Radamel Falcao Tinggalkan Rayo Vellecano, Bakal Ke Asia Secara Percuma?

Penyerang berbisa Rayo Vellecano, Radamel Falcao secara rasminya bakal meninggalkan kelabnya pada bulan Jun ini. Pemain berusia 38 tahun itu dikenali sebagai salah seorang peledak prolifik pada era kegemilangannya dan pernah beraksi bersama beberapa buah kelab ternama Eropah seperti Atletico Madrid, Porto, Chelsea dan Manchester United. Desas-desus mengenai pemergian Falcao ke kelab lain sudah dicanang […]
Arne Slot Ganti Jurgen Klopp Di Liverpool

Jurulatih Feyenoord, Arne Slot dijangka bakal menjadi jurulatih baharu Liverpool bagi menggantikan jurulatih berpengalaman, Jurgen Klopp yang sudah disahkan tidak akan mengendalikan Liverpool bagi saingan musim hadapan. Slot dikatakan sudah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama Liverpool. Liverpool perlu membayar pampasan yang agak tinggi kepada Feyenoord bagi merealisaikan perpinahan ini. Berita perpindahan Slot ke Liverpool […]
Perak Kembali Berbelanja, Sambar Clayton Dari Brazil

Perak FC menceriakan penyokong setia mereka dengan mendapatkan penyerang import Brazil, Clayton da Silveira da Silva atau Clayton. Perpindahan beliau diumumkan pengurusan The Bos Gaurus di platform media sosial rasmi Perak hari ini. “Perak FC hari ini mengumumkan ketibaan pemain berasal dari Brazil, Clayton da Silveira da Silva. “Clayton yang bermain selaku penyerang akan memperkuatkan […]
Jurulatih Ireland, Conor Nestor Sertai Selangor

Jurulatih kelahiran Ireland, Conor Nestor difahamkan sudah dilantik menjadi pembantu jurulatih Selangor FC. Teka-teki mengenai calon pembantu jurulatih The Red Giants menjadi tanda tanya apabila pasukan itu memberi bayangan bahawa sedang mencari tenaga dari luar negara. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal memberitahu bahawa jurulatih kelahiran Australia berada dalam radar Selangor. Teka-teki itu […]
KL City Sedia Bawa Luqman Hakim Pulang

KL City FC tidak menolak sekiranya berpeluang membawa penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin kembali ke tanah air. Hasrat ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard apabila ditanya tentang khabar angin yang mengaitkan Luqman dengan pasukan itu. Selepas menyertai KV Kortrijk pada 2020, penyerang berusia 22 tahun itu sudah merasai pengalaman […]
Mika Junco Pasang Impian Jadi Peledak Berbisa Negeri Sembilan

Penyerang baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Miguel Angel Junco atau lebih dikenali dengan panggilan Mika mahu memanfaatkan peluang beraksi bersama pasukan barunya itu dengan menjadi penyerang berbisa. Penyerang berusia 31 tahun kelahiran Sepanyol itu dijangka bakal mengetuai jentera serangan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super yang bakal bermula 12 Mei 2024. “Sudah tentu saya […]
Selangor Lepaskan 3 Pemain Ke Seteru Liga Super

Finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC membuat keputusan untuk melepaskan tiga bintang ke seteru Liga Super. The Red Giants sebelum ini terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke Thailand bersama Police Tero. Perpindahan itu menyaksikan pasukan Lembah Klang itu membuat keputusan untuk melantik Nidzam Jamil sebagai pengendali baharu. Keadaan […]
4 Pemain JDT Berhijrah Ke Sri Pahang

4 orang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan untuk beraksi bersama Sri Pahang. Skuad Harimau Selatan telah pun melepaskan beberapa tonggak bagi musim baharu setelah membuat pengurangan bajet sekitar 40 peratus musim ini. “Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan […]
Lazar Sajcic Milik KL City

KL City FC terus memantapkan barisan pemain menjelang musim 2024/25 dengan membawa masuk pemain sayap Croatia, Lazar Sajcic. Perpindahan bekas pemain sayap ND Gorica itu diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “Anda menanti cukup lama, perkenalkan pemain baru The City Boys! Selamat datang ke ibu negara, pemain perancang […]
PDRM Sambar Ifedayo Olusegun

Penjaring Terbanyak Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun terus mewarnai arena bola sepak Malaysia dengan menyertai PDRM FC. Perpindahan penyerang Nigeria berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan The Cops di platform media sosial mereka hari ini. Perpindahan ini sekaligus mengesahkan khabar perpindahan yang dibawa wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi […]
Status Oscar Arribas Bersama JDT Cetus Tanda Tanya

Status pertahanan kiri Johor Darul Ta’zim (JDT), Oscar Arribas bersama skuad JDT untuk musim ini masih jadi tanda tanya. Ini kerana sebelum ini, Johor Southern Tigers dalam satu pengumuman memaklumkan bahawa Oscar Arribas bakal meninggalkan pasukan kerana beliau akan dipinjamkan ke pasukan lain. Bersama Oscar, beberapa pemain lain turut dilepaskan kelab. Nama-nama seperti Syafiq Ahmad, […]
Anthony Martial Bakal Tinggalkan Man United

Penyerang Man United, Anthony Martial bakal meninggalkan kelab itu pada akhir musim 2024/25. Perkara ini dinyatakan oleh wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano menerusi satu ciapan di X semalam. Buat masa ini, penyerang Perancis memberi fokus kepada pemulihan kecederaan yang dialaminya musim ini. Setelah Martial kembali cergas, barulah beliau akan memilih destinasi terbarunya pada musim […]
3 Pemain JDT Sertai Terengganu

Tiga orang pemain penting pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyertai Terengganu bagi saingan musim 2024/25. Skuad Harimau Selatan telah membawa masuk beberapa muka baharu untuk memantapkan pasukan. Hal ini membuka ruang untuk beberapa pemaij skuad utama JDT keluar menyertai kelab lain untuk mengumpul lebih banyak minit bermain. Perkembangan jendela perpindahan musim ini turut diserikan apabila […]
KL City Hilang 4 Tonggak Penting Musim 2024/25

Liga Super musim 2024/25 menyaksikan KL City FC kehilangan empat tonggak utama yang membantu mereka ke final Piala FA musim 2023. Mengikut data Transfermarkt, empat tonggak tersebut ialah T. Saravanan, Azim Al Amin Kamaruddin, Akram Mahinan dan Romel Morales. Saravanan dan Azim masing-masing menyertai Sri Pahang FC dan Selangor FC. Sementara Akram pula beralih angin […]
Bekas Pemain Liga Portugal, Cleylton Kini Milik Kedah

Bek tengah Brazil, Cleylton sah menjadi pemain import terbaru yang menyertai pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan bek tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial mereka hari ini. Kehadiran bekas bek tengah Belenenses itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek tengah Serbia, Bojan Ciger. […]
KL City Sambar Khidmat Pertahanan Montenegro, Adrijan Rudovic

Finalis Piala FA 2023, KL City FC diperkuatkan dengan seorang pemain import baru dari Montenegro iaitu Adrijan Rudovic. Perpindahan bek tengah berusia 28 tahun itu diumumkan The City Boys menerusi platform media sosial mereka hari ini. “Sedikit hadiah Raya buat The City Boys! Selamat datang ke ibu kota, bek tengah baru kita, Adrijan Rudovic!” kata […]