Jose Mourinho Bakal Latih 7 Bekas Bintang EPL Di Turki

Selepas sah bergelar pengurus kelab Super Lig, Fenerbahce, Jose Mourinho berpeluang mengenali barisan pemain pasukan itu. Ini termasuk tujuh bekas bintang yang pernah mewarnai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) satu ketika dahulu mengikut satu laporan Daily Mail. Mourinho yang berstatus ejen bebas selepas dipecat AS Roma pada Januari lalu dilantik sebagai pengurus baru Fener menggantikan […]

Dua Pemain Kelantan Kukuhkan Nama Di Sepanyol

Dua bekas pemain TRW Kelantan FC kini mula mencipta nama apabila beraksi di Sepanyol. The Red Warriors kini menghadapi masalah dan tidak lagi dapat beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia. Usaha untuk menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menemui jalan buntu apabila pasukan milik Norizam Tukiman itu tidak dapat mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain. […]

Selangor Raih RM150 Ribu Di Indonesia

Kejayaan bergelar juara RCTI Premium Sports menyebabkan Selangor FC menerima hadiah kewangan berjumlah AS$30,000 (RM150,000). Ganjaran ini merupakan sebahagian hadiah yang diumumkan penganjur kejohanan, RCTI buat empat pasukan yang menyertai RCTI Premium Sports. Kejohanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia menyaksikan penyertaan dua kelab Liga Super, Selangor dan Sabah FC. Manakala Indonesia pula diwakili oleh dua […]

MFL Pinda Jadual Tiga Aksi Piala FA

Malaysian Football League (MFL) telah meminda tarikh dan waktu bagi tiga perlawanan Piala FA yang bakal diadakan pada 12 hingga 15 Jun depan atas sebab-sebab tertentu. Antara perlawanan pusingan 16 terakhir Piala FA yang dipinda adalah perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC menentang Bukit Tambun FC dan Sabah […]

Pengganti Arif Aiman & Faisal Halim Bukan Calang-Calang

Pengganti kepada dua tonggak utama Harimau Malaya, Arif Aiman dan Faisal Halim merupakan watak yang cukup hebat dan bukan calang-calang pemain. Gambaran ini telah diberikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada awal sesi latihan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Bishkek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Katanya, sungguhpun terkesan dengan ketiadaan beberapa tonggak utama pada […]

Haqimi Azim Sedia Ketuai Serangan Harimau Malaya

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim Rosli bersedia menggalas tanggungjawab mengetuai jentera serangan Harimau Malaya. Skuad senior negara dilanda masalah kecederaan menjelang baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Ini sekaligus menyebabkan ramai pemain negara terutama di bahagian serangan terpaksa disisihkan. Antara nama-nama yang digugurkan oleh jurulatih, Kim Pan-gon akibat kecederaan […]

Amaran Awal Pengulas Indonesia Tentang Selangor Benar-Benar Terjadi

Amaran awal yang diberikan oleh pengulas Indonesia tentang kekuatan Selangor FC dalam kempen RCTI Premium Sports. The Red Giants berjaya menjulang trofi kedua di Indonesia selepas menundukkan jaguh serantau, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. Pasukan bimbingan Nidzam Jamil berjaya menjulang piala kedua dalam tempoh beberapa bulan selepas menjuarai Selangor Asia Challenge. Kedatangan Selangor di sana […]

Indonesia Open: Lee Zii Jia Tundukkan Ng Ka Long Buat Kali Ke-4 Berturut-Turut

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Indonesia Open dengan langkah kanan apabila mudah menundukkan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di pusingan pertama. Lee Zii Jia yang kini berada di prestasi terbaiknya setelah merangkul juara Thailand Open dan bergelar naib juara Malaysia Masters bulan lalu diundi untuk berdepan Ka Long buat […]

Kontrak Tan Cheng Hoe Di Police Tero 3 Bulan Sahaja?

Jodoh pengendali Police Tero, Tan Cheng Hoe bersama pasukan itu dilaporkan lebih singkat daripada apa yang disangka. Cheng Hoe sebelum ini menyertai kelab Thai League 1 itu pada penghujung bulan Februari lalu. Ini selepas beliau memilih meninggalkan kelab sebelumnya, Selangor FC secara mengejut. Dalam tempoh 11 perlawanan mengendalikan The Silver Shield Dragon, beliau hanya meraih […]

Status Kecederaan Reziq Bani Hani Resahkan Penyokong Selangor

Status kecederaan yang dialami penyerang Selangor FC dari Jordan, Reziq Bani Hani meresahkan penyokong setia pasukan itu. Sejak menyertai Merah Kuning dari kelab Al-Faisaly pada hari terakhir tetingkap pertama perpindahan Liga Malaysia (Liga M), penyerang berusia 22 tahun itu sudah menunjukkan impaknya di atas padang. Meskipun membuat kemunculan sebanyak dua kali sebagai pemain gantian, Reziq […]

Malaysia Hadapi 3 Misi Berbeza Lawan Kyrgyzstan

Malaysia bakal turun berdepan pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan tiga misi berbeza kali ini. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan dalam 4 aksi peringkat kumpulan yang telah diharungi. Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan 6 mata, 3 mata dipisahkan dengan dua pasukan teratas iaitu Kyrgyzstan dan Oman. Malaysia tidak […]

“JDT Merendah Diri Namun Mahu Juara” – Miguel Garcia

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) Juan Antonio Miguel Garcia tidak mahu anak-anak buahnya mendabik dada meskipun memiliki jurang mata yang jauh berbanding seteru utama mereka. Miguel Garcia yang ditemui selepas aksi MPFL berdepan KL City pada Ahad berkata perjalanan liga masih lagi panjang dan beliau mahukan anak-anak buahnya untuk kekal fokus dan hormati […]

Komen Cristiano Ronaldo Tentang Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memberi komen tentang perpindahan bintang Perancis, Kylian Mbappe yang secara rasminya menyertai Real Madrid. Saga perpindahan pemain Paris Saint Germain (PSG) itu telah hangat diperkatakan sejak beberapa tahun yang lalu. Spekulasi tersebut akhirnya tamat apabila pemain berusia 25 tahun itu secara rasminya melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu. Perpindahan ini […]

Putra Nababan Tutup Kolom Komentar Usai Digeruduk Netizen

Anggota Komisi X DPR RI Fraksi PDIP, Putra Nababan, menutup kolom komentarnya usai digeruduk netizen pecinta sepak bola Indonesia. Putra Nababan membuat publik geram setelah meminta Timnas Indonesia diisi oleh 60 persen pemain lokal. Padahal, tidak ada pemain asing di skuat Garuda. Semua pemain yang membela Timnas Indonesia berstatus WNI dan memiliki darah Indonesia. Oleh […]

Steven Gerrard Tagih Khidmat Pemain Warisan Malaysia Di Arab Saudi

Legenda Liverpool, Steven Gerrard dikhabarkan bakal mendapatkan khidmat seorang pemain warisan Malaysia untuk kelab yang dilatihnya, Al-Ettifaq. Pemain warisan negara yang dimaksudkan ialah kapten Glasgow Rangers, James Tavernier. Dan menurut laporan Daily Record, bek kanan berusia 32 tahun itu kini menjadi sasaran bos lamanya. Tavernier menjadi sasaran utama Gerrard bagi menambah baik barisan pertahanan Al-Ettifaq […]

England Cemerlang Tewaskan Bosnia-Herzegovina

England tidak berdepan masalah menewaskan pasukan dari rantau Balkan, Bosnia-Herzegovina dalam satu aksi persahabatan yang berlangsung pada awal pagi tadi. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada dua aksi pemanas badan anak buah Gareth Southgate sebelum Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024 bermula. Perlawanan ini turut digunakan Southgate untuk bereksperimen dari segi taktikal dan pemilihan pemain. Antara […]