AWCL: Lion City Antara 3 Lawan Potensi Sabah Di Asia

Wakil Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024/25, Sabah FC berpotensi berdepan beberapa wakil Asia Tenggara di peringkat kelayakan. Asia Tenggara memiliki tujuh wakil dalam saingan AWCL ini. Tiga daripadanya sudah mengesahkan kelayakan ke peringkat kumpulan iaitu Ho Chi Minh City (Vietnam), College of Asian Scholars (Thailand) dan Kaya FC-Iloilo. Sementara empat lagi […]

JDT Dijangka Rombak Pasukan, 6 Pemain Baru Bakal Lapor Diri

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal melakukan rombakan besar-besaran dengan 6 pemain difahamkan bakal lapor diri. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini masih mengekalkan rekod cemerlang apabila mencatatkan 100 peratus kemenangan dalam semua aksi musim ini. JDT bagaimanapun dijangka bakal melakukan rombakan besar-besaran untuk membawa masuk muka baharu pada jendela perpindaha […]

KL City Manfaatkan Kelemahan Selangor Sebaik Mungkin

KL City mendedahkan perancangan yang digunakan bagi memerangkap Selangor untuk memungut tiga mata dalam aksi Liga Super 2024/2025 pada Ahad. Aksi yang berlangsung di Cheras itu menyaksikan The City Boys mencalarkan ego Selangor dengan kemenangan tipis 1-0 hasil penyudah Jovan Matika pada minit ke-63 untuk memastikan Gergasi Merah pulang hampa. Menurut ketua jurulatih KL City, […]

Aksi Sabah & JDT Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 5 Liga Super

Aksi minggu kelima Liga Super musim 2024/25 menyaksikan aksi Sabah FC merekodkan kehadiran tertinggi sebelum diikuti oleh Perak FC. Aksi terbaru liga membabitkan Sabah dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 13 Julai lalu menyaksikan Harimau Selatan dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 3-1. Meskipun tewas, corak permainan yang dipamerkan anak buah Datuk Ong […]

Matthew Davies Terima Penilaian Mengejutkan Lawan Sabah

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menerima penilaian mengejutkan lawan Sabah. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan berdepan The Rhinos dan beraksi bersama Jordi Amat, Feroz Baharudin dan juga Murilo Henrique. Kesilapan bekas tonggak Sri Pahang ini bagaimanapun membuka ruang buat tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti. Beliau […]

Copa América: Argentina Muncul Juara, Ulangi Pencapaian 2021

Lionel Messi membantu Argentina bergelar juara Copa America buat kali ke-16 apabila menewaskan Colombia di pentas final edisi 2024. Argentina berharap dapat bergelar juara buat kali ke-16 sebagai hadiah perpisahan kepada Angel Di Maria yang akan bersara selepas kejohanan. Sementara Colombia pula memburu gelaran juara buat kali pertama sejak edisi 2001. Messi terus diberi kepercayaan […]

“Selangor Tak Layak Ketinggalan Lawan JDT” – Edgar Baldasso

Pengendali skuad futsal Selangor, Edgar Baldasso nyata berpuas hati dengan persembahan cemerlang anak-anak buahnya setelah meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga, JDT pada Ahad. JDT tiba ke Shah Alam sebagai pasukan pilihan bagi aksi kali ini setelah merekodkan kemenangan bersih dalam kesemua 9 perlawanan liga, begitu juga dengan Selangor yang merekodkan 5 kemenangan berturut-turut. Walau […]

Yusri Che Lah: Keyakinan Pemain Tak Boleh Diubati Dengan Panadol Actifast

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menyatakan bahawa keyakinan para pemainnya tidak boleh diubati dengan panadol actifast. Jurulatih The Bos Gaurus itu menzahirkan kekecewaan selepas pasukan kendaliannya tunduk 0-2 di tangan seteru terdekat, Penang FC di laman sendiri. Katanya, beliau sudah hilang sabar dengan persembahan pasukannya yang seolah-olah beraksi tanpa hala tuju dan semangat. Kesilapan […]

“Sertai Buriram United? Idea Yang Bagus”

Tonggak utama KL City menjawab idea yang dilontarkan untuk menyertai kelab gergasi Thailand, Buriram United. Kapten The City Boys, Paulo Josue menyatakan hasrat untuk kekal komited bersama pasukan Lembah Klang itu. Beliau kini sudah melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan pasukan untuk menyelesaikan tunggakan gajinya. “Sudah tentu saya mahu gaji saya tepat pada masanya namun jika […]

Kenny Pallraj Sasar KL City Dalam Kelompok 3 Terbaik Liga Super

Pemain pertahanan KL City FC, Kenny Pallraj mahu melihat pasukan itu berada dalam kedudukan tiga pasukan terbaik Liga Super musim 2024/25. Hasrat itu diluahkan beliau selepas membantu The City Boys melakar kemenangan mengejut ke atas Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Julai lalu. Pemain sayap Bosnia-Herzegovina, Jovan Motika muncul wira […]

Pemain Negeri Sembilan Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Luar Negara

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus mendedahkan pemain pasukan itu bakal dipinjamkan kepada sebuah pasukan yang berpangkalan di luar negara. Perkara ini dinyatakan sendiri Faliq menerusi satu ciapan di X pada 14 Julai lalu. Beliau memaklumkan ini sebahagian daripada strategi jangka panjang Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti pasukan itu. Strategi ini tidak […]

Euro 2024: Sepanyol Julang Kejuaraan, England Kecewa Lagi

Sepanyol mengulangi pencapaian manisnya 12 tahun yang lalu apabila muncul juara Euro 2024 setelah menewaskan England dalam perlawanan akhir di Berlin pada awal pagi Isnin. Kedua-dua negara berentap dalam aksi final yang epik setelah menumbangkan lawan masing-masing di separuh akhir dengan La Roja menafikan kemaraan Perancis dan England menghantar Belanda pulang. Skuad emas Sepanyol yang […]

Paulo Josue Tolak Panggilan Kelab Lain, Hati Milik KL City

Kapten pasukan KL City, Paulo Josue mengakui tidak berminat untuk menerima tawaran kelab lain dan hatinya masih bersama pasukan. Beliau lega apabila berjaya membantu The City Boys untuk meraih 3 mata penting menentang Selangor FC di laman sendiri dengan keputusan 1-0. Pemain berusia 36 tahun itu mengakui hatinya masih bersama KL City dengan kontraknya masih […]

Selangor Muncul Juara Dunia

Pasukan e-sukan Selangor FC mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MLB MSC 2024) di Riyadh, Arab Saudi. Pasukan e-sukan Selangor atau nama rasminya Yoodoo Selangor Red Giants (SRG) muncul juara apabila menewaskan wakil Filipina, Falcons AP. Bren di pentas grand final dengan keputusan 4-3. Kelebihan tampak memihak Falcons AP. […]

Nidzam Jamil: Saya Percaya Selangor Boleh Menang Aksi Ini

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya Selangor sebenarnya mampu menewaskan KL City. Pengendali muda berusia 44 tahun itu menyaksikan anak buahnya menghadapi tentangan hebat The City Boys di laman lawan. Beliau bagaimanapun memuji kesungguhan yang ditonjolkan oleh para pemainnya untuk mencari jaringan dan mencipta peluang. “Kalau kita menilai KL City dengan cerita luar padang, […]

MPFL: Selangor Tamatkan Rentetan Kemenangan JDT

Selangor mempamerkan persembahan menakjubkan di saat akhir bagi menghalang JDT pulang dengan mata dalam aksi saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. JDT hadir ke Shah Alam dengan membawa momentum positif setelah merakamkan kemenangan bersih dalam kesemua sembilan perlawanan, begitu juga dengan The Red Giants yang kini sedang mendaki carta liga. Kedua-dua pasukan menampilkan […]