Terkini: Kim Pan-gon Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Malaysia

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membuat keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan selepas dua tahun enam bulan menjadi jurulatih pasukan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu sesi sidang media yang diadakan di Wisma FAM hari ini. Kim Pan-gon […]

Giancarlo Gallifuoco Lega Tamatkan Penantian 26 Tahun KL City

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui lega kerana membantu pasukan itu meraih kemenangan ke atas Selangor FC dalam tempoh 26 tahun. Aksi terbaru Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan dua pasukan itu berentap untuk menentukan siapa pasukan jaguh Lembah Klang. Kelebihan memihak kepada Selangor kerana pasukan itu meraih dua […]

“Hanya Kim Pan-gon Letak Jawatan, Staf Lain Kekal”

Hanya Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yang difahamkan meletak jawatan namun staf sokongan lain bakal kekal bersama Harimau Malaya. Perkara ini dijelaskan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mengenai situasi yang melanda kem negara ketika ini. Umum mengetahui bahawa berita peletakan jawatan jurulatih berusia 55 tahun itu sudah tersebar luas dan dilaporkan oleh beberapa media […]

Media Korea Dakwa Kim Pan-gon Bakal Letak Jawatan Hari Ini

Media Korea Selatan mendakwa bahawa Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bakal meninggalkan Harimau Malaya hari ini. Pengendali berusia 55 tahun itu telah membimbing Malaysia sejak tahun 2022 dan membantu pelbagai kejayaan bersama skuad negara. Namun begitu, beliau dikhabarkan bakal meninggalkan kerusi panas tersebut dan meletakkan jawatannya hari ini. Bekas pengendali Hong Kong itu telah membantu […]

Miroslav Kuljanac Ingatkan Haqimi Azim ‘Nak Jadi Bintang Perlu Kerja Keras’

Miroslav Kuljanac menitipkan pesan berguna buat pemain muda berbakat KL City, Haqimi Azim agar menjadi bintang bola sepak yang berjaya di masa hadapan. Haqimi Azim merupakan prospek masa hadapan negara apabila nama penyerang muda KL City itu mula meniti di bibir peminat bola sepak hasil aksi cemerlang bersama kelab dan negara. Kelibat pemain berusia 21 […]

Terengganu Pintas Kedudukan Kelab Besar Oman Di Asia

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC berjaya memintas kedudukan kelab besar Oman di Asia. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menjadi wakil Malaysia di Piala AFC 2023 namun terhenti perjalanan pada peringkat kumpulan. Terengganu bagaimanapun mengekalkan rekod cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam aksi Liga Super selepas 5 perlawanan. Kemas kini oleh laman Opta Anaylst menyaksikan […]

Man United Dimalukan Kelab Corot Norway

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United membuka kempen pra-musim 2024/25 dengan langkah kiri apabila tewas tipis 1-0 kepada kelab Norway, Rosenborg. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat jurulatih Belanda, Erik ten Hag selepas memeterai kontrak baru dengan United sehingga tahun 2026. Majoriti pemain yang diturunkan untuk aksi ini ialah pemain muda. Ini memandangkan […]

Kylian Mbappe Rancang Ambil Alih Kelab Perancis

Bintang baru Real Madrid, Kylian Mbappe merancang untuk mengambil alih kelab Ligue 2, Stade Malherbe Caen. Portal berita Perancis, Ouest-France melaporkan minat itu timbul selepas pemegang saham majoriti Les Vikings dari Amerika Syarikat, Oaktree Capital Management mahu menarik diri. Meskipun Oaktree tidak menyatakan sebab di sebalik keputusan itu, ini mungkin berkait dengan hakikat firma itu […]

Stuart Wilkin Pesan ‘Pencapaian Akademik & Bola Sepak Perlu Selari’

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin melihat pencapaian akademik dan sukan bola sepak perlu selari sekiranya seseorang pemain ingin berjaya. Pandangan ini dinyatakan pemain tengah berusia 26 tahun itu semasa menjadi tetamu program audio siar Stef It Up baru-baru ini. Wilkin mendedahkan penguasaan akademik dan kemahiran bola sepak perlu selari kerana itu akan membantu pemain […]

Persib Bandung Sambung Kontrak Bojan Hodak

Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak terus kekal bersama pasukan itu untuk kempen Liga 1 Indonesia musim 2024/25. Ini selepas pengendali Croatia itu bersetuju memeterai kontrak baru selama dua tahun bersama pasukan yang diberi jolokan Pangeran Biru itu. Pengumuman itu dibuat Persib di laman sesawang rasmi mereka. Selepas menyertai Persib dari KL City FC pada pertengahan […]

Berita Bekas Bintang Atletico Madrid Sertai JDT Tular Di Thailand

Berita perpindahan bekas pemain bintang Atletico Madrid ke Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di Thailand. Perkara ini dimaklumkan oleh wartawan SNE Sports, Offeris Wichitchote berkenaan perpindahan pemain yang dikaitkan menyertai skuad JDT. Pemain yang dimaksudkan itu ialah Hector Hernandez yang kini beraksi buat GD Chaves dalam kancah Liga Portugal 2. Tonggak yang […]

Razman Roslan Mahu Kim Pan-gon Kekal

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan mahu pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk terus kekal membimbing Malaysia. Razman berpendapat pengendali asal Korea Selatan ini mempunyai filosofi tersendiri untuk membawa Harimau Malaya ke satu tahao yang lebih baik. “Saya rasa untuk mempersiapkan pasukan yang mantap bukan boleh kita ambil dalam jangka masa pendek. Apa yang diatur oleh […]

Seorang Pemain Malaysia Hampir Pasti Sertai JDT?

Seorang lagi pemain Malaysia difahamkan hampir pasti menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad Harimau Selatan dilaporkan bakal melakukan rombakan besar-besar untuk menambah baik pasukan sedia ada. JDT bagaimanapun masih mengekalkan rekod cemerlang pada musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini. Menerusi satu perkongsian oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman, beliau […]

Jurulatih Penjaga Gol KL City, Guilherme Almeida Ucap Selamat Tinggal

KL City FC bakal mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih penjaga gol utama mereka, Guilherme Almeida. Ini selepas jurulatih penjaga gol dari Brazil itu akan bertolak ke Vietnam untuk menyertai kelab V. League 1, Viettel. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran. “Jurulatih penjaga gol Kuala Lumpur (KL City), Guilherme Almeida bersedia untuk […]

Olimpik 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Hadapi Cabaran Beregu Pertama Dunia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal berdepan cabaran getir dalam acara badminton Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Aaron-Wooi Yik menjadi antara sandaran emas kontinjen negara di Paris. Ini selepas mereka meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2020. Selepas sesi undian membabitkan beregu lelaki ditangguhkan pada 12 Julai lalu, sesi […]

Yazan Al-Arab Disambar Gergasi Korea Selatan

Bekas pemain Selangor FC yang juga pemain skuad kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab dijangka bakal menyertai sebuah kelab gergasi Korea Selatan. Menerusi satu hantaran daripada Korea Football News di laman X, kelibat Yazan semakin hampir dapat disaksikan dalam saingan liga utama Korea Selatan dengan menyertai FC Seoul. “FC Seoul bersedia untuk mengumumkan kehadiran pemain pertahanan pasukan […]