Seo Seonung Umum Tinggalkan Perak

Pemain import dari Korea Selatan, Seo Seonung sah meninggalkan pasukan Perak setelah pengumuman rasmi di buat olehnya menerusi laman Instagram. Pemain berusia 23 tahun itu sangat menghargai para penyokong Perak kerana sentiasa datang hadir ke stadium menyokong kelab. “Hai, Seo di sini. Saya telah memutuskan untuk menamatkan perjalanan saya dengan pasukan ini. Saya ingin memberitahu […]
Selangor Buru Khidmat Pertahanan Elit Piala Asia

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat pertahanan kental Piala Asia di Qatar 2023. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Giants, Dr. Johan Kamal berhubung perkara ini. Menerusi satu kenyataan olehnya, Selangor dilihat serius untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan selepas kehilangan khidmat Yazan Al-Arab. Individu yang dikaitkan menjadi […]
“Ada Kemungkinan Brendan Gan Kembali Ke Liga Australia” – Zulhelmi

Masa depan perancang tengah Selangor FC, Brendan Gan terus menjadi tanda tanya selepas desas-desus mengaitkan kepulangannya ke Liga Australia (A-League) hangat diperkatakan. Pemain berusia 36 tahun itu rancak beraksi buat Harimau Malaya dan menjadi tunjang utama pasukan ketika mengikat jaguh Asia, Korea Selatan tempoh hari. Masa depannya bagaimanapun masih belum diputusan selain beberapa khabar mengaitkan […]
Azim Al-Amin Bakal Rancakkan Posisi Penjaga Gol Selangor

Penjaga gol KL City FC, Azim Al-Amin difahamkan bakal membawa haluan baharu dengan menyertai Selangor FC. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan The City Boys namun berdepan persaingan Kevin Mendoza dan Azri Ghani musim lalu. Beliau bagaimanapun memperagakan aksi cemerlang ketika diberi peluang untuk mengetuai jentera pertahanan Malaysia b-23 ketika bertemu […]
Johan Kamal Jawab Masa Depan Brendan Gan Bersama Selangor

Persoalan mengenai masa depan Brendan Gan bersama Selangor telah mendapat perhatian pihak atasan kelab tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal yang ditemui ketika sidang media bersama Yoodo berkata terdapat beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 36 tahun itu. “Ya Brendan (Gan), saya pasti banyak pasukan menunjukkan minat […]
Dua Pemain Thailand Bakal Jadi Pesaing Luqman Hakim Di Jepun

Selepas Luqman Hakim disahkan menyertai Yokohama SCC yang beraksi di Liga J3, kini dua pemain Thailand menyusul dengan turut menyertai kelab Liga J3, Nara Club. Dua pemain yang dimaksudkan adalah penyerang muda BG Pathum United, Patrik Gustafsson dan juga penjaga gol BG Pathum United, Kiatphon Udom. Perpindahan kedua-dua pemain ini disahkan sendiri oleh BG Pathum […]
Kapten Indonesia Sertai Kelab Thailand, Port FC

Tonggak pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam sah menyarung jersi Port FC bagi mengharungi baki saingan Thai League 1. Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram Port FC yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu bakal mengisi kuota pemain Asia Tenggara bagi kelab tersebut. “Port FC berjaya memuktamadkan perjanjian penting dengan mengumumkan ketibaan pertahanan […]
Zafuan Azeman Sertai Kelab Liga 1 Thailand

Bekas penyerang skuad bawah 19 tahun Malaysia, Zafuan Azeman telah disahkan kembali ke Thailand untuk meneruskan karier profesional beliau. Lebih menarik lagi, Zafuan memilih untuk kembali menyertai Uthai Thani FC yang pernah diwakilinya selama enam bulan pada tahun 2023 sebelum berhijrah ke Perlis United FC. Perpindahan Zafuan ke Uthai Thani telah diumumkan oleh pihak pengurusan […]
Noor Al-Rawabdeh Buat Penyokong Selangor Tersenyum Panjang

Tonggak tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh menceriakan para penyokong The Red Giants apabila kudratnya masih diperlukan bagi musim hadapan. Pengumuman ini dikongsikan oleh Selangor FC menerusi satu video yang memaparkan Noor Al-Rawabdeh bakal meneruskan aksi bersama Selangor pada musim hadapan. “Dengan berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemain tengah kami, Noor Al-Rawabdeh, akan meneruskan perkhidmatannya dalam warna […]
Perpindahan Ke Indonesia Tertangguh, Sergio Aguero Pilih Kekal Di Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero memilih untuk kekal beraksi di Malaysia sekali gus menepis gosip perpindahan sebelum ini yang mengaitkan beliau ke Liga Indonesia. Tonggak Sri Pahang itu telah disahkan menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah yang bakal menyaksikan beliau beraksi bersama pasukan itu untuk dua musim lagi. Perkara itu telah dikongsikan pihak pengurusan […]
Nooa Laine Jadi Sasaran Baharu JDT?

Pemain kacukan Malaysia/Finland, Nooa Laine dijangka akan memperkuat juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Nooa yang kini sedang menikmati musim indah bersama pasukan SJK Seinajoki di Liga Finland bakal menjadi sasaran baharu buat kem Harimau Selatan untuk memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan. Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail […]
JDT Umum Kedatangan Murilo Henrique Sebagai Bintang Ketiga Musim 2024/25

Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain sayap sensasi baharu, Murilo Henrique bagi saingan musim baharu. Pemain berusia 28 tahun ini menjadi bintang terbaru yang dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan apabila sah mendapatkan dua pemain baharu sebelum ini iaitu Jalil Elias dan juga Chico Geraldes. Menerusi satu pengumuman oleh Johor […]
Syazwan Andik Kekal Di Sri Pahang

Sri Pahang FC merupakan salah satu pasukan yang sedang sibuk membawa masuk pemain baharu menjelang musim baharu Liga Super 2024/2025 yang dijadulakan bermula Mei depan. Selepas menandatangani bekas pertahanan kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Azrif Nasrulhaq, kini mereka berjaya merekrut bekas pertahanan kiri JDT, Syazwan Andik Ishak. Syazwan dan Azrif telah dipinjamkan ke Sri Pahang […]
Azrif Nasrulhaq Tinggalkan JDT

Pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq kini sah tinggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai Sri Pahang FC bagi saingan musim baharu. Azrif yang sebelum ini beraksi untuk Sri Pahang pada musim lalu dengan status pemain pinjaman, kini menjadi pemain tetap Sri Pahang dengan kontrak dua musim. Perpindahan tetap Azrif ke skuad Tok Gajah itu dikongsikan […]
Penang Intai Tonggak Dua Kelab Lembah Klang

Penang FC terus membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025 tidak lama lagi. Terbaharu, kelab utara tanah air itu dilaporkan berminat untuk menandatangani dua pemain dari dua kelab lembah Klang. Menerusi ciapan wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Penang amat teruja untuk mendapatkan khidmat Khuzaimi Piee dari Selangor dan Nabil Ahmad Latpi dari PDRM. “Difahamkan, […]
Tonggak AFF Harimau Malaya Tamatkan Kontrak Lebih Awal Bersama Sri Pahang

Pemain sayap Harimau Malaya, Nur Shamie Iszuan Amin sah tidak lagi bersama Sri Pahang FC musim ini. Ini selepas pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu mengumumkan pemain sayap berusia 28 tahun itu telah meninggalkan kelab. Meskipun Shamie Iszuan masih memiliki baki kontrak setahun bersama skuad Tok Gajah, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak secara […]