Javier Ribera Mahu Bawa Malaysia B-16 Ke Piala Asia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mahu membawa pasukan itu layak ke Piala Asia B-17 2025. Hasrat itu dinyatakan beliau dalam sidang media menjelang saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-17 2025 yang bermula pada 23 Oktober ini. Saingan Kumpulan H menyaksikan penyertaan tiga pasukan iaitu Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) […]

Pemain Kacukan Norway & Australia Perkuat Malaysia

Pemain kacukan Norway dan Australia terima panggilan untuk membantu cabaran skuad muda Malaysia. Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera telah mengumumkan senarai 25 pemain berbakat Malaysia untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-16. Kem dijangka bermula pada Isnin, 7 Oktober 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Vientiane, Laos […]

“Saya Akan Bersara Sebagai Pengurus Jika Malaysia Gagal Ke Piala Asia”

Pengurus pasukan B-16 negara, Christopher Raj sedia bersara sebagai pengurus sekiranya Malaysia gagal ke Piala Asia 2025. Perkara ini disuarakan olehnya selepas Malaysia B-16 menamatkan perjuangan dalam Kejuaraan Asean pada peringkat kumpulan. Kekecewaan jelas menyelubungi skuad negara apabila tidak berupaya mengulangi pencapaian tahun 2019 untuk muncul juara. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Media, Komunikasi dan […]

“Malaysia B-16 Tunjuk Banyak Kemajuan Walau Tersingkir Awal” – Javier Ribera

Pengendali Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera percaya skuad negara menunjukkan banyak kemajuan meskipun tersingkir daripada saingan Kejuaraan ASEAN B-16 2024. Skuad negara tidak dapat layak ke pusingan separuh akhir kejohanan selepas hanya mengutip tiga mata dalam Kumpulan C. Satu-satunya kemenangan yang diraih Malaysia B-16 ialah kemenangan 5-0 ke atas Timor Leste. Sementara […]

Siaran Langsung AFF B-16: Thailand vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi terakhir peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara pasukan Thailand dan Malaysia mencuri tumpuan. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki peluang terakhir untuk muncul juara Kumpulan C dengan menewaskan Gajah Perang sementara mengharapkan tuan tidak memihak kepada Australia. Pengendali kelahiran Sepanyol itu masih tidak berputus asa dan melaungkan keyakinan hebat untuk terus memastikan semangat anak juangnya […]

Javier Ribera Buka Mulut Selepas Malaysia Tunduk Kepada Australia

Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Ribera menunjukkan semangat juang positif sungguhpun tewas kepada Australia baru-baru ini. Pengendali muda itu membimbing pasukan bagi aksi kedua peringkat kumpulan di Piala AFF B-16 2024 di Indonesia. Hasrat skuad muda negara melakar kemenangan kedua terbantut apabila tunduk di tangan anak buah Brad Maloney dengan keputusan 2-0. Jurulatih berusia 36 […]

Siaran Langsung AFF B-16: Australia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara Australia dan Malaysia menjadi tumpuan. Skuad kendalian Javier Ribera merekodkan permulaan cemerlang selepas membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Australia pula mengalami nasib berbeza apabila diikat oleh Thailand dengan keputusan 1-1. Pasukan muda negara mempertaruhkan pengalaman berdepan Australia pada tahun 2022 apabila berjaya mengikat lawan sama dengan […]

AFF B-16: Rekod Baik Malaysia Lawan Australia Beri Tonik Tambahan

Aksi Piala AFF B-16 antara Malaysia dan Australia yang bakal berlangsung pada 26 Jun 2024 mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki rekod baik bagi aksi pertama Kumpulan C apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Ujian sebenar pasukan muda negara adalah aksi menentang Australia sekaligus bakal menjadi penentu kepada peluang negara mara ke […]

Pengarah Teknikal Lion City Puji Pendekatan Malaysia Guna Kepakaran JDT

Pengarah teknikal kelab Lion City Sailors memuji pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad Malaysia B-16 kini dipimpin oleh Ketua Jurulatih, Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah bagi Akademi JDT. Situasi ini telah membuka mata Pengarah Teknikal kelab Lion City Sailors, Luka Lalic yang […]

AFF B-16: Malaysia Unggul Kemudi Tangga Teratas Kumpulan C

Perjalanan skuad Malaysia B-16 dalam kempen Piala AFF berlangsung hebat apabila kini berada pada tangga teratas Kumpulan C. Skuad kendalian Javier Ribera beraksi cemerlangbpada perlawanan pembukaan selepas mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Timor Leste. Malaysia B-16 kini menghuni tangga teratas kumpulan selepas dua lagi pasukan iaitu Thailand dan Australia terpaksa berkongsi mata selepas merekodkan […]

Penyertaan Skuad Muda JDT Dalam Kejohanan Antarabangsa Bina Masa Depan Bola Sepak Malaysia

Penyertaan skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kejohanan antarabangsa telah mengukuhkan masa depan bola sepak di Malaysia. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera yang bakal menggalas tugas untuk menempuh dua kejohanan besar tahun ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah membawa 12 orang pemain B-16 JDT bagi menghadapi Kejuaraan B-16 […]

Prospek Warisan Malaysia Lincah Beraksi Buat Skuad Muda Juventus

Seorang prospek muda berbakat Malaysia lincah beraksi bersama skuad muda Juventus. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain yang dikenali sebagai Matthew Wei-Jun Lee. Tonggak berusia 16 tahun itu merupakan pemain serangan yang versatil dan boleh beraksi pada beberapa posisi. Antara peranan yang boleh dimainkan olehnya adalah sebagai pemain tengah menyerang, pemain sayap kiri […]

Javier Ribera Sedia Ambil Pemain Warisan Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-17

Pengendali skuad Malaysia B-17, Javier Jorda Ribera memberi bayangan sedia mempertimbangkan pemain warisan di Kelayakan Piala Asia. Jurulatih muda itu baru sahaja dilantik untuk mengemudi skuad muda negara dan bakal menjalankan tugasan pertamanya dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia, 21 Jun hingga 4 Julai 2024. Malaysia B-17 diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, […]

Dua Tugas Besar Menanti Javier Ribera Bersama Malaysia

Dua tugas besar menanti ketua jurulatih Malaysia B-17, Javier Ribera yang bakal membantu negara kembali ke landasan terbaik. Pengarah Akademi JDT itu diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan peranan Osmera Omaro yang membimbing pasukan sebelum ini. Prestasi skuad Malaysia B-17 dilihat masih tidak memcapai tahap yang diharapkan susulan aksi hambar dalam […]

Pengarah Akademi JDT, Javier Ribera Kemudi Malaysia B-17

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mula mempersiapkan skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) dengan melantik Javier Jorda Ribera sebagai jurulatih pasukan itu. Pengumuman perlantikan Pengarah Akademi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu dibuat FAM menerusi platform media sosial rasmi mereka hari ini. Meskipun baru mengisi peranan berkenaan, Ribera tidak membuang masa memanggil 32 orang […]