EPL: Arsenal Bedil Bournemouth Untuk Kekal Di Tangga Pertama Liga

Arsenal tidak berdepan masalah untuk menewaskan Bournemouth di Stadium Emirates dalam misi mengekalkan kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris. Mikel Arteta menurunkan kesebelasan terbaik dengan trio serangan dibarisi Bukayo Saka, Kai Havertz dan Leandro Trossard manakala enjin tengah pasukan diperkuatkan oleh Thomas Partey, Declan Rice dan Martin Odegaard. Bournemouth pula menagih bisa penyerang Dominic Solanke dalam […]
Thomas Cup: China Sekat Impian Final Malaysia

Hajat Malaysia mengakhiri penantian ke final Thomas Cup 2024 tidak kesampaian apabila kemaraan mereka disekat China dalam aksi separuh akhir hari ini. Selepas berjaya menyingkirkan Jepun di pentas suku akhir, Malaysia berdepan tugas sukar kerana menentang tuan rumah kejohanan, China. China pula mahu menebus kekecewaan dengan mara ke final edisi 2024 selepas disingkirkan Indonesia di […]
Syihan Hazmi Buat Pemain Kelab Sepanyol Terkaku

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi mencipta sensasi apabila menunjukkan kebolehan sebenarnya di Sepanyol. Pemain berusia 28 tahun itu kini menjalani persiapan pra-musim apabila turun beraksi dalam beberapa perlawanan di sana. Persembahan penjaga gawang Malaysia ini sentiasa menjadi perhatian pada peminat selepas membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi domestik yang […]
“Mungkin Pemain Terengganu Risaukan Akhyar Rashid” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dan terpaksa bermain tanpa kelibat pemain lincah, Akhyar Rashid yang disamun sehari sebelum perlawanan. Tomislav Steinbruckner berpendapat kejadian buruk yang menimpa […]
Aura Inter Milan Meresap Ke Kuching City

Aura juara Serie A, Inter Milan kini meresap ke dalam pasukan Borneo, Kuching City. Pasukan kendalian Aidil Sharin mengharungi musim yang cukup mencabar musim lalu apabila menamatkan saingan di tangga ke-13 dengan hanya dua kemenangan. Pengendali kelahiran Singapura itu bagaimanapun melakukan tindakan drastik menerusi kemasukan beberapa muka baharu yang sinonim dengan saingan Liga Malaysia. Persembahan […]
Kemenjadian Alvin Fortes Bersama Selangor Sukar Digugat

Kemenjadian prestasi pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes bersama kelab barunya itu tampak sukar digugat selepas menunjukkan ketajaman dalam aksi pra-musim setakat ini. Bekas pemain kebangsaan Cape Verde itu konsisten meledak gol dalam setiap perlawanan pra-musim bersama Selangor sekali gus berjaya menambat hati para penyokong Sang Gergasi Merah. Rekod jaringan luar biasa Alvin Fortes bersama […]
Richard Chin Dilepaskan, Ini Pendapat Penganalisis England

Pemain warisan Malaysia yang kini bersama Charlton Athletic, Richard Chin sah bakal dilepaskan kelab England itu pada penghujung musim ini. Bagi penganalisis bola sepak England, Tomh Williams, keputusan Charlton untuk melepaskan Richard itu adalah satu kerugian memandangkan pemain itu adalah prospek yang baik buat kelab. “Richard Chin pemain muda yang sangat bagus,” kongsi Tomh Williams […]
Janji PSM Kepada Hamidin & Harimau Malaya

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan kepada Harimau Malaya dan juga Datuk Hamidin Mohd Amin. Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi perdebatan hangat selepas keadaannya yang kurang memuaskan. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman menjadi saksi tatkala pertahanan kanan negara, Azam Azmi Murad mengalami kecederaan ketika permainan baru […]
Dua Tugas Besar Menanti Javier Ribera Bersama Malaysia

Dua tugas besar menanti ketua jurulatih Malaysia B-17, Javier Ribera yang bakal membantu negara kembali ke landasan terbaik. Pengarah Akademi JDT itu diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan peranan Osmera Omaro yang membimbing pasukan sebelum ini. Prestasi skuad Malaysia B-17 dilihat masih tidak memcapai tahap yang diharapkan susulan aksi hambar dalam […]
Amri Yahyah Tak Jadi Bersara, Sertai Putrajaya Athletic?

Penyerang veteran Amri Yahyah dilaporkan tidak jadi bersara dengan menyertai pendatang baru Liga A1 Semi Pro, Putrajaya Athletic FC. Berita perpindahan legenda Selangor FC itu dinyatakan dalam kemas kini terbaru aktiviti perpindahan Liga Super di laman sesawang Transfermarkt baru-baru ini. Amri telah menyertai Putrajaya pada 2 Mei lalu. Ini menjadikan beliau pemain berpengalaman terbaru memperkuatkan […]
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia vs Pakistan (Live Streaming)

Aksi pembukaan Sultan Azlan Shah Cup 2024 membabitkan tuan rumah, Malaysia dan Pakistan dijangka mencuri tumpuan peminat hoki negara. Ini kerana Malaysia merupakan juara bertahan kejohanan selepas muncul juara pada edisi 2022. The Speedy Tigers muncul juara selepas menewaskan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan di pentas final. Sementara Pakistan pula berstatus pasukan gergasi Asia dan […]
Guinea Tentukan Nasib Indonesia

Guinea bakal menentukan nasib Indonesia dalam misi untuk mara ke sukan Olimpik di Paris 2024. Skuad kendalian Shin Tae-yong tewas 0-2 di tangan Uzbekistan dalam aksi separuh akhir Piala AFC B-23 di Qatar. Kekecewaan sekali lagi menyelubungi kem Sang Garuda apabila Indonesia diberi tekanan hebat sebelum tumpas di tangan Iraq dengan keputusan 2-1. Hasrat untuk […]
Siaran Langsung Thomas Cup: China vs Malaysia (Live Streaming)

Separuh akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan Malaysia bakal berdepan tugas getir menentang gergasi badminton dunia, China pada Sabtu. Masih segar dengan kejayaan menumbangkan Jepun 3-1 di aksi suku akhir pada Khamis, skuad negara akan menghadapi satu lagi pasukan handalah dunia iaitu China di Chengdu. Pertemuan kali ini ibarat ulangan aksi final Badminton Asia Team Championship […]
Bajet Kelantan Darul Naim Cecah RM12 Juta

Bajet pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk musim 2024/25 mencecah angka RM12 juta. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh presiden pasukan yang diberi jolokan Kijang Emas itu, Rozi Muhamad kepada portal Harimau Malaya baru-baru ini. Beliau melihat bajet tersebut sebagai munasabah memandangkan pasukan itu menguruskan lima pasukan bermula musim 2024/25. Ini termasuk pasukan Piala […]
Charlton Athletic Lepaskan Richard Chin, Bakal Pulang Ke Malaysia?

Pemain pertahanan muda Malaysia, Richard Chin berpotensi pulang ke tanah air selepas tamat musim 2023/24. Ini selepas kelab beliau, Charlton Athletic mengumumkan senarai pemain yang dikekalkan dan tidak diperbaharui kontrak untuk musim 2024/25. Nama Richard berada dalam senarai pemain yang tidak dikekalkan The Addicks untuk musim depan. Ini bermakna selepas tempoh pinjamannya di Bath City […]
Persija Jakarta & Hanoi Antara Lawan Selangor Di Indonesia

Selepas Selangor Asia Challenge (SAC) 2024, Selangor FC bakal terlibat dalam satu lagi kejohanan pra-musim. Ini selepas stesen televisyen Indonesia, RCTI mengumumkan penganjuran kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports hari ini. Kejohanan ini bukan saja menampilkan Merah Kuning. Malah, RCTI Premium Sports turut menyaksikan penyertaan dua kelab Indonesia, PSIS Semarang dan Persija Jakarta serta kelab Vietnam, […]