Desas-Desus Kepulangan Ghaddar Ke Kelantan Hanya Khabar Angin

Desas desus yang mengatakan bahawa bekas penyerang Lebanon, Mohammad Ghaddar bakal sertai pasukan Kelantan adalah khabar angin sahaja. Perkara ini telah sahkan oleh pemilik TRW, Norizam Tukiman apabila beliau telah menulis ciapannya di laman Facebook hari ini. Nurizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyatakan bahawa selagi tiada pengumuman rasmi dari pihak TRW Kelantan atau […]

EPL: Everton Beli Bek Kiri Ukraine Vitaliy Mykolenko

Everton membuat pembelian pertama dalam pasaran perpindahan Januari dengan membawa masuk Vitaliy Mykolenko dari Dynamo Kiev. Terma perpindahan termasuk yuran perpindahan tidak didedahkan. Bek kiri berusia 22 tahun itu memeterai kontrak empat setengah tahun dengan Toffees. Walaupun berusia 22 tahun, Mykolenko telah membuat 21 penampilan bersama Ukraine. Malah, beliau turut membantu pasukan itu mara ke […]

Barcelona Intai Khidmat Aymeric Laporte

Selepas berjaya mendapatkan Ferran Torres dengan harga 55 juta euro (RM260.16 juta), nampaknya Barcelona enggan berhenti mendapatkan pemain Manchester City. Kini, wujud khabar angin kelab berpangkalan di Nou Camp itu sedang mengintai bek tengah Sepanyol, Aymeric Laporte. Sebelum ini, pemain pertahanan berdarah Basque itu merasa tidak gembira kerana dipintas John Stone sebagai bek tengah utama […]

Manchester United Ingin Dapatkan Boubacar Kamara

Manchester United berada pada kedudukan terbaik untuk membawa masuk pemain tengah Marseille, Boubacar Kamara sama ada secara pra-kontrak atau yuran perpindahan rendah. Ini kerana pesaing United, AS Roma juga meminati Kamara tetapi bergelut untuk menawarkan pakej kewangan melebihi Red Devils. Ini sudah pasti merosakkan agenda bekas pengurus United, Jose Mourinho yang mahu memantapkan Giallorossi untuk […]

Mat Yo Bakal Kembali Perkuat Kelantan?

Ibarat sireh pulang ke gagang, bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha difahamkan bakal membuat kemunculan semula bersama The Red Warriors bagi musim 2022. Menurut satu kenyataan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa Mat Yo masih dalam sesi rundingan untuk kembali ke pangkuan Kelantan. Mat Yo dalam pada itu sah tidak akan […]

Brentford Bawa ‘Kawan Dion Cools’ Jonas Lössl Ke EPL

Selepas penjaga gol utama Brentford, David Raya mengalami kecederaan jangka panjang pada Oktober lepas, Brentford mula bergelut dengan prestasi tidak menentu. Walaupun penjaga gol kedua Alvaro Fernandez berusaha mengisi kelompangan yang ditinggalkan Raya, ia masih belum mencukupi. Dan terbaru, penjaga gol berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk beberapa perlawanan. Dengan […]

Trio Jepun Daizen Maeda, Yosuke Ideguchi & Reo Hatate Sertai Celtic

Walaupun jendela perpindahan Januari 2022 hanya akan dibuka esok (petang waktu Malaysia), itu tidak menghalang kelab-kelab Eropah daripada membuat pembelian awal. Gergasi Scotland Celtic mengesahkan pembelian trio pemain Jepun iaitu Daizen Maeda, Yosuke Ideguchi dan Reo Hatate. Ideguchi, 25, dan Hatate, 24, menyertai Parkside dengan kontrak empat setengah tahun dari Gamba Osaka dan Kawasaki Frontale. […]

Bale, Mbappe & Pogba Antara 539 Pemain ‘Percuma’ 2022

Dengan jendela perpindahan Januari 2022 semakin hampir, 539 orang pemain Eropah berpotensi menandatangani pra-kontrak dengan kelab-kelab lain. Ini termasuk Paul Pogba, Kylian Mbappe dan Gareth Bale. Melainkan mereka dapat dijual pada bulan hadapan, kelab-kelab mereka tiada kuasa menghalang pemain-pemain ini berbuat demikian. Pemain yang berpindah secara percuma (perpindahan Bosman) bukan perkara baru dalam dunia bola […]

Sean Giannelli Tinggalkan KL City, Dikaitkan Dengan Sri Pahang

Pemain berumur 25 tahun, Sean Giannelli umum telah meninggalkan pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City selepas 2 tahun berkelana di sana. Perkara ini diumumkan dalam laman rasmi Instagram peribadi pemain tengah itu. Beliau menyatakan bahawa akan berhijrah ke pasukan baru musim hadapan. Sean adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Malaysia. Beliau telah bersama […]

Serie A: Insigne Boleh Lupakan Itali Kalau Pindah Ke Toronto – Giovinco

Dengan kontrak berbaki enam bulan, ramai pemain Eropah menggunakan jendela perpindahan Januari sebagai cara mendapatkan pra-kontrak dengan pasukan di luar negara tempat mereka bermain. Pasaran perpindahan ini juga merupakan peluang terakhir kelab-kelab mendapatkan yuran perpindahan pemain mereka sebelum meninggalkan kelab secara percuma pada akhir musim. Salah seorang pemain yang berdepan situasi ini ialah kapten Napoli, […]

Juan Mata Dikaitkan Ke Barcelona & Real Sociedad

Dengan kontrak berbaki enam bulan, jodoh Juan Mata bersama majikannya Manchester United dijangka berakhir penghujung musim ini. Tetapi mengikut beberapa laporan di Sepanyol, Barcelona dan Real Sociedad sedang mengintai mendapatkan khidmatnya secara percuma Januari ini. Sociedad yang ketika ini menduduki tangga keenam La Liga berharap kehadiran Mata dapat menyuntik elemen kreativiti dan pengalaman dalam pasukan […]

Nafuzi Zain: Kelebihan Fizikal Woodland Mampu Perkemaskan Benteng Terengganu

Persatuan Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan sah menandatangani pemain kebangsaan Filipina, Luke Woodlands dengan kontrak setahun untuk memperkuatkan benteng pertahanan pasukan musim hadapan. Menurut laporan daripada Terengganu FC, Nafuzi menyatakan bahawa kedatangan Woodlands bakal memberi kelebihan dari segi fizikal buat pasukan. Pada musim lepas, Terengganu dilihat menghadapi sedikit masalah dibahagian pertahanan terutamanya dalam […]

Gareth Bale Akan Dijual Real Madrid Januari Ini

Mengikut beberapa laporan akhbar Sepanyol, Gareth Bale merupakan sebahagian daripada enam orang pemain Real Madrid yang akan dijual pada musim perpindahan Januari 2022. Selain Bale, Luka Jovic, Mariano Diaz, kapten Marcelo, Eden Hazard dan Isco turut berada dalam senarai sama. Pemain Wales itu kali terakhir beraksi bersama Los Blancos ialah pada Ogos lepas. Dengan gaji […]

Barcelona Tandatangani Ferran Torres Walau Hutang Keliling Pinggang

Selepas satu musim setengah bersama Manchester City, Ferran Torres akhirnya sah berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan €55 juta. Perpindahan tersebut telah dimuktamadkan hari ini menerusi kenyataan bersama kedua-dua kelab. Torres telah memeterai kontrak sehingga 2027 dengan klausa perlepasan sebanyak €1 bilion. Beliau tampil sebanyak 43 kali bersama Citizens selepas berpindah dari Valencia pada Ogos […]

Syafiq Ahmad Diumumkan Sebagai Pemain Kedah Darul Aman

Penyerang prolifik Harimau Malaya, Syafiq Ahmad diumumkan secara rasmi sebagai pemain Kedah Darul Aman FC. Beliau sebelum ini pernah beraksi bersama Kedah selama 3 musim berpindah ke Johor Darul Ta’zim pada tahun 2018 dan kini kembali ke pangkuan Kedah Darul Aman dengan perjanjian pinjaman untuk musim 2022. Syafiq Ahmad sebelum ini mengalami kesukaran menembusi kesebelasan […]

Kedah Beri ‘Hint’ Syafiq Ahmad Pulang Berbakti

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad dikhabarkan pulang semula ke pangkuan kelab lamanya, Kedah Darul Aman FC setelah mencapai persetujuan untuk dipinjamkan ke kelab tersebut. Bekas penyerang berbisa mereka ini sudah beberapa musim berbakti bersama Harimau Selatan dan pernah menjadi salah satu kunci buat pasukan tersebut. Namun begitu, kehadiran pemain import dan persaingan […]