Bintang Indonesia Sertai Kelab Portugal, ADCR Caxinas

Pemain futsal Indonesia, Evan Soumilena kini melebarkan sayapnya ke luar negara selepas menerima tawaran kelab Portugal, ADCR Caxinas. Perpindahan pemain Black Steel Papua itu diumumkan Caxinas di akaun Instagram rasmi mereka semalam. “Selamat datang Soumilena… Datang dari bahagian lain dunia untuk memperkuat skuad kita, salah seorang pemain terbaik dalam Liga Indonesia… EVAN SOUMILENA,” kata kelab […]
Intan Serah: Kami Mendominasi, Tapi Tumpul

Penyerang Malayan Tigress, Intan Serah Anisah Zulgafli melihat penyudah tumpul sebagai punca mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan Pakistan awal pagi tadi. Aksi kedua Kumpulan A Women’s International Friendly menyaksikan Malaysia sudah mencuba menembusi gawang skuad wanita Pakistan tetapi tidak berhasil. Ini mengecewakan Intan disebabkan skuad negara mendominasi perlawanan. “Honestly, I’m proud with my team […]
Malayan Tigress: Malaysia Seri Berdepan Pakistan

Kejohanan Women’s International Friendly 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Pakistan. Separuh masa pertama menyaksikan tiada sebarang jaringan terhasil. Malaysia menguasai permainan dengan beberapa gerakan berjaya dilancarkan anak buah Soleen Zoubi namun masih gagal menerjah jaring. Bersambung babak kedua permainan, Malaya Tigress terus menerus mengasak kubu pertahanan lawan untuk memecah kebuntuan. […]
Malaysia ‘Hilang’ Azizulhasni Di Sukan Asia

Malaysia kehilangan peluang meraih pingat emas di Sukan Asia 2023 di Hangzhou selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Kecederaan ini dialami beliau semasa kemalangan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu lepas. Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami kecederaan luka besar di peha selain luka di […]
“Arab Saudi Banyak Mengajar Malaysia” – Siti Nurfaizah

Pemain skuad wanita Malaysia, Siti Nufaizah Saidin mengakui skuad wanita Arab Saudi banyak mengajar mereka semalam. Aksi pertama Kumpulan A Women’s International Friendly semalam menyaksikan skuad negara diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah. Biarpun hanya meraih satu mata, kesungguhan yang ditampilkan tuan rumah patut diberi pujian. Dan itu diharap dapat digunakan Malayan Tigress bila menentang […]
Malaysia Ikat Arab Saudi

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dalam kejohanan Women’s International Friendly hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Arab Saudi. Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Pasukan Malaysia dilihat lebih banyak melancarkan serangan dan mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah, Arab Saudi. Bersambung aksi di babak kedua permainan, Malaysia terus konsisten […]
Malaysia Hadapi Ujian ‘Keras’ Jerman & USA

Pasukan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Deaf Tigers akan berdepan cabaran sukar Amerika Syarikat dan Jerman. Undian semula Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia yang dijalankan di ibu negara menyaksikan skuad negara berdepan tiga pencabar hebat. “Pengundian ini menyaksikan 19 pasukan bola sepak lelaki dibahagikan kepada 5 kumpulan. Selain itu, bola sepak […]
Terbuka Hong Kong: Hasrat Pearly-Thinaah Bergelar Juara Tertangguh, Tewas Kepada Regu Indonesia

Hasrat Pearly Tan-M. Thinaah meraih kejuaraan Terbuka Hong Kong tidak kesampaian apabila ditewaskan regu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti. Dari segi ranking, Apriyani-Siti Fadia berada pada kedudukan ke-12 dunia berbanding Pearly-Thinaah (ke-15 dunia). Bagaimanapun, dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu memiliki rekod seimbang dengan masing-masing memiliki dua kemenangan. Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah selesa mendahului […]
Azizulhasni Awang: Allah Selamatkan Saya

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang melafazkan rasa syukur kepada Allah s.w.t selepas terselamat daripada kemalangan semasa menjalani sesi latihan hari ini. Dalam satu perkongsian beliau hari ini, kemalangan berkelajuan tinggi itu berlaku semasa mengejar motosikal di selekoh pertama Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan. Azizulhasni percaya kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mekanikal […]
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah Gah Ke Final Tumbangkan Aimsaard Bersaudara

Regu wanita utama Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke final Terbuka Hong Kong selepas mengatasi cabaran Nuntakarn dan Benyapa Aimsaard di pentas separuh akhir. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Pearly-Thinaah dengan satu kemenangan. Justeru, tidak hairanlah regu wanita negara kelihatan yakin sebaik turun ke gelanggang. Set pertama menyaksikan Nuntakarn-Benyapa berusaha memberi saingan […]
Bekas Penjaga Gol Kelantan Sertai Skuad Futsal JDT

Bekas penjaga gol Kelantan FC, Rozaidi Rahamat membuat kejutan dengan menyertai skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Kelibat beliau dikesan menjalani latihan bersama skuad futsal Harimau Selatan semalam menerusi satu perkongsian yang dibuat JDT Futsal. Ketika ini, skuad futsal JDT sedang membuat persiapan untuk aksi final Piala Futsal Malaysia. Harimau Selatan yang dibimbing […]
MPFL: JDT Mara Ke Final, Belasah Selangor TOT United

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) FC membelasah Selangor Tot United 8-3 dalam aksi kedua separuh akhir MPFL 2023 hari ini. Ini sekaligus membolehkan JDT FC mara ke final MPFL 2023 dengan keputusan agregat 15-8. Selangor TOT muncul di Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan harapan merapatkan jurang agregat selepas tewas 7-5 dalam aksi pertama separuh […]
Skuad Futsal JDT Dilengkapi Penjejak GPS Oliver

Dengan saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 bakal bersambung tidak lama lagi, pasukan-pasukan mula mempergiat persiapan mereka. Bagi pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka bertuah kerana mendapat kelengkapan latihan baru iaitu alat penjejak GPS jenama Oliver. Dengan menggunakan alat itu, ini bukan saja membantu jurulatih Harimau Selatan, Juan Antonio Miguel Garcia memantau sesi […]
Gelanggang Futsal Bertaraf Dunia Sedia Digunakan JDT

Selepas muncul sebagai kuasa bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berusaha melakukan perkara sama di arena futsal pula. Dan itu dicapai dengan menggunakan Stadium Tertutup Pasir Gudang untuk melonjakkan JDT dalam Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL). Ini selepas pasukan futsal JDT berkongsi imej terbaru gelanggang futsal yang bakal digunakan mereka dalam saingan MPFL […]
MPFL 2023: JDT, Selangor, Pahang Rangers dan Terengganu Berpesta Gol di Shah Alam

Tiga pasukan pilihan dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023 iaitu Johor Darul Takzim, Selangor MAC dan Pahang Rangers ketiga-tiganya berpesta gol dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic, pada Ahad. JDT yang turun beraksi pertama kali selepas berehat pada minggu pembukaan, membuka kempen dengan penuh bergaya, apabila membelasah Shah Alam City 8-2. Skuad dibarisi […]
10 Gol Hiasi Pertembungan Blockbuster JDT dan Pahang Rangers di Shah Alam

Pertembungan blockbuster antara dua pasukan pilihan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023, JDT dan Pahang Rangers dalam aksi pra-musim menyaksikan 10 gol terhasil, setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 5-5. Pada satu ketika segalanya nampak mudah bagi Pahang Rangers bimbingan Gerard Casas, apabila mendahului 4-0 di separuh masa pertama. Khaiyum Khaimi membuka jaringan sebelum tonggak […]