“Kalau Boleh Undur Masa, Saya Nak Bersungguh-Sungguh” – Faizal Abu Bakar

Bekas pemain kebangsaan, Faizal Abu Bakar melihat sekiranya dapat mengundurkan masa semula, beliau ingin tampil bersungguh-sungguh bersama Harimau Malaya. Hal ini dinyatakan bekas pemain Kedah (kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC)) itu kepada program Nindia di Astro Arena yang disiarkan pada hari ini. Semasa aktif sebagai pemain bola sepak, Faizal pernah menerima panggilan skuad […]

Nidzam Jamil Akui Aksi Persahabatan Di Indonesia Beri Banyak Manfaat

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui aksi persahabatan di Indonesia beri banyak manfaat. Selangor FC merangkul kejuaraan kedua bagi saingan RTCI Premium Sports menumpaskan Persija Jakarta.  Jurulatih berusia 44 tahun ini gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana mengekalkan momentum kemenangan berterusan. “Kita fikir minit permainan untuk bermain, pemain yang tidak dapat […]

Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Kyrgyzstan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 16 lokasi agar penyokong dapat menonton perlawanan Kyrgyzstan dan Malaysia pada 6 Jun ini. Tayangan di skrin besar ini merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sokongan orang ramai kepada Harimau Malaya. Skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon […]

“Tinggal Kenangan” – Piya

Lagenda bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau mesra dikenali sebagai Piya sedih dengan keadaan yang menimpa TRW Kelantan FC. Nasib kelab gergasi Pantai Timur itu terus malang selepas tidak mampu untuk bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro bagi musim 2024/25. The Red Warriors gagal melengkapkan senarai minimum 20 orang pemain untuk kekal bersaing dalam […]

Tan Boon Heong Jadi Mangsa Penipuan RM2.5 Juta

Bekas pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta. Perkara ini didedahkan sendiri bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia itu menerusi beberapa hantaran di Facebook hari ini. Boon Heong tergerak untuk berkongsi pengalaman pahitnya itu selepas mendapat berita pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing […]

Ramalan Hairuddin Omar Tentang Syihan Hazmi Dua Tahun Lalu Jadi Kenyataan

Ramalan awal oleh Pengendali Terengganu FC II, Hairuddin Omar terhadap penjaga gol negara, Syihan Hazmi dua tahun lalu kini menjadi kenyataan. Lagenda bola sepak negara itu mula teruja kali pertama menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi di King’s Cup dan melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gawang JDT itu. Beliau yang baru sahaja membawa pasukannya muncul […]

Vietnam Bawa Dua Penjaga Gol Warisan Eropah Lawan Filipina

Vietnam mengatur persiapan kelayakan Piala Dunia 2026 dengan membawa masuk dua penjaga gol warisan Eropah, Dang Van Lam dan Filip Nguyen. Kedua-duanya menjadi sebahagian daripada 27 pemain yang dipanggil jurulatih baru Golden Star Warriors, Kim Sang-sik untuk perlawanan menentang Filipina dan Iraq. Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong Vietnam siapa yang bakal menjadi pilihan utama […]

Media Asean Ramal Peluang Malaysia Layak Tinggal 35%

Salah sebuah media di Asean meramalkan bahawa peluang untuk Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 adalah sekitar 35 peratus. Harimau Malaya memiliki peluang terakhir untuk mencipta sejarah layak ke pusingan berikutnya namun memilih jalan sukar. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan sekaligus mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. […]

Gol Ngeri Wan Kuzain Paksa Lawan Berputih Mata

Gol cantik membuatkan nama pemain tengah Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal kembali menjadi sebutan hari ini. Ini selepas pemain tengah berusia 25 tahun itu membantu St. Louis City 2 menewaskan Colorado Rapids Bawah 23 Tahun (B-23) 3-2. Kuzain terus mendapat kepercayaan jurulatih Bobby Murphy apabila diturunkan sebagai jeneral tengah pasukan itu. City2 mendahului […]

Nilai Bintang Baharu JDT, Chico Geraldes Jatuh Mendadak

Nilai bintang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes mengalami penurunan yang begitu mendadak. Bekas pemain Portugal B-20 itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2023/24 dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro Velazquez. Beliau berpindah ke JDT daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Baniyas FC dan beraksi dalam perlawanan ketiga Liga Super menentang […]

Tonggak Badminton Malaysia Jadi Mangsa Penipuan, Simpanan Lesap Sekelip Mata

Pemain beregu campuran Malaysia, Lai Pei Jing ditimpa malang apabila menjadi mangsa penipuan. Perkara ini didedahkan sendiri pemain berusia 31 tahun itu di media sosial pada Ahad lepas. Atas sebab itu, Pei Jing meminta diberi ruang untuk menguruskan emosi yang muncul ketika ini. “Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada […]

3 Tonggak Penting Temui Cinta Baru Selepas Tinggalkan Kedah

Kedah Darul Aman

Tiga bekas tonggak penting Kedah Darul Aman menemui cinta baharu selepas meninggalkan pasukan akhir musim lalu. Pasukan bimbingan Nafuzi Zain mengharungi kempen cemerlang apabila menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super musim 2023. Permulaan musim baru bagaimanapun tidak berjalan lancar apabila hanya merakamkan satu kemenangan dan dua kekalahan di tangan Selangor dan Perak. Kehilangan beberapa […]

Man United Buru Penyerang Wolves Bernilai RM360 Juta

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Man United dilaporkan sedang mengintai khidmat penyerang Wolverhampton Wanderers dari Brazil, Matheus Cunha. Akhbar Daily Mirror melaporkan United mengintai khidmat Cunha dan penyerang West Ham United, Mohammed Kudus sebagai pengganti penyerang Perancis, Anthony Martial. Martial tidak bersama The Red Devils pada musim hadapan selepas pengurusan kelab memilih untuk tidak memperbaharui […]

Sambutan Luar Jangkaan Dorong Kedah Turunkan Harga Tiket

Sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia mereka, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menurunkan harga tiket untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024. Perkara ini dimaklumkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Shahrul Samsudin dalam satu kenyataan media semalam. Langkah ini dibuat bagi menghargai jasa penyokong yang tidak putus memberi sokongan kepada […]

Seorang Lagi Pemain Bakal Lapor Diri Bersama Harimau Malaya

Seorang lagi tonggak dilaporkan bakal hadir menyertai kem latihan Harimau Malaya. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal diperkuat dengan kehadiran 25 pemain berbanding 26 pada senarai awal susulan pengguguran penjaga gol berpengalaman. Ahmad Syihan Hazmi. Tonggak pertahanan Buriram United, Dion Cools bersama 5 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja menyertai sesi latihan dua hari […]

Tidak Takut Kehilangan Elkan Baggott, Erick Thohir: Tim Indonesia Akan Jalan Terus

Ketum PSSI, Erick Thohir, tegas soal pemain Timnas Indonesia. Ia tidak takut kehilangan pemain siapapun, termasuk Elkan Baggott. Elkan Baggott ramai menjadi pembicaraan dalam beberapa waktu terakhir pasca tidak bisa membela Timnas Indonesia U-23 dalam play-off melawan Guinea. Permasalahan itu rupanya terus berlanjut ke Timnas Indonesia senior. Namanya tak tercantum dalam skuat untuk menghadapi Irak […]