Aksi kedua peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara Australia dan Malaysia menjadi tumpuan.

Skuad kendalian Javier Ribera merekodkan permulaan cemerlang selepas membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0.

Australia pula mengalami nasib berbeza apabila diikat oleh Thailand dengan keputusan 1-1.

Pasukan muda negara mempertaruhkan pengalaman berdepan Australia pada tahun 2022 apabila berjaya mengikat lawan sama dengan keputusan 2-2.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu optimis untuk melihat prestasi baik ini diteruskan menjelang pertemuan dengan Australia.

โ€œKeputusan (yang dicapai) pada akhir perlawanan, bukan mudah untuk dapatkan keputusan sebegini. Pihak lawan memberi kesukaran kepada kita pada separuh masa pertama. Tetapi pada minit ke-60 hingga 65, tahap kecergasan mereka mula menurun.

โ€œPada akhirnya, kita mempersiapkan pasukan untuk memahami falsafah dan identiti kita. Saya fikir pasukan beraksi cemerlang,โ€ katanya.

Kesebelasan Utama Australia vs Malaysia

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Australia vs Malaysia

Tarikh: 26 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 4 Petang (MY)
Venue: Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia
Siaran Langsung:ย Vidio

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.