Liga A1: Malaysian University Lebarkan Rekod Kemenangan, Tewaskan Gombak

Malaysian University FT (MUFT) terus mendaki carta Liga A1 Semi Pro apabila membenam cabaran Gombak FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Malaysian University mahu melebarkan dua kemenangan yang diraih dalam liga setakat ini. Sementara Gombak berharap dapat menambah satu lagi kemenangan selepas kali terakhir mengecapinya pada 1 Jun lalu. Separuh masa pertama menyaksikan Malaysian University […]

Liga Super: KL City Beri Selangor Rasai Kekalahan Kali Kedua

Naib juara Piala FA 2023, KL City mempamerkan perjuangan hebat untuk memberikan kekalahan kepada Selangor FC dengan keputusan 1-0. Pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac menurunkan kesebelasan terbaik untuk mengekang kehadiran The Red Giants. Usaha itu bagaimanapun dikejutkan dengan serangan awal Selangor menerusi bahagian sayap namun penyudah Alvin Fortes berjaya diselamatkan Azri Ghani. KL City hampir memperoleh […]

Skuad Muda JDT Muncul Juara La Liga Youth Tournament

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menepati ramalan apabila muncul juara La Liga Youth Tournament 2024 untuk kategori Bawah 12 Tahun (B-12) dan Bawah 15 Tahun (B-15). La Liga Youth Tournament merupakan kejohanan bola sepak remaja pertama dunia yang dilesenkan oleh La Liga. Kejohanan ini bertujuan mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dari Asia terutama […]

Ketimbang Maarten Paes, Legenda Italia Sarankan Empoli Gaet Kiper Inter Milan

Legenda Italia, Walter Zenga, yang pernah bekerja di klub Indonesia, Persita Tangerang, menyarankan Empoli menggaet kiper Inter Milan, Ionut Radu, ketimbang memboyong Maarten Paes. Walter Zenga menyebutkan bahwa Ionut Radu dianggap lebih apik ketimbang Maarten Paes yang tengah dibidik Empoli pada musim panas ini. “Saya memilih mengambil Ionut Radu untuk Empoli, dia bisa menunjukkan dirinya […]

Liga A1: Kedudukan Melaka Lonjak Tinggi Selepas Tewaskan Harini

Pasukan Melaka berjaya melonjak ke kedudukan kedua dalam carta Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024. Selepas menundukkan Harini FT dengan keputusan 3-1 pada semalam, skuad kendalian K. Devan terus cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah. Hatrik yang diraih penjaring terbanyak Liga A1 musim lalu, Azim Rahim melengkapkan malam gemilang Melaka di Stadium Hang Jebat. Kelebihan […]

Faisal Halim Titip Kalam Perjuangan Kepada Wakil Selangor Di Arab Saudi

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan e-sukan Selangor FC yang sedang berentap di pentas grand final World Cup Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MLB MSC 2024). Pasukan e-sukan Selangor atau nama rasminya, Yoodoo Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah dengan mara ke final kejohanan itu pada 13 Julai lalu. Pencapaian […]

Siaran Langsung Final Euro 2024: Sepanyol vs England (Live Streaming)

Final EURO 2024 menemukan dua pasukan handalan Eropah, Sepanyol dan England selepas kedua-dua pasukan melepasi cabaran separuh akhir. Sepanyol mara ke final selepas berjaya mengatasi cabaran Perancis 2-1. Bintang RB Leipzig, Dani Olmo muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-25. Sementara England pula menundukkan Belanda 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Gol […]

Komen Intan Serah Selepas Ledak 6 Gol Lawan Real CJ

Penyerang Kelana United, Intan Serah tampil memberikan komen setelah pamer aksi garang dengan meledak enam gol ketika berdepan Real CJ dalam aksi minggu ke-2 Liga Wanita Nasional (LWN) 2024. Kelana United bertandang ke Pulau Pinang bagi menguji kekuatan Real CJ selepas melakar kemenangan pertama ke atas Selangor 1-0 dalam aksi pembukaan LWN minggu lalu di […]

Perbezaan Terbaru Kedudukan JDT & Selangor Di Asia

Perbezaan kedudukan terkini dua pasukan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Asia mencuri tumpuan. Skuad kendalian Hector Bidoglio mengekalkan rekod cemerlang dalam kempen musim 2024/25 apabila menewaskan Sabah dengan keputusan 3-1. Selangor pula kini menghuni tangga ke-2 Liga Super berkunjung ke Cheras bagi menentang KL City FC. Kemas kini oleh laman Opta Analyst […]

Respon Nafuzi Zain Lihat David Da Silva Berjaya Di Indonesia Berbanding Malaysia

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga bekas jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberikan respon selepas bekas pemainnya di Terengganu iaitu David Da Silva cemerlang di bumi Indonesia. David Da Silva merupakan bekas penyerang Terengganu yang beraksi di bawah kendalian Nafuzi dalam saingan Liga Malaysia musim 2021. Namun pada ketika itu, David Da […]

Corak Hantaran Jauh Sabah Sukarkan JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui corak hantaran jauh menyukarkan pasukan itu bila berdepan Sabah FC pada 13 Julai lalu. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan JDT bertandang ke Stadium Likas untuk memburu kemenangan kelima dalam liga. Selepas mendahului menerusi dua gol Romel Morales, Sabah mendapat talian hayat menerusi penalti Gabriel Peres. […]

Sokongan Penang Bantu Sikh Izhan Menyerlah

Penjaga gol utama Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui sokongan yang diberi Penang FC khususnya jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli membantunya menonjolkan prestasi terbaik untuk musim 2024/25. Sejak menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman semusim dari Selangor FC, penjaga gol berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya antara penjaga gol terbaik negara ketika ini. Sikh Izhan bukan […]

Syihan Hazmi Bolos Dua Gol Dengan Cara Sama

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dibolosi dua jaringan dengan cara yang sama musim ini. Pemain berusia 27 tahun itu mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sabah FC. Skuad Harimau Selatan berjaya merakamkan kemenangan ke-5 musim ini sekaligus kekal di tangga teratas liga […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Selangor (Live Streaming)

Aksi minggu ke-5 menyaksikan pertemuan antara KL City dan juga Selangor menjadi bualan. Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil bagaimanapun tidak mahu memandang rendah keupayaan lawan yang berada dalam kemelut luar padang. “Kita rasa KL City sebuah pasukan sangat baik. Mereka cukup berdiplin dan beberapa pemain yang boleh mengubah perlawanan. “Mereka ada Paulo Josue, mereka […]

Bekas Tonggak JDT, Helio Neto Sertai Kelab Brazil

Selepas memilih meninggalkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Helio Neto sudah mempunyai destinasi baru. Ini selepas kelab Brazil, Cruzeiro mengumumkan Neto sebagai pemain terbaru pasukan futsal kelab berkenaan. Pengumuman ini sekaligus menafikan laporan sebelumnya yang menyatakan beliau akan berkelana ke Thailand selepas meninggalkan Harimau Selatan. “Satu lagi perangsang kepada pasukan terbesar! Selamat […]

Siaran Langsung MPFL: Selangor vs JDT (Live Streaming)

Aksi menarik bagi minggu ke-10 dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia bakal menemukan pendahulu liga, JDT dan juara musim 2022, Selangor di Shah Alam pada Ahad. JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia berada di prestasi terbaik setelah mencatatkan kemenangan bersih dalam keseluruhan sembilan perlawanan dalam saingan MPFL musim kali ini. Tidak ketinggalan, Selangor turut […]