direhatkan

Pasukan J3 League, Yokohama SCC mencipta kemenangan berdepan Kitakyusyu namun Luqman Hakim masih direhatkan. Perlawanan yang berlangsung di Mikuni World Stadium Kitakyushu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Yokohama SCC memberi peluang kepada pemain import Nigeria, Onye Ogochukwu untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bertukar serangan dengan tuan rumah lebih selesa […]

8 Pemain Import Pilih Berjuang Dengan Sabah

Seramai 8 orang pemain Malaysia telah memilih untuk berjuang dengan Sabah menjelang sepak mula musim baharu. Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila mengakhiri cabaran Liga Super 2023 di tangga ketiga. Sungguhpun The Rhinos menghadapi pelbagai kekangan pada akhir musim lalu, sebahagian besar pemain kekal memberi kepercayaan untuk bersama pasukan musim […]

Jurulatih Laos Ramal Selangor Bakal Jadi ‘Masalah’ Besar JDT

Pengendali kelahiran Laos, Phaoutpasong Sengdalavong meramalkan bahawa Selangor bakal menjadi pesaing terhebat JDT musim ini. Beliau yang membawa pasukan kendaliannya iaitu Young Elephants ke Stadium MBPJ terpaksa menelan hakikat apabila tunduk dengan keputusan 4-0. Beliau mengakui jurang besar antara pasukannya dan juga The Red Giants menyaksikan anak didik Nidzam Jamil muncul juara Selangoe Asia Challenge […]

Adab Tinggi Viktor Axelsen Bantu Mop Lantai Gelanggang Terima Pujian

Gelagat pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen membantu mengemop lantai gelanggang mencuri perhatian warga maya baru-baru ini. Menerusi satu video yang dikongsikan akaun TikTok Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), jaguh Denmark itu pada awalnya memberi ruang kepada atendan untuk mengelap gelanggang. Axelsen kemudiannya meminta mop diserahkan kepadanya bagi membolehkan beliau mengelap bahagian gelanggang yang dirasakan licin. […]

Marselino Ferdinan Diprospek Jadi Dosen Di UNESA

Pemain Timnas Indonesia U-23, Marselino Ferdinan, mendapat beasiswa S2 dari kampusnya, yakni UNESA (Universitas Negeri Surabaya), berkat kontribusinya di Piala Asia U-23 2024. Marselino Ferdinan dan kolega berhasil membawa Timnas Indonesia U-23 lolos ke semifinal dan berpeluang tampil di Olimpiade Paris 2024 jika berhasil mengalahkan Guinea di laga play-off. UNESA pun mengapresiasi Marselino Ferdinan dengan […]

Izwan Mahbud & Tonggak Uzbekistan Dalam Radar Akhir Sri Pahang

Selepas kehilangan khidmat Izham Tarmizi Roslan, Sri Pahang FC kini mengintai khidmat dua penjaga gol untuk memperkukuh bahagian tersebut. Salah satu nama dalam radar pengurusan Tok Gajah ialah penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semalam. Selain penjaga gol Singapura berusia 33 tahun itu, pengurusan […]

AFC U-23 Asian Cup Final: Jepun vs Uzbekistan (Live Streaming)

Aksi final AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Jepun dan Uzbekistan mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia ketika ini. Uzbekistan merupakan finalis pada tahun 2022 selepas menundukkan Jepun pada aksi separuh akhir namun tewas di tangan Arab Saudi pada edisi tersebut. Jepun juga merupakan sebuah pasukan yang hebat apabila muncul juara edisi 2016. Menurut […]