Bojan Ciger Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Uzbekistan

Seorang demi seorang pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meninggalkan pasukan sebelum musim 2024/2025 bermula pada Mei ini. Terkini, pertahanan tengah dari Serbia, Bojan Ciger merupakan pemain terbaru untuk meninggalkan pasukan Sang Kenari. Pemain berusia 29 tahun itu sah menyertai kelab Uzbekistan, FC Neftchi Fergana yang mengakhiri saingan Liga Uzbekistan musim 2023 di […]

Bintang Jordan Dalam Radar Kelab Liga Super

Selepas Mahmoud Al-Mardi, Yazan Al-Arab, Fadi Awad dan Noor Al-Rawabdeh, seorang lagi pemain Jordan berpotensi berkelana di Liga Malaysia (Liga M). Mengikut ciapan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain tengah The Chivalrous Ones, Rajaei Ayed berada dalam pemerhatian sebuah kelab Liga Super. Nama beliau pasti disedari ramai penyokong Harimau Malaya. Ini kerana Rajaei tampil sebagai […]

Kelab K-League 1 Sambar Pratama Arhan

Selepas meninggalkan kelab J2 League, Tokyo Verdy pada penghujung tahun lepas, bek kiri Indonesia, Pratama Arhan akan terus beraksi di Asia. Ini selepas pemain pertahanan berusia 22 tahun itu sah menyertai kelab baru K-League 1, Suwon FC. Perpindahan tersebut diumumkan kelab K-League 1 itu hari ini. Ini menjadikan Arhan sebagai pemain Indonesia kedua beraksi di […]

Luqman Hakim Rasmi Sertai Kelab Jepun, Yokohama SCC

Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25. Bintang berusia 22 tahun itu berkelana di Eropah selama beberapa musim namun memilih untuk kembali membawa haluan ke Asia. Pemain KV Kortrijk itu sebelum ini beraksi bersama kelab divisyen satu Iceland, Njardvik FC namun terpaksa menamatkan tempoh […]

Mengganas Lawan Malaysia, Kedah Kembali Buru Mahmoud Al-Mardi

Kelincahan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi membuka mata pasukan Kedah untuk kembali mendapatkan khidmat beliau. Menerusi ciapan daripada wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Kedah dilihat teruja untuk kembali bekerjasama dengan beliau memandangkan Nafuzi Zain sangat meminati pemain berkenaan. “Kedah berminat untuk bersatu semula dengan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi. Jurulatih Nafuzi Zain adalah peminat pemain tersebut”, […]

Karim Benzema Jadi Buruan Manchester United

Karim Benzema kini menjadi buruan Manchester United yang sedang mencari penyerang untuk tempoh jangka masa pendek. Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu mula dikaitkan ke Old Trafford setelah United dilaporkan ingin mendapatkan khidmat penyerang pinjaman bagi menambah sengat serangan pasukan. Ketika ini United bergantung kepada Rasmus Hojlund, Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai penyerang utama namun […]

Al-Hilal Sambar Khidmat Bekas Pemain Atletico Madrid

Pendahulu Liga Arab Saudi, Al-Hilal sah mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan Atletico Madrid, Renan Lodi. Perkara tersebut disahkan oleh Fabrizio Romano, wartawan sukan terkenal menerusi satu hantaran dilaman rasmi X miliknya. Dikhabarkan harga perpindahan Renan Lodi bakal mencecah €20 juta bersamaan dengan RM101 juta. Renan Lodi yang berusia 25 tahun bakal menjadi pemain keempat Brazil […]

Ejen Jesse Lingard Dipecat, Perpindahan Ke Barcelona Tersekat

Bekas penyerang England, Jesse Lingard kian terdesak bagi mencari kelab baharu susulan tindakannya membuang ejen beliau baru-baru ini. Menurut laporan Transfer News Live, Lingard ternyata sangat kecewa dengan ejennya dan bertindak untuk memecatnya serta-merta. “Jesse Lingard telah memecat ejennya selepas semakin kecewa dalam usahanya mencari kelab baharu”, tulis Transfer News Live di laman X. Pemain […]

Terima ‘Habuan’ RM1.2 Juta, Kedah & Peledak JDT Kembali Bersatu?

Desas-desus mengenai perkhabaran pasukan Kedah Darul Aman kembali menjadi bualan selepas dikhabarkan seorang bintang berbakat JDT akan memperkuat pasukan bagi musim 2024/25. Sang Kenari mengharungi musim yang amat memberangsangkan apabila menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4. Kejayaan menamatkan saingan dalam kelompok 4 pasukan terhaik di Liga Super Malaysia membantu pasukan utara tanah air […]

Balotelli Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Eropah

Penyerang import Kedah Darul Aman FC, Jonathan Balotelli mengejutkan para penyokong Sang Kenari apabila sah meninggalkan Kedah untuk kembali ke kancah bola sepak eropah. Balotelli, 34, merupakan pemain import yang dibawa masuk ke Kedah pada awal musim 2023 bersama-sama seorang lagi penyerang dari Brazil iaitu Willian Lira. Khidmat Balotelli sememangnya jarang digunakan oleh pengendali Kedah, […]

Chelsea Perlu Bayar RM592 Juta Untuk Bintang Muda Brighton

Selepas merekodkan hanya tiga percubaan tepat ke arah gol semasa menentang Fulham semalam, Chelsea amat memerlukan peledak berbisa di bahagian serangan. Situasi ini tidak dibantu dengan kecederaan yang menimpa Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson menjalani tugasan antarabangsa bersama Senegal. Sementara Armando Broja pula bergelut mencari ruang menjaringkan gol dalam kubu pertahanan The Cottagers semalam. Atas […]

JDT Umum Kemasukan Bintang Kelahiran Portugal, Francisco Geraldes

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja mengumumkan kehadiran pemain import baharu bagi menghadapi saingan 2024/2025. Pemain yang dimaksudkan adalah Francisco Geraldes. Pemain yang memiliki nama gelaran Chico itu berasal dari Portugal dan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim selepas meninggalkan kelabnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu FC Baniyas pada 6 Januari yang […]

Ekanit Panya Kekal Bersama Urawa Reds

Pemain tengah Thailand, Ekanit Panya sah kekal bersama juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022, Urawa Reds selama semusim lagi. Ini selepas kelab J1 League itu mengumumkan telah melanjutkan lagi tempoh pinjaman Ekanit sehingga penghujung tahun 2024 dari kelab Muangthong United. Pengurusan The Red Devils berbuat demikian selepas berpuas hati dengan impak yang ditunjukkan beliau untuk […]

Bintang AS Roma Sertai Urawa Red Diamonds

Bintang AS Roma, Ola Solbakken sah menyertai Urawa Red Diamonds secara pinjaman sehingga Jun 2024. Ola Solbakken merupakan pemain kelahiran Oslo, Norway dan dominan bermain diposisi sayap kanan selain sayap kiri pasukan. Berita perpindahan tersebut disahkan oleh Fabrizio Romano dan laman web rasmi AS Roma turut memuat naik ucapan selamat maju jaya kepada Ola Solbakken. […]

Cara Al-Ahly Umum Dapatkan Pemain Palestin Buat Air Mata Jantan Gugur

Kelab Mesir, Al-Ahly telah mengumumkan ketibaan penyerang Palestin, Wessam Abou Ali sebagai pemain baharu mereka pada Khamis. Tambah menarik, video pengenalan pemain yang cukup kreatif dan mengusik hati itu telah mencuri perhatian warga maya di seluruh dunia sejak kelmarin. Di dalam video berkenaan memaparkan seorang wartawan memakai uniform lengkap dengan jaket keselamatan dan topi keledar […]

Kelab Iraq Sambar Bintang Liga Super Malaysia

Kualiti pemain yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) terutama Liga Super terus menarik perhatian kelab luar. Salah seorang bintang yang mencuri perhatian ialah pemain tengah menyerang Brazil dan Kuching City FC, Bruno Dybal. Dybal tidak lagi bersama The Cats kerana telah menerima tawaran kelab Iraq, Al-Karma. Perpindahan beliau diumumkan di Instagram peribadinya beberapa hari […]