Asian Games: Thailand Raih Pingat Emas, ‘Libas’ Malaysia

Skuad sepak takraw Malaysia hampa bila gagal meraih pingat emas dalam aksi final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 hari ini. Ini selepas mereka tewas kepada musuh tradisi, Thailand. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas mengatasi Laos dan Korea Selatan di pentas separuh akhir. Walaupun mengetahui Thailand merupakan pasukan pilihan kejohanan, anak-anak buah Ahmad Jais […]
Giliran Jepun Malukan Vietnam 7-0

Skuad bola sepak wanita Jepun mara ke pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 dengan bergaya apabila membelasah Vietnam 7-0. Kedua-dua pasukan tahu sekiranya mereka menang hari ini, mereka akan layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik. Sekiranya tewas, mereka perlu menunggu keputusan kumpulan-kumpulan lain bagi menentukan sama ada mereka pasukan kedua terbaik atau tidak. Malangnya, […]
Malaysia Berpesta Gol Tumpaskan Taiwan

Skuad futsal Malaysia mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan untuk menewaskan cabaran Taiwan. Skuad negara sebelum ini berjaya mengikat cabaran Afghanistan dalam satu aksi persahabatan yang berlangsung pada Rabu dengan keputusan 1-1. Momentum baik diteruskan berdepan Taiwan apabila mudah mencatatkan kemenangan besar 5-2. Perlawanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan ketua jurulatih, Rakhpol Sainetngam mempersiapkan […]
Asian Games: Malaysia Belasah Indonesia 9-2

Skuad hoki senior Malaysia terus membuktikan kejaguhan mereka apabila membelasah Indonesia 9-2 dalam aksi ketiga Kumpulan B Sukan Asia 2023. Perlawanan hari ini dilihat menarik kerana pertembungan dua jurulatih negara, Arul Selvaraj dan Muhammad Dharma Raj Abdullah. Dharma bukan asing kepada The Speedy Tigers kerana pernah melatih mereka satu ketika dahulu. Begitupun, itu bukan halangan […]
Pengalaman Berharga Malaysia Uji Jerman & Amerika Syarikat

Skuad bola sepak pekak Malaysia mengakhiri kempen Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia (WSDF) 2023 dengan kekalahan 1-0 di tangan Mesir semalam. Biarpun berstatus pasukan bukan pilihan, The Deaf Tigers membuktikan mereka pasukan yang liat ditewaskan Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan A. Ini memaksa pasukan dari Afrika Utara itu menunggu sehingga minit ke-77 untuk meraih gol […]
Malaysia ‘Rantai’ Afghanistan

Skuad futsal Malaysia mempamerkan persembahan yang cukup mengujakan untuk mengikat pasukan kebangsaan Afghanistan dalam satu aksi persahabatan Tier 1. Perlawanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan pasukan bimbingan Rakhpol Sainetngam yang sudah beberapa hari mempersiapkan aksi terbaik beraksi dengan begitu meyakinkan. Malaysia bermula garang apabila gerakan cantik untuk menembusi gawang gol Afghanistan sejak minit […]
Malayan Tigress: Malaysia Kalah Kepada Lubnan

Skuad wanita Malaysia kecewa selepas tewas kepada skuad wanita Lubnan dalam aksi separuh akhir Women’s International Friendly 2023 semalam. Walaupun berjaya layak ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan A, ketumpulan jentera serangan perlu diatasi sekiranya Malayan Tigress ingin layak ke final. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan gol. Beberapa peluang terhidang yang […]
Asian Games: Singapura Dimalukan 10-0 Oleh Korea

Singapura sekali lagi malu besar apabila dibelasah Korea Utara 10-0 dalam aksi kedua Kumpulan C Sukan Asia 2023 hari ini. Selepas dibelasah lawan sama 7-0 beberapa hari lepas, anak-anak buah Karim Bencherifa berharap untuk aksi kedua hari ini, matlamat mereka ialah mengelak perkara sama berulang. Bagaimanapun, apa yang diharapkan mereka tidak kesampaian apabila gawang The […]
Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Benam Cabaran Laos

Skuad sepak takraw Malaysia tidak berdepan masalah mara ke final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 selepas mengatasi Laos 2-0 di pentas separuh akhir. Dengan skuad negara mengelak bertemu Thailand selepas bergelar juara Kumpulan B, ini mengurangkan tekanan buat mereka bila berdepan Laos. Justeru, Noraizat Nordin, Adam Farhan dan Haziq Hairul Nizam menjadi taruhan skuad […]
Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Oman 11-1

Skuad hoki senior Malaysia meneruskan kecemerlangan dalam Kumpulan B Sukan Asia 2023 apabila membelasah Oman 11-1 hari ini. Selepas cemerlang membelasah Thailand 9-0 dalam aksi pertama kumpulan, anak-anak buah Arul Selvaraj mahu memastikan kemenangan kedua diraih. Begitupun, dengan Oman menduduki ranking keenam Asia, mereka tetap berupaya mengancam skuad negara sekiranya mereka leka. Justeru, The Speedy […]
Asian Games: Regu Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Korea Selatan

Skuad sepak takraw Malaysia sah mara ke separuh akhir selepas mengatasi Korea Selatan 3-0 dalam aksi kedua regu berpasukan Kumpulan B hari ini. Selepas hampir dikejutkan Indonesia semalam, barisan pemain diketuai Adam Farhan, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi tidak mahu pisang berbuah dua kali. Atas sebab itulah, regu pertama negara berjaya mengatasi cabaran […]
Jerman Tewaskan Malaysia 8-0

Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023 selepas dibelasah Jerman 8-0 semalam. Perlawanan kedua skuad negara di UM Arena itu menyaksikan gawang mereka bocor seawal minit ke-24 menerusi Marc Eisenberg. Jerman makin selesa sebelum rehat menerusi gol Steven Nowark. Bersambung pada babak kedua, Eisenberg menyumbat gol ketiga sebaik wisel babak kedua […]
Asian Games: Regu Malaysia ‘Libas’ Indonesia

Skuad sepak takraw negara bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi pertama sepak takraw regu berpasukan Kumpulan B Sukan Asia 2023. Regu pertama diketuai tekong berpengalaman KL Thunder, Syahir Rosdi bermula dengan langkah kiri apabila tewas set pertama 21-15. Biarpun mereka cuba memberi tentangan sengit dalam set kedua, Indonesia memastikan kemenangan pertama pasukan […]
Asian Games: Korea Malukan Singapura 7-0

Skuad wanita Singapura memulakan kempen Kumpulan C Sukan Asia 2023 dengan langkah kiri apabila dibelasah Korea Utara 7-0 di Pusat Sukan Wenzhou hari ini. Babak pertama menyaksikan The Lionesses dibolosi dua kali dalam tempoh tiga minit. Hong Song-ok dan Ri Kum-hyang masing-masing meledakkan gol buat Korea Utara pada minit ke-11 dan ke-14. Eastern Azaleas terus […]
Asian Games: Malaysia Garang Belasah Thailand

Skuad hoki senior Malaysia memulakan kempen Sukan Asia 2023 di Hangzhou dengan langkah kanan apabila membelasah Thailand 9-0 dalam aksi pertama Kumpulan B. Babak pertama menyaksikan Speedy Tigers tampil garang. Dan mereka tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi jaringan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit kelapan. Thailand yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Kim Jung-chul berdepan […]
Aksi Malaysia & Amerika Syarikat Jadi Tumpuan

Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC) bakal bermula malam ini dengan aksi Malaysia dan Amerika Syarikat dalam Kumpulan A menjadi tumpuan. Malaysia yang menjadi negara Asia pertama sebagai tuan rumah WDFC berharap dapat tampil cemerlang di hadapan penyokong sendiri. Begitupun, jurulatih skuad negara, Muhamad Haris Lajid sedar dengan cabaran yang bakal dibawa Amerika Syarikat. […]