Benjamin Mora Mahu Cabaran Lebih Besar Lepas Tinggalkan York United

Bekas pengendali York United FC, Benjamin Mora menagih cabaran lebih besar selepas meninggalkan kelab Canada, York United. Jodoh jurulatih kelahiran Mexico itu di Canada tidak panjang apabila hanya bertahan selama 6 bulan dan memilih untuk membawa haluan baharu. Jurulatih berusia 46 tahun itu bercakap kepada laman AS Mexico mengenai keputusannya untuk meninggalkan York United kurang […]

Harimau Malaya Bakal Uji Yaman?

Harimau Malaya bakal menjadikan Yaman sebagai ujian pemanas badan sebelum mengharungi saingan ASEAN Championship 2024. Yemen Sports melaporkan pasukan Asia Barat itu bakal menjalani kem latihan di Malaysia. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi Arabian Gulf Cup 26. Kem ini dilihat kesinambungan daripada dua aksi antarabangsa yang ditempuh pasukan itu pada 16 dan 19 November lalu. […]

‘Orang Kuat’ Burnley Beri Bayangan Josh Brownhill Ke Malaysia

Salah seorang individu penting dalam organisasi kelab Burnley FC telah memberi bayangan kaptennya, Josh Brownhill bakal beraksi buat Malaysia. Pemain berusia 29 tahun itu sudah lama dikaitkan dengan kehadirannya untuk membantu Harimau Malaya namun hasrat itu masih belum tercapai. Tonggak tengah berpengalaman itu membantu Burnley untuk bersaing dalam kancah EFL Championship dan telah beraksi sebanyak […]

Indra Putra Sebut Dua Pertahanan Terbaik Malaysia Ketika Ini

Lagenda bola sepak negara, Indra Putra Mahyuddin menyenaraikan dua tonggak pertahanan terbaik di Malaysia ketika ini. Pemain berusia 43 tahun itu masih meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC. Bekas tonggak TRW Kelantan itu sebelum ini pernah menyarankan agar tonggak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif […]

Potensi Lawan Malaysia, Sri Lanka Tambah 12 Pemain Kacukan Jerman & England

Pasukan kebangsaan Sri Lanka antara lawan potensi Malaysia yang giat menambah pemain warisan dari Jerman dan England. Skuad kendalian Abdullah Al Mutairi melakar keputusan mengejutkan pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA apabila menundukkan Yaman dengan keputusan 1-0. Aksi persahabatan di Qatar itu menyaksikan pemain kacukan Australia-Sri Lanka, Jack Hingert menjaringkan gol saat akhir sekaligus memberikan […]

Tunku Ismail Bakal Kemudi Era Baharu Harimau Malaya?

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan bakal membuka era baharu Harimau Malaya. Baginda sebelum ini dikaitkan untuk mengambil alih kepimpinan skuad kebangsaan sekaligus memacu lebih banyak kejayaan buat skuad negara. DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran memberi bayangan sudah pun memiliki pelan lengkap susunan organisasi […]

Nafuzi Zain Bakal Kemudi Malaysia B-23?

Pengendali Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain dilaporkan bakal mengemudi skuad Malaysia B-23. Nafuzi mula membimbing Kedah pada tahun 2023 setelah meninggalkan jaguh Pantai Timur, Terengganu dan berhasil membawa Sang Kenari meraih tempat keempat Liga Super musim lalu. Isu luar padang seperti tunggakan gaji yang menimpa Kedah belakangan ini menyebabkan juara Piala FA 2019 itu dijangka […]

Indonesia Kembali Pintas Malaysia Ranking Masa-Nyata FIFA

Timnas Indonesia kembali memintas Malaysia dalam kemas kini ranking masa-nyata FIFA. Skuad kendalian Shin Tae-yong merakamkan kemenangan pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila membelasah Arab Saudi. Dua jaringan pemain muda sensasi Oxford United, Marselino Ferdinand sudah cukup untuk memastikan tuan rumah meraih 3 mata penting untuk menghidupkan peluang ke Piala Dunia. Kemenangan 2-0 […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Lonjak 5 Tangga, Tembusi Kelompok 120 Dunia

Ranking Masa-nyata FIFA: Malaysia mencatatkan kemajuan ranking FIFA selepas melonjak 5 tangga susulan kejayaan mengikat India. Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA hasil kemenangan berdepan pasukan ke-187 dunia, Laos di Thailand tempoh hari. Rentak cemerlang itu diteruskan sungguhpun tidak memiliki tiga tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman, Feroz Baharudin dan […]

5 Perkara Positif Dalam Aksi India vs Malaysia

India berjaya ikat kemaraan Malaysia di Hyderabad dengan keputusan seri 1-1. Suka atau tidak, keputusan ini bukanlah pilihan utama rakyat Malaysia yang sudah tentu mahukan kemenangan mutlak di tempat lawan. Berikut merupakan 5 perkara positif yang berjaya dikesan penulis untuk tatapan umum: Selamat Datang Fazrul Amir Selamat datang Fazrul Amir ke Harimau Malaya! Fazrul Amir […]

India Ikat Kemaraan Malaysia Di Hyderabad

Malaysia merekodkan keputusan seri ketika berdepan India dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Hyderabad pada Isnin. Selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas Laos minggu lalu, skuad kebangsaan terbang ke Hyderabad untuk menguji kekuatan India yang kini berada di kedudukan ke-125 dunia. Pengendali negara, Pau Marti hanya mengekalkan 4 pemain di dalam kesebelasan utama diketuai […]

Keadaan Padang Stadium Gachibowli Bagi Aksi India vs Malaysia Curi Tumpuan

Keadaan padang Stadium Gachibowli di Hyderabad mencuri tumpuan bagi aksi antara India vs Malaysia. Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand baru-baru ini. Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah menentang The Blue Tigers yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini dengan aksi bakal dimainkan di […]

Media India Senaraikan 3 Bintang Harimau Malaya Perlu Diawasi

3 bintang Harimau Malaya telah dikenal pasti oleh media di India bakal menjadi ancaman menjelang aksi persahabatan pada Isnin. Skuad kebangsaan bimbingan Pau Marti Vicente terbang ke Hyderabad untuk berdepan India dengan momentum positif setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos pada Khamis lalu. Tiga jaringan daripada Harith Haiqal, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero berjaya […]

Matyo & Mahali Pilih Arif Aiman

Dua bekas pemain kebangsaan sepakat memilih pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai pemain terbaik negara ketika ini. Perkara ini dinyatakan dua bekas pemenang ASEAN Championship 2010, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli bila ditanya ASEAN United FC tentang siapa pemain terbaik Malaysia. Sejak membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya pada 23 […]

Ranking Masa-nyata FIFA: Malaysia Berpeluang Tinggalkan Indonesia Dengan Perbezaan Mata Besar

Pasukan Malaysia berpeluang untuk meninggalkan Indonesia dengan perbezaan mata besar berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA. Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan ujian pasukan ke-125 dunia, India di Hyderabad pada 18 November ini. Kemenangan ke atas The Blue Tigers membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan +5.16 mata FIFA sekaligus berpeluang untuk meninggalkan kedudukan jiran, Indonesia. Malaysia berpotensi […]

Tonton Aksi India vs Malaysia Secara Langsung Di 3 Saluran Malam Ini

Aksi persahabatan Tier 1 FIFA antara India vs Malaysia boleh ditonton secara langsung di 3 saluran malam ini. Skuad kendalian Pau Marti turun dengan misi besar untuk meraih tambahan +5.16 mata FIFA berdepan The Blue Tigers di Hyderabad. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Pestabola Merdeka 2023 yang menyaksikan skuad kebangsaan menundukkan India dengan […]