Syamer Kutty Pulang Ke Utara, Sertai Penang FC

Pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba akan kembali menyarung jersi Penang FC dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan Penang FC dengan satu poster pemain tengah berusia 27 tahun itu menyarung jersi kelab tersebut. Anak jati Pulau Pinang ini menyertai pasukan utara tanah air secara pinjaman […]

Pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso Mendarat Di Filipina

Selepas meninggalkan Sri Pahang musim lalu, bekas pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso dikhabarkan telah mendarat ke satu kelab di Filipina iaitu One Taguig FC bagi saingan Liga Filipina musim ini. Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini dikatakan bakal berhijrah ke Thailand, namun berita itu tidak tepat kerana beliau sudahpun mendarat ke negara kelahirannya semula. […]

Syamer Kutty Susuli Langkah Tinggalkan JDT?

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba difahamkan bakal menyusuli langkah untuk meninggalkan pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu baru sahaja selesai menjalani tugasan kebangsaan apabila beraksi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Beliau bagaimanapun menghadapi kekangan sengit apabila jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. Menerusi laporan wartawan […]

Tunku Ismail Buka Mulut Tentang Identiti Penjaga Gol Baharu JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan tentang identiti penjaga gol baharu JDT. Baru-baru ini, tular mengenai sebuah klip perkenalan jersi baharu bagi penjaga gol Harimau Selatan bagi musim 2024/25. Pelancaran secara dalam talian itu bagaimanapun tertumpu kepada identiti penjaga gol yang kelihatan memakai topeng. […]

Identiti Penjaga Gol Bertopeng JDT Masih Rahsia

Identiti penjaga gol baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan masih tidak menemui jawapan menjelang sepak mula saingan Liga Super musim 2024/25. Skuad kendalian Hector Bidoglio rancak membina skuad bagi musim baharu selepas beberapa kemasukan besar seperti Chico Geraldes, Murilo Henrique, Nicolao Dimitru dan pemain tempatan seperti Romel Morales. JDT sudah pasti mahu menambah baik […]

Kelibat Pemain No.29 Penang Cetus Tanda Tanya

Kelibat seorang pemain misteri memakai jersi nombor 29 Penang FC semasa perlawanan persahabatan menentang Perak FC semalam mengundang tanda tanya dalam kalangan penyokong. Berdasarkan semakan komen yang dibuat penyokong Harimau Kumbang selepas perlawanan semalam, nama pemain tersebut ialah Luiz Fernando Welter dari Brazil. Kemunculan Welter menimbulkan tanda tanya kerana setakat ini, Penang hanya mengumumkan tiga […]

Khidmat Mahali Jasuli Jadi Buruan Tiga Pasukan

Khidmat bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli terus menjadi buruan pasukan-pasukan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Terbaru, bek kanan berusia 35 tahun itu mendedahkan khidmatnya diintai oleh tiga pasukan Liga M3 yang berpangkalan di Lembah Klang. Buat masa ini, Mahali masih belum membuat keputusan tentang pasukan baru pilihannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan […]

Negeri Sembilan Sambar ‘Orang Besi’ Korea Selatan

Negeri Sembilan FC terus memperkukuh pasukan menjelang musim baru Liga Super yang bakal membuka tirainya pada bulan hadapan. Skuad Rusa sah mendapatkan pemain tengah Korea Selatan, An Sang-su sebagai pemain import kelima pasukan. Perpindahan pemain berusia 24 tahun itu diumumkan pengurusan Negeri Sembilan di platform media sosial mereka semalam. “An Sang-su kini bersama Jang. Berasal […]

Peledak Slovenia Calon Pengganti Romel Morales

KL City FC dilaporkan sibuk memburu peledak baru menggantikan Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan mereka Liga Super musim 2024-2025. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena semalam. Sebelum ini, The City Boys dilaporkan bakal mendapat khidmat Morales secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC […]

PDRM Sambar Bekas Arkitek Skuad Piala Dunia Nigeria

Persiapan PDRM FC bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025 semakin positif apabila mengumumkan kehadiran tenaga import baru dari Nigeria, Chidi Osuchukwu. Chidi Osuchukwu dibawa masuk ke PDRM secara percuma selepas meninggalkan kelab lamanya di Kazakhstan, FK Aksu pada awal tahun 2024. Perpindahan Chidi ke PDRM telah diumumkan dalam satu hantaran di laman X rasmi kelab […]

Danial Amier Tinggalkan JDT

Bekas pemain kebangsaan, Danial Amier Norhisham menjadi pemain terbaru meninggalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Pemain berusia 27 tahun itu memilih berkelana ke negeri Sarawak dengan menyertai Kuching City FC secara pinjaman semusim. Perpindahan itu diumumkan pengurusan The Cats di platform media sosial rasmi mereka hari ini. Danial menjadi pemain terbaru Kuching City selepas […]

Shahrel Fikri Berhijrah Ke PDRM

Peyerang tempatan, Shahrel Fikri memilih untuk menyarung jersi PDRM FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Berita perpindahan masuk bekas penyerang Negeri Sembilan ini diumumkan oleh PDRM FC menerusi satu hantaran video dan foto yang dimuatnaik di media sosial rasmi pasukan. ”Kami dengan berbesar hati mengumumkan penambahan beberapa pemain tempatan yang baharu bagi saingan Liga […]

Masa Depan Brendan Gan Terjawab, Sertai KL City

Teka-teki tentang haluan baru bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan terjawab hari ini apabila beliau sah menyertai KL City FC. Perpindahan tersebut diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus tentang pasukan mana yang menjadi pilihan Brendan untuk musim 2024-2025. Sebelum sah menyertai pasukan yang berpangkalan di […]

Kelantan Sambar Pemain Republik Czech, Michal Jerabek

Kelantan Darul Naim FC mengumumkan pertahanan dari Czech Republik, Michal Jerabek sebagai rekrut terbaharu mereka bagi musim 2024/2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Kelantan Darul Naim yang memaparkan pemain berusia 30 tahun ini diperkenalkan oleh Presiden, YB Rozi Muhamad. Musim lalu Jerabek beraksi bersama Zemplin Michalovce dalam sainga liga utama […]

Perak Semakin Hampir Sambar Penyerang Colombia

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memberi bayangan pasukan itu semakin hampir mendapatkan penyerang Colombia, Wilmar Jordan. Perkara ini dinyatakan beliau kepada Nadi Arena apabila ditanya tentang prospek perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu. Buat masa ini, Yusri enggan mengulas lebih panjang kedudukan Jordan memandangkan penyerang itu masih memiliki kontrak bersama kelab Indian Super League […]

Declan & Ryan Lambert Selangkah Pulang Ke KL City

Penyokong KL City FC berpeluang melihat Ryan dan Declan Lambert kembali menyarung jersi pasukan itu untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan dua pemain tersebut bakal kembali menyertai The City Boys secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). “Ryan Lambert semakin hampir kembali menyertai Kuala Lumpur (City) secara pinjaman. Beliau […]