Soleen Al-zoubi Uji 300 Bakat Muda Malaysia

Jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-zoubi telah mengadakan sesi pemilihan untuk menguji bakat-bakat muda bola sepak Malaysia. Menerusi hantaran di Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan sesi pemilihan yang diadakan bagi mengenalpasti pemain-pemain untuk memperkuat skuad wanita B-17 negara. Sesi pemilihan yang dijalankan bermula pada Khamis ini melibatkan seramai 36 pemain yang telah dinilai […]

Pearly Tan-M. Thinaah Selangkah Pintas Dua Jaguh Jepun

Prestasi positif dipamer Pearly Tan-M. Thinaah hampir melonjakkan kedudukan mereka untuk memintas dua lagi jaguh dari Jepun. Berdasarkan kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa, pasangan negara ini masih mengekalkan kedudukan mereka sebagai beregu kelapan dunia. Kejayaan meraih tempat keempat di Olimpik Paris selain muncul naib juara di Korea Open minggu lalu […]

Atlet Muda Banggakan Malaysia Di Perancis

Dua orang atlet muda Malaysia cemerlang mengharumkan nama negara dalam sukan memanah berkuda (Horseback Archery) apabila meraih kedudukan podium di Perancis. Abdurrahman Ahmad Mu’az dan adiknya, Heba Nusaybah cemerlang dalam kategori umur masing-masing pada kejohanan yang diadakan di Gauchoux, Perancis hujung bulan lalu. Kejayaan dua beradik ini dikongsikan oleh ibu mereka, Fathim Ridayu menerusi aplikasi […]

ACT: Malaysia Tumbang 8 Gol Kepada India

Malaysia dirundung kekalahan dalam Asian Champions Trophy (ACT) 2024 apabila dibelasah India 8-1 di Pusat Latihan Moqi, Hulunbuir, China. Selepas tewas 4-2 kepada China dalam aksi kedua ACT, anak buah Sarjit Singh berdepan ujian lebih getir dengan India. Gawang The Speedy Tigers bocor seawal minit ketiga menerusi Raj Kumar Pal. Araijeet Singh Hundal dan Jugraj […]

Aaron Chia-Wooi Yik Turun Dua Anak Tangga

Kedudukan ranking beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencatatkan sedikit penurunan. Menerusi kemas kini dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan ranking Aaron-Wooi Yik jatuh 2 anak tangga berbanding di kedudukan ketiga sebelum ini. Pasangan negara ini berjaya mengekalkan status sebagai beregu ketiga dunia untuk beberapa minggu sebelum ini, ditambah kejayaan merangkul pingat […]

Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Pintas Jaguh Indonesia

Kedudukan ranking Lee Zii Jia kini mencatatkan kenaikan satu anak tangga untuk memintas jaguh dari Indonesia. Kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa telah menyaksikan kedudukan Zii Jia melonjak satu anak tangga bagi bergelar pemain ke-3 terbaik dunia buat masa ini. Zii Jia yang sebelum ini berada di ranking keempat dunia berjaya memintas […]

Johan Ghazali Raih Durian Runtuh RM220,000

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar meraih durian runtuh AS$50,000 (RM220,000) susulan kejayaan terbarunya dalam saingan ONE Championship baru-baru ini. Selepas tewas kepada jaguh Muay Thai dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam ONE 167 pada Jun lalu, jaguh berusia 17 tahun itu berazam untuk bangkit meraih kemenangan. Keazaman itu semakin membara apabila ada […]

Norza Zakaria Dilantik Naib Presiden OCA

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sah dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) untuk zon Asia Tenggara. Pemilihan beliau dibuat dalam Perhimpunan Agung OCA yang diadakan di New Delhi, India pada hari ini. Norza merupakan satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan. Ini memastikan beliau dipilih tanpa bertanding sebagai Naib Presiden […]

Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kedua Malaysia

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menceriakan kem Malaysia dengan meraih pingat emas kedua Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis. Bonnie meraih emas dalam acara kategori 72 kilogram (kg). Selain meraih emas dalam kategori berkenaan, beliau turut memecahkan rekod dunia powerlifting miliknya dalam kategori sama. Rekod 231 kg yang dilakarnya sebelum ini dalam World Para […]

Status Lee Zii Jia Jadi Tanda Tanya

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berpotensi tidak menyertai Hong Kong Open 2024 yang bakal berlangsung dari 10 hingga 15 September ini. Astro Arena melaporkan ini berlaku kerana pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu masih melalui proses pemulihan selepas mengharungi jadual padat 2024. Zii Jia sudah mengharungi 15 kejohanan sepanjang tahun 2024 termasuk […]

Aaron Chia-Wooi Yik Terlepas Terbuka Hong Kong

Hasrat peminat untuk melihat kelibat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Terbuka Hong Kong tidak kesampaian. Aaron-Wooi Yik yang menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara di Olimpik Paris lalu terpaksa melupakan hasrat untuk kembali beraksi akibat masalah kecederaan. Kecederaan yang menimpa Soh Wooi Yik ketika di temasya Olimpik lalu dilihat masih belum pulih […]

Media Terkenal Eropah Kongsi Bakat Cilik Dari Malaysia

Bakat hebat kanak-kanak dari Malaysia telah tular dan mendapat perhatian media terkenal Eropah baru-baru ini. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, Hesrey menyaksikan bakat cilik dikenali Aman Shah menyertai satu pertandingan lompat tali pada tahun 2022. Video berdurasi 38 saat itu memperlihat Aman Shah tampil memecahkan rekod peribadinya dalam sukan lompat tali […]

Atlet Olimpik Dibakar Teman Lelaki, Kini Cedera Parah

Arena sukan olahraga dunia dikejutkan dengan berita atlet Olimpik dari Uganda, Rebecca Cheptegie dibakar teman lelakinya sendiri. Portal Al-Jazeera melaporkan pelari berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan lecur yang teruk pada sebahagian besar badannya. Ini selepas teman lelakinya dari Kenya, Dickson Ndiema Marangach bertindak mencurahkan petrol ke atas Cheptegei sebelum membakarnya. Mengikut keterangan polis, Marangach […]

Jaguh Dunia Cuba ‘Rampas’ Posisi Aaron Chia & Wooi Yik

Kedudukan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik cuba digugat oleh pasangan jaguh dunia yang lain. Menerusi kemas kini ranking Badminton World Federation (BWF) terbaharu pada Selasa menyaksikan posisi Aaron-Wooi Yik tidak berganjak di kedudukan ketiga dunia. Meskipun terlepas aksi di Japan Open dan Korea Open akibat kecederaan yang dialami Soh Wooi Yik, namun kedudukan […]

Skuad Footgolf Malaysia Dalam Misi Tawan Asia

Skuad Footgolf Malaysia kini dalam misi besar untuk menawan Asia. Pasukan negara berjaya melakar kejutan apabila meloloskan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia pada Kejohanan Footgolf Piala Dunia Tahun 2023 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat. Momentum cemerlang itu telah membantu pasukan Footgolf Malaysia yang kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran sejarah yang baru. Kesungguhan […]

Liek Hou Raih Emas Pertama Malaysia

Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou menceriakan kem Malaysia apabila meraih pingat emas pertama dalam temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis. Liek Hou meraih emas untuk acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal). Beliau mengatasi cabaran wakil Indonesia, Suryo Nugroho di pentas final yang diadakan di Arena Porte de La Chapelle. Turun selaku pilihan utama, […]