Erick Thohir Beri Amaran Keras Kepada Elkan Baggott

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memberi amaran keras kepada Elkan Baggott untuk kekal komited bersama Indonesia. Isu antara Baggott dengan PSSI timbul apabila nama bek tengah Ipswich Town itu disisihkan oleh jurulatih Shin Tae-yong untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Apabila diminta menjelaskan sebab Baggott tidak dipanggil, jurulatih […]
Alvin Fortes & Ronnie Fernandez Tinggalkan Impak Besar Di Indonesia

Dua pemain import Selangor FC, Alvin Fortes dan Ronnie Fernandez menunjukkan impak besar dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang berlangsung semalam. Ini selepas Selangor mengumumkan kedua-duanya masing-masing dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Pemain Terbaik Kejohanan. Fortes dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan kerana menunjukkan persembahan konsisten dalam perlawanan akhir antara Selangor dengan Persija Jakarta semalam. […]
Selangor Cemerlang Julang Dua Trofi, Amaran Awal Ke Asia

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC cemerlang menjulang dua trofi dalam tempoh singkat sekaligus memberi amaran awal kepada pencabar di Asia. Skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya mengekalkan rekod cemerlang sejak awal pra-musim apabila sekali lagi dinobatkan selaku juara. Gergasi Merah muncul pemenang RCTI Sports Premium setelah menundukkan gergasi Indonesia, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. […]
Insiden Bakar Suar Penyokong Persija Jakarta Cemari Kejayaan Selangor

Insiden penyokong Persija Jakarta membakar suar mencemari aksi final RCTI Premium Sports antara kelab itu dengan Selangor FC. Tindakan penyokong yang tidak bertanggungjawab ini berlaku pada minit ke-87 dengan perlawanan masih berbaki tiga minit. Pada ketika itu, Merah Kuning mendahului tuan rumah menerusi jaringan pemain import Cape Verde, Alvin Fortes pada separuh masa pertama. Tatkala […]
RCTI Premium Sports: Selangor Gah Julang Trofi Kedua, Benam Persija Jakarta

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC mengesahkan trofi kedua musim ini apabila muncul juara RCTI Premium Sports di Indonesia dengan menundukkan Persija Jakarta. Perlawanan yang berlangsung di Jakarta International Stadium (JIS) itu menyaksikan anak didik Nidzam Jamil turun dengan momentum terbaik. Beberapa perubahan berlaku dalam kesebelasan utama dengan kemasukan pemain seperti Azim Al-Amin, Zikri […]
MPFL: JDT Bangkit Belasah KL City

JDT meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) apabila bangkit dari ketinggalan untuk membelasah KL City pada Ahad. Selepas berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas seteru utama, Pahang Rangers minggu lalu, JDT berkunjung ke ibu kota untuk berdepan KL City yang merupakan pasukan tercorot liga. Skuad Harimau Selatan membariskan pemain-pemain terbaik yang […]
“Jadon Sancho Gagal Di Man United” – Jose Mourinho

Jurulatih baharu Fenerbahce, Jose Mourinho berpendapat karier Jadon Sancho telah gagal di Manchester United. Jawapan jujur tersebut dilontarkan oleh Mourinho ketika wartawan bertanyakan pendapat beliau tentang prestasi semasa Jadon Sancho yang turut beraksi menentang Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Sancho menyertai Dortmund kerana tidak sehaluan lagi dengan Erik Ten Hag di […]
Daniel Ting Sedia Galas Peranan Pemain Sayap

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting bersedia menggalas peranan sebagai pemain sayap sekiranya diminta berbuat demikian oleh jurulatih, Kim Pan-gon. Masalah kecederaan menjejaskan persiapan Malaysia untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan. Antara tonggak utama yang terpaksa disisihkan Pan-gon untuk skuad kali ini ialah Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Syihan Hazmi […]
Kylian Mbappe Sah Sertai Real Madrid Secara Percuma

Bintang sensasi PSG, Kylian Mbappe menepati ramalan ramai apabila sah menyertai pasukan Real Madrid secara percuma. Mbappe sebelum ini telah mengumumkan dirinya tidak akan memperbaharui kontrak bersama kelab gergasi PSG dan akan berpindah keluar setelah tamat musim 2023/2024. Wartawan sukan yang merupakan sumber paling dipercayai ramai, Fabrizio Romano akhirnya berkongsikan berita perpindahan Kylian Mbappe ke […]
Skuad Muda Melaka Pamer Bisa Ikat Sabah

Skuad muda Melaka mencipta kejutan dengan mengikat pasukan Sabah FC dalam aksi terbaru Kumpulan A Piala Belia 2024. Meskipun tewas lima perlawanan sebelumnya, ini tidak mematahkan semangat Melaka untuk memburu mata pertama untuk musim 2024. Keazaman sama turut ditampilkan Sabah untuk memburu kemenangan pertama untuk musim 2024. Sebelum ini, anak buah Aiyyman Shah Jonny Abdullah […]
RCTI Premium Sports: Sabah Rangkul Tempat Ketiga Tewaskan PSIS Semarang

Sabah berjaya merangkul tempat ketiga kejohanan RCTI Premium Sports setelah menewaskan cabaran PSIS Semarang dengan keputusan 2-1. Datuk Ong Kim Swee mempertaruhkan pemain terbaik dalam aksi menentang PSIS Semarang apabila menurunkan pemain seperti Khairul Fahmi, Ramon Machado, Rawilson, Saddil Ramdani serta Gary Steven Robbat. PSIS Semarang pula memberikan kepercayaan kepada pemain seperti Roger Bonet, Adam […]
R. Kogileswaran Memukau, Bantu BR Damansara Belasah Harini FT

Bekas pemain sayap kebangsaan, R. Kogileswaran membantu pasukan barunya, Bunga Raya Damansara (BR Damansara) membelasah Harini FT dalam aksi pembukaan Liga A1 Semi Pro hari ini. BR Damansara dilihat tidak gentar meskipun berstatus pendatang baru liga musim ini. Ini kerana pasukan itu diperkuatkan dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Kogileswaran, K. Gurusamy dan Khyril Muhymeen Zambri. Sementara […]
Safwan Mazlan Mahu Guna Situasi Semasa Harimau Malaya Sebaik Mungkin

Tonggak pertahanan negara, Safwan Mazlan optimis dengan perjuangan Harimau Malaya berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Pemain Terengganu FC itu berada dalam senarai 26 orang pemain yang bakal dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi dua aksi getir ini. Beliau mengakui teruja berjaya mendapatkan panggilan ke skuad senior setelah menjadi tunjang utama bersama Malaysia B-23. Safwan […]
Tanzania Buat Indonesia Hampa

Indonesia hampa apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan ke-119 dunia, Tanzania dalam aksi persahabatan di Stadium Madya hari ini. Perlawanan ini dilihat aksi pemanas badan buat Indonesia dan Tanzania sebelum kedua-dua pasukan mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Indonesia diketuai pemain pertahanan Port, Asnawi Mangkualam. Manakala Tanzania […]
Vietnam Tolak Hajat Besar Malaysia

Pasukan kebangsaan Vietnam telah menolak hajat besar Malaysia. Harimau Malaya kini dalam persediaan untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk layak ke pusingan berikutnya. Hajat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengadakan aksi persahabatan dengan negara Timur Tengah tidak kesampaian susulan aksi di luar kalendar FIFA. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan bahawa terdapat […]
Luqman Hakim Dapat Beraksi 5 Minit, Yokohama SCC Kalah Kali Ke-6

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali dalam skuad Yokohama SCC namun mengalami kekalahan di tangan Tegevajaro Miyazaki. Pemain berusia 22 tahun itu sudah diketepikan dalam beberapa perlawanan setelah pulang daripada tugasan kebangsaan bersama Malaysia B-23. Khidmat beliau bagaimanapun kembali ditagih oleh pasukannya ketika turun berdepan pasukan di tangga ke-19 liga Divisyen tiga Jepun itu. […]