Azmeer Yusof Kembali ‘Merumput’, Bakal Beraksi Bersama BRM FC di Liga M3

Bekas pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof kini sah kembali ke kancah bola sepak tempatan apabila beliau bakal beraksi bersama BRM FC di saingan Liga M3 musim hadapan. Azmeer yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah dan Kuala Lumpur, memilih untuk menggalas cabaran bersama pasukan BRM FC dan berazam membawa pasukan ini […]

Perak FC Tambah Tempang, Empat Tonggak Sertai Penang FC Musim Hadapan

Masalah dalaman yang berlaku di dalam pasukan Perak FC jelas memberi impak kepada pasukan tersebut untuk menghadapi musim akan datang. Baru-baru ini, empat tonggak utama pasukan bertindak untuk meninggalkan pasukan. Selepas Amirul Azhan yang memilih untuk menyarung jersi Kedah Darul Aman FC, kini empat lagi tonggak iaitu penjaga gol, Hafizul Hakim, pemain muda meningkat naik, […]

Borussia Dortmund Mahu Bintang Muda Jerman Sebagai Pengganti Erling Haaland

Borussia Dortmund yang terkenal sebagai kelab pembangun bakat muda kini dilaporkan sedang berusaha membawa masuk penyerang muda kelahiran Jerman, Karim Adeyemi. Pemain berusia 19 tahun tersebut yang bermain bersama RB Salzburg telah menjaringkan 11 gol dalam 16 penampilan liga beliau setakat ini. Adeyemi dilihat sebagai pemain yang bakal menggantikan posisi Erling Haaland kelak apabila Dortmund […]

Hafizul Hakim: Saya Pun Ada Anak Isteri Nak Bagi Makan

Nampaknya kemelut yang melanda pasukan Perak FC semakin ketara selepas seorang lagi pemain bakal meninggalkan kelab tersebut. Pemain yang disebutkan itu ialah penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim. Pemain berusia 28 tahun ini dikhabarkan akan meninggalkan Perak selepas beliau merasakan kemelut yang melanda pasukan Perak seperti tiada penghujungnya. “Kalau ikutkan, saya nak ‘stay’ lagi (dengan […]

Melaka United Perkuat Keampuhan Benteng Dengan Menandatangani Dua Pemain JDT

Melaka United yang dikhabarkan akan berbelanja besar musim hadapan telah memulakan langkah untuk menandatangani pemain baru sebelum musim baru Liga Malaysia bermula pada Februari tahun hadapan. Dua pemain JDT yang merupakan bekas pemain kebangsaan iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik dilaporkan bakal menyarung jersi Melaka United musim hadapan. Perpindahan dua pemain ini adalah secara pinjaman […]

Sabah FC Jadi Destinasi Stuart Wilkin Teruskan Karier Di Malaysia

Kelab Bola Sepak negeri di bawah bayu, Sabah FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin secara pinjaman selama setahun untuk memperkuatkan jentera serangan dalam saingan Liga Malaysia Musim depan. Stuart sah mendatangani pasukan Johor Darul Ta’zim pada bulan April yang lalu. Beliau juga sudah membuat penampilan sulung bersama […]

Kpah Sherman Sah Sarung Jersi Terengganu FC Musim Hadapan

Bekas penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman disahkan beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) musim hadapan. Pemain antarabangsa Liberia berusia 29 tahun itu merupakan penyerang prolifik dan berjaya membantu pasukan Kedah menjadi naib juara Liga Super musim lepas. Selain itu beliau juga membantu pasukan Kedah mara hingga ke suku akhir Piala Malaysia. Ternyata […]

Terengganu Rombak Pasukan, Lepaskan Empat Import Termasuk ‘Kante’ Mereka

Menamatkan Liga Super 2021 di kedudukan ke-4 dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia bukanlah satu pencapaian yang teruk namun ianya seperti belum mencukupi buat pasukan Terengganu FC (TFC) dan mereka berazam untuk lakukan lebih baik lagi musim hadapan. Jadi dengan itu ada beberapa rombakan dibuat. Musim 2022 bakal menyaksikan pengendali TFC, Nafuzi Zain kekal […]

4 Tahun ‘Menyulam Cinta’, Lee Tuck Ucap Selamat Tinggal Buat Terengganu

Memberikan segalanya apabila di atas padang, itulah yang dapat digambarkan buat pemain tengah berpengalaman ini. Lee Tuck yang berusia 33 tahun baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan Terengganu selepas tamat tempoh pinjaman dan bakal kembali ke kelabnya, Sri Pahang. Pemain kelahiran England ini dipinjamkan ke Terengganu FC selepas pasukan Sri Pahang membuat […]

Faisal Halim Gembira Untuk Kekal Bersama Terengganu

Pemain sayap Terengganu, Faisal Abdul Halim baru-baru ini ada menjelaskan mengenai masa depannya bersama Terengganu. Beliau sebelum ini ada menerima satu tawaran daripada ejen Sepanyol. Namun, belum ada tawaran yang rasmi daripada ejen tersebut.  Menurut kenyataan daripada pemain berusia 23 tahun itu, beliau menyatakan bahawa tawaran yang dibuat hanya menerusi mesej daripada laman rasmi Instagram. […]

Kesetiaan Aidil Sharin Dipuji Penyokong, Kekal Bimbing Kedah Musim Hadapan

Walaupun berhadapan dengan pelabagai isu yang melibatkan tunggakan gaji, namun jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak kekal setia bersama skuad Hijau Kuning pada musim hadapan. Jurulatih muda berusia 44 tahun ini bukanlah nama asing dikalangan penyokong Kedah apatah lagi beliau pernah membawa Kedah menjulang Piala FA pada tahun 2019 menewaskan Perak dengan keputusan 1-0. Dalam […]

Terkini: Ifedayo Olusegun Sah Tinggalkan Selangor FC

Penyerang terbaik Liga Super dengan rekod gol terbanyak untuk musim 2021 sah tinggalkan Selangor. “Terima Kasih, Ifedayo Olusegun!” “Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan.” “Pemain kesayangan penyokong Selangor ini telah bersama skuad Gergasi Merah sejak tahun 2019 […]

‘Darah’ Ifedayo Olusegun Kembali Menjadi Hijau, Sertai Melaka United?

Penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun dikhabarkan bakal menyertai Melaka United untuk musim 2022 seperti yang dilaporkan oleh satu sumber. Menurut sumber terbabit, Ifedayo Olusegun telahpun mempersetujui kontrak di antara RM500,000 hingga RM1.5 juta untuk satu musim dan bakal menjadi salah satu watak penting untuk plan jangka masa panjang Melaka United. Ifedayo turut didakwa […]

Klausa Perpindahan 5 Juta Fayadh Zulkifli Sedia Ditebus Pasukan Lembah Klang

Pemain sayap lincah pasukan Kedah Darul Aman FC, Mohammad Fayyadh Mohd Zulkilfi dikhabarkan tidak lagi kekal bersama pasukan Hijau Kuning setelah khidmatnya telah dipancing oleh salah sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Menurut satu laporan yang dibawa oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 23 tahun ini difahamkan telah menerima tawaran daripada salah sebuah […]

Hazwan Bakri, Fadhli Shas Dalam Radar Sabah Perkuat Posisi Kritikal Pasukan

Edisi perpindahan Liga Malaysia musim 2022 kali ini menyaksikan banyak pasukan sudah mula mengatur langkah awal dan banyak bayangan awal beberapa pemain yang dikhabarkan bakal memperkuat pasukan masing-masing. Terbaru, penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Ahmad Hazwan Bakri kini dikaitkan dengan pasukan negeri di bawah bayu, Sabah FC. Pemain yang mesra disapa jack itu dilihat berpotensi […]

Ong Kim Swee Sambar Azhad Harraz Bentuk Gandingan Serangan Berbisa

Pemain muda negara, Azhad Harraz Azman dikhabarkan memilih pasukan Sabah FC untuk terajui saingan musim hadapan. Pemain Skuad Projek FAM-MSN ini berjaya memperagakan aksi yang sangat meyakinkan dalam saingan Liga Premier musim ini. Beliau menjadi ayam tambatan pasukan apabila menjadi penjaring terbanyak pasukan tersebut. Menurut laporan daripada watawan Astro Arena, Fina Nasrom memaklumkan bahawa Sabah […]