Malaysia Futsal Cup: Laluan Getir Menanti Selangor

Laluan berliku menanti Selangor menjelang saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 tidak lama lagi. Enam pasukan terbaik dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 dan dua pemenang aksi play-off melengkapkan lapan pasukan yang akan bersaing bagi merebut kejuaraan MFC ini. Sesi undian yang dijalankan pada Isnin menyaksikan juara MPFL, JDT dan naib juara Selangor […]

Indonesia Juara Dunia Sekali Lagi

Nama rantau Asia Tenggara kembali menjadi sebutan dalam dunia e-sukan apabila Indonesia muncul juara FIFAe World Cup 2024 Football Manager. Ichsan Rahmat Taufiq selaku pengurus dan Budi Muhamad Manar Hidayat sebagai penolong pengurus membantu Indonesia mengatasi Jerman di pentas final. Indonesia mendahului dengan meraih kemenangan 3-0. Ini disusuli satu lagi kemenangan 5-2 sekaligus membolehkan mereka […]

Atlet Korea Utara Berdepan Hukuman Akibat Tersenyum

Atlet pingpong Korea Utara berdepan hukuman akibat tersenyum bersama lawan di Sukan Olimpik Paris 2024. Pasangan beregu campuran sukan pingpong Korea Utara boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana tersenyum di atas podium ketika berswafoto di temasya Sukan Olimpik Paris lalu. Kim Kum-yong dan Ri Jong-sik menghadiahkan pingat perak buat kontinjen Korea Utara setelah tewas 2-4 di […]

Habuan Setengah Juta Dalam Genggaman Sabah

Sabah meraih ‘durian runtuh’ hampir setengah juta ringgit setelah pamer aksi penuh memukau baru-baru ini. Dengan status juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, Sabah dipilih sebagai wakil Malaysia untuk bersaing dalam aksi kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL). Di peringkat kelayakan ini, Sabah telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama juara liga Nepal, Armed Police […]

Senarai 8 Pasukan Ke Malaysia Futsal Cup

Lapan pasukan sah bakal berentap dalam saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024. Lapan pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Pahang Rangers FC, Shah Alam City, Sabah, Gombak TOT United, KL City FC dan Kedah. JDT, Selangor, Pahang Rangers, Sabah, Shah Alam City dan Gombak TOT United layak selepas menduduki enam […]

Korea Open: Perjuangan Pearly Tan-M. Thinaah Berakhir Di Tempat Kedua

Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah terpaksa akur terlepas kejuaraan Korea Open setelah tunduk di tangan wakil tuan rumah pada Ahad. Setelah cemerlang menyingkirkan Baek Ha Na-Lee So Hee di peringkat separuh akhir semalam, Pearly-Thinaah akan berdepan satu lagi beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong pada aksi final. Dari segi rekod pertemuan, Na Eun-Hye […]

Korea Open: Korea Open: Tang Jie-Ee Wei Muncul Juara, Raih RM140,000

Beregu campuran utama Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei muncul juara di pentas final Korea Open 2024. Ini selepas beregu nombor sembilan dunia itu menewaskan regu China, Guo Xin Wa dan Li Qian dalam aksi final yang menghiburkan di Stadium Tertutup Mokpo. Selepas menewaskan regu China, Cheng Xing-Zhang Chi di peringkat separuh akhir, […]

AWCL: Sabah Ke Asia, Atasi Jaguh Uzbekistan

Sabah berjaya menempah tiket ke saingan AFC Women’s Champions League (AWCL) setelah menumbangkan wakil Uzbekistan dalam saingan kelayakan pada Sabtu. Setelah berjaya mengikat juara Nepal, APF FC pada Rabu lalu, Sabah berdepan misi wajib menang ke atas PSF Nasaf yang hanya memerlukan seri untuk layak ke saingan utama AWCL. Kesebelasan utama Sabah masih diketuai oleh […]

Korea Open: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Final, Singkirkan Regu No. 2 Dunia

Perjuangan regu kesembilan dunia, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Korea Open 2024 diteruskan ke peringkat akhir. Regu wanita utama Malaysia itu mempamerkan permainan mantap sebelum menyingkirkan regu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee. Selepas berjaya menyingkirkan regu Chinese Taipei, Teng Chun Hsun dan Yang Chu Hyun di peringkat suku […]

Lee Zii Jia Pintas 3 Jaguh Dunia

Kedudukan ranking terbaru Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) untuk kategori perseorangan lelaki menyaksikan Lee Zii Jia kini menduduki ranking keempat dunia. Perubahan ranking tersebut turut menyaksikan juara Thailand Open 2024 itu memintas tiga jaguh dunia. Tiga jaguh tersebut ialah Li Shi Feng (China), Anders Antonsen dan Kodai Naraoka. Shi Feng dan Naraoka masing-masing meraih pertambahan dua […]

Bajet Sukan SEA 2027 Cecah RM700 Juta

Penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia dilaporkan menelan bajet sehingga mencecah RM700 juta. Malaysia sebelum ini sah menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi temasya ini dengan usaha sama dari tiga buah negeri untuk menganjurkan bersama. “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya […]

Selamat Datang Khabib Nurmagomedov

Legenda sukan MMA dari Russia, Khabib Nurmagomedov bakal menjejakkan kaki di Malaysia tidak lama lagi. Ini selepas Faith Events menjemput legenda Ultimate Fighting Championship (UFC) itu untuk menjadi speaker program Khabib: The Path of A Champion. Program ini bakal menyaksikan Khabib berkongsi pengalamannya bukan saja dalam arena sukan berkenaan. Malah, beliau juga dijangka berkongsi tentang […]

Lee Zii Jia Beri Tekanan Hebat Kepada Viktor Axelsen

Kedudukan Lee Zii Jia kini mula memberi tekanan hebat buat jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen. Menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa menyaksikan Zii Jia mencatatkan kenaikan 2 anak tangga ke kedudukan keempat dunia. Kejayaan di kejohanan terdahulu termasuklah merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris membantu jaguh berusia 26 tahun ini […]

Hannah Yeoh Pertahan Hak Penerjun SUKMA Terengganu

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempertahankan hak dua penerjun dari Terengganu yang meraih kejayaan di Sukan Malaysia (SUKMA) lalu. Terdahulu, 2 orang penerjun wanita dari Terengganu, Ilyssa Ixora dan Uzlifatil Jannah telah menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Terengganu pada temasya SUKMA yang lalu. Walau bagaimanapun, timbul keraguan apabila kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai penyertaan […]

AWCL: Sabah Ikat Juara Liga Nepal, APF FC

Wakil Malaysia, Sabah membuka kempen Kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL) dengan langkah kanan setelah menewaskan Armed Police Force (APF) FC pada Rabu. Turun selaku juara Liga Wanita Nasional (LWN), Sabah dijadualkan berdepan kelab Nepal, APF dalam perlawanan pertama peringkat kelayakan kumpulan C. Kesebelasan utama Sabah diketuai oleh kapten Harimau Malaya, Steffi Sarge sementara tonggak […]

Sukan SEA 2027: KL & 3 Negeri Sedia Jadi Venue Utama

KL dan tiga negeri lagi bersedia untuk menjadi venue bagi temasya Sukan SEA 2027. Menerusi kenyataan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Rabu menyaksikan jemaah menteri bersetuju untuk menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2027. “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk […]