Stuart Ramalingam: Ketepatan Keputusan Pengadil Lebih Penting

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berpandangan ketepatan keputusan pengadil lebih penting apabila sistem bantuan video pengadil (VAR) dilaksanakan. Pandangan ini dibuat selepas wujud rungutan daripada penyokong tentang tempoh masa yang diambil pengadil semasa melakukan semakan VAR dalam beberapa perlawanan pra-musim 2024/25. Tempoh semakan yang lama mengakibatkan tempoh masa tambahan […]

AFC U-23 Asian Cup: Hasrat Indonesia Ke Olimpik Tertangguh, Tewas Kepada Iraq

Indonesia terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 apabila tewas tipis 2-1 kepada Iraq semalam. Perlawanan hari ini bukan saja menentukan pasukan mana yang bakal menjadi pasukan ketiga terbaik kejohanan. Malah, pemenang tempat ketiga bakal mengiringi Jepun dan Uzbekistan yang layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, […]

UEL: Marseille Terlepas Peluang Tundukkan Atalanta

Marseille dan Atalanta terikat seri dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa yang berlangsung di Stadium Stade Velodrome. Pierre-Emerick Aubameyang dan Ismaila Sarr menjadi taruhan utama Marseille dibahagian serangan pasukan dalam memecahkan blok pertahanan Atalanta. Atalanta yang dikendalikan oleh Gian Piero Gasparini pula turun dengan formasi kebiasaan yang menampilkan trio pertahanan hebat seperti Sead Kolasinac, […]

UEL: Bayern Leverkusen Benam AS Roma, Selangkah Ke Final

Perlawanan separuh akhir pertama saingan Liga Europa pagi ini menyaksikan pertembungan diantara AS Roma menentang Bayern Leverkusen yang berakhir dengan keputusan 0-2. Wakil daripada Itali, AS Roma turun dengan kesebelasan terbaiknya diketuai dengan Paulo Dybala. Pasukan daripada Jerman ini mahu meneruskan rekod tanpa kalahnya selepas 46 perlawanan.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba […]

Akhyar Rashid Disamun, Kepala Dihentak Kuat Dengan Cota

Pemain sayap Terengganu FC yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid melalui detik sukar di Terengganu selepas dilaporkan menjadi mangsa samun sebentar tadi. Melalui satu hantaran daripada Bola Sepak Terengganu di laman X, Akhyar dikatakan telah disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota. “Menurut laporan, Akhyar disamun di Tanjung dan kepalanya cedera […]

Thomas Cup: Malaysia Leburkan Tentangan Sengit Jepun

Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Thomas Cup 2024 hari ini selepas mengatasi wakil Asia Timur, Jepun. Malaysia turun dengan misi layak ke separuh akhir selepas sebelum ini dinafikan India di pentas suku akhir Thomas Cup 2022. Sementara Jepun pula mahu menjadikan pentas suku akhir sebagai batu loncatan untuk mengulangi pencapaian juara edisi 2014. […]

Razman Roslan Jumpa Formula Indonesia Cemerlang Di Piala Asia B-23

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan merungkai formula yang membolehkan Indonesia cemerlang di pentas Piala Asia B-23. Skuad kendalian Shin Tae-yong mencipta kejutan alabila mara ke pentas separuh akhir di Qatar dan menjadi wakil tunggal Asia Tenggara. Pasukan senior Sang Garuda juga mengharungi kempen yang amat cemerlang pada awal tahun ini apabila mara ke pusingan kalah […]

Karim Benzema Kembali Ke Real Madrid

Bekas pemain terbaik dunia, Karim Benzema dilaporkan kini berada di Sepanyol bersama kelab lamanya, Real Madrid. Berita ini dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano yang memaklumkan mengenai keberadaan Benzema yang berada di ibu kota negara Sepanyol itu. Menurut Fabrizio, pemain berusia 37 tahun itu kembali ke Madrid untuk mendapatkan akses rawatan kepada […]

KV Kortrijk Di Ambang Penyingkiran

Pasukan Divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk kini berada di ambang penyingkiran pada musim ini. Skuad kendalian Freyr Alexandersson mengharungi musim yang cukup sukar terutamanya apabila gagal mengekalkan rentak pada awal musim. KV Kortrijk kini dalam fasa untuk mengelakkan pentingkiran dan bakal bertemu KAS Eupen dalam satu aksi pada 6 Mei 2024. Rekod 4 perlawanan terakhir […]

Lee Tuck Diburu Pasukan Lembah Klang

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck difahamkan kini dalam perbincangan untuk menyertai sebuah kelab di Lembah Klang. Bekas pemain Kedah Darul Aman itu menamatkan kontrak pada awal musim lalu untuk pulang ke England atas urusan peribadi. Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di England iaitu Halifax Town yang juga merupakan bekas kelab lamanya. Menerusi satu […]

6 Pemain Import Galas Cabaran KL City

KL City FC bakal memanfaatkan tenaga enam pemain import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Perkara ini dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam segmen redONE Mobile Keluar Masuk di Nadi Arena semalam. The City Boys memilih mengekalkan tiga tonggak import musim 2023 iaitu Sebastian Avanzini, Patrick Reichelt dan Giancarlo Gallifuoco. Pasukan […]

Astro Beri Tawaran Akses Percuma Bagi Liga Malaysia 2024/25

Berita baik telah diumumkan oleh pihak Astro khas buat peminat bola sepak tempatan yang menantikan aksi Liga Malaysia musim ini. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Astro, para pelanggan akan memperoleh keistimewaan iaitu akses tanpa caj tambahan bagi semua perlawanan Liga Malaysia musim akan datang. “Berita baik buat pelanggan Astro juga dimana semua pelanggan Astro dapat […]

Penggunaan VAR Di Liga Malaysia Diluluskan FIFA

Liga Malaysia (Liga M) bakal menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) bermula pada musim 2024/25. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan penggunaan sistem berkenaan telah mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 29 April lalu. Menurut Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram, pengiktirafan ini dilihat satu kebanggaan buat Malaysia. Ini kerana Malaysia […]

Argentina & Ukraine ‘Tunggu’ Indonesia Di Olimpik

Indonesia bakal berdepan cabaran sukar sekiranya berjaya meraih kemenangan ke atas Iraq dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024. ASEAN Football melaporkan sekiranya mereka berjaya melakukannya, Indonesia bakal berada dalam Kumpulan B bersama Argentina, Ukraine dan Maghribi. Sementara dua wakil Asia yang bakal beradu di final Piala Asia B-23, Jepun […]

Pertahanan Sabah, Gabriel Peres Mula Sesuaikan Diri Sebagai Penjaga Gol

Kelibat tonggak pertahanan, Gabriel Peres mengemudi pintu gol Sabah dalam aksi baru-baru ini menjadi perhatian para peminat. Isnin lalu, Sabah turun dalam aksi pertama Piala Sabah Maju Jaya berdepan wakil Singapura, Hougang United di Stadium Likas yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada The Rhinos dengan keputusan 2-1. Gol-gol Sabah dijaringkan oleh pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin […]

Kelompongan Sisi Selangor Kini Terisi

Selangor FC mungkin boleh menarik nafas lega selepas kelompongan posisi sayap kanan yang membelenggu mereka musim lalu kini hampir pasti terisi dengan pemain yang lebih sesuai. Posisi sayap kanan Selangor kini diisi oleh pemain sayap import lincah, Alvin Fortes yang sudah mempamerkan taring sebenar dalam beberapa aksi pra-musim bersama Sang Gergasi Merah. Pemain kebangsaan Cape […]