Terengganu Terkena Penangan Nurillo Tukhtasinov

Kehadiran Nurillo Tukhtasinov dalam skuad Terengganu kini memberi aura positif apabila Terengganu mencatat rekod kebal sejak menurunkan pemain itu. Terengganu masih belum tewas dalam semua kejohanan musim ini sejak Nurillo mengemudi bahagian tengah pasukan Sang Penyu. Nurillo Tukhtasinov menyertai pasukan Terengganu pada awal Julai yang lalu dan pantas menjadi pemain penting buat skuad Tomislav Steinbrückner […]
Tiket Aksi Malam Kejuaraan Sedekad JDT Sudah Mula Dijual

Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 esok, sokongan padu penyokong ditagih bagi menjayakan usaha tersebut. Atas sebab itu, pengurusan Harimau Selatan mengumumkan penjualan tiket untuk perlawanan Liga Super menentang PDRM FC pada Rabu ini. JDT hanya memerlukan satu mata daripada lima perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Liga […]
Jawatan Kosong Ketua Jurulatih Penang Laku Keras

Pasukan Liga Super Penang FC telah dikesan membuat persediaan awal menjelang saingan Liga Super musim hadapan. Difahamkan mereka kini sedang mencari individu bagi mengisi jawatan ketua jurulatih baharu untuk musim 2024. Perkara itu telah dikongsikan pihak pengurusan Penang FC sendiri melalui satu status di laman Facebook rasmi pasukan. Sehingga artikel ini ditulis, terdapat lima individu […]
Dua Pemain Terkemuka Kongsi Pengalaman Berbeza Liga Malaysia & Indonesia

Dua bekas pemain Liga Super iaitu Levy Madinda dan Christian Rontini berkongsi pegalaman yang berbeza antara Liga Malaysia dan Indonesia. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Makanbola Indonesia sebelum ini, bekas pemain Kelantan, Christian Rontini menyatakan bahawa Liga Indonesia lebih tersusun dan teratur. Beliau yang kini beraksi bersama Persita Tangerang menganggap semua pasukan di Indonesia adalah […]
Perbadanan Stadium Terengganu Pastikan Padang SSMZA Kembali Menghijau

Selepas tamat perlawanan Piala AFC di antara Terengganu FC dan Central Coast Mariners tempoh hari, telah timbul tanda tanya mengenai keadaan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang dilihat kurang memuaskan. Baru-baru ini, Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam satu muat naik di laman Facebook mendedahkan bahawa rumput di SSMZA telah […]
Ikhwan Yazek Tinggalkan Kelantan

Pasukan Kelantan FC mendapat tamparan hebat apabila Ikhwan Yazek mengumumkan telah meninggalkan pasukan itu hari ini. Pengumuman tersebut dibuat beliau menerusi satu hantaran di Instagram hari ini. Walaupun mengakui langkah ini satu langkah yang berat, Ikhwan melihat langkah ini penting demi masa depannya sebagai pemain bola sepak. “Berat kaki ini untuk melangkah keluar daripada sebuah […]
Terengganu Bakal Terima CEO Baru?

Pengurusan pasukan Terengganu FC dijangka mengalami perubahan tidak lama lagi. Ini selepas penganalisis bola sepak bebas, Piang Shankly mendedahkan pengurusan Peteh bakal melantik seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) baru menggantikan CEO sekarang, Ab Rasid Jusoh. Perlantikan CEO baru Terengganu dijangka diumumkan pada bulan hadapan. Bagaimanapun, identiti individu yang bakal mengisi jawatan tersebut masih tidak diketahui. […]
Keadaan Terkini Leandro Velazquez Curi Perhatian Penyokong

Keadaan terkini pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez mencuri perhatian rata-rata penyokong pasukan Harimau Selatan. Pada aksi pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT dan Kawasaki Frontale semalam, Leandro telah hadir bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukan. Pemain berusia 34 tahun ini dikesan hadir ke stadium dengan bertongkat. Import dari Argentina ini cedera […]
Tomislav Steinbrucker Angkat Engku Shakir Selaku Permata Baharu Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrucker mengangkat pemain sayap lincah, Engku Nur Shakir selaku permata baharu skuad Penyu musim ini. Baru-baru ini, pemain muda berusia 24 tahun itu dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan Liga Super PFA Malaysia bagi edisi bulan Ogos 2023. Jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui prestasi yang ditampilkan oleh Engku Shakir musim ini […]
Tomislav Steinbruckner: Masa Depan Pemain Muda Terengganu Cerah

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner yakin dengan masa depan para pemain muda Terengganu berdasarkan prestasi semasa yang ditonjolkan mereka ketika ini. “Saya boleh katakan dalam pasukan Terengganu FC ini, makin ramai pemain muda yang bakal menonjol selepas ini. Sebagai contoh, anda boleh lihat kualiti yang ada pada Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul dan beberapa pemain lagi. […]
JDT Perkenal Teknologi Bertaraf Dunia Bantu Tingkatkan Prestasi Pemain

Dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada kalendar antarabangsa FIFA, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menggunakan tempoh ini dengan memperkenal teknologi bertaraf dunia bagi meningkatkan prestasi pemain. Ini berdasarkan satu video baru yang dimuatnaik pasukan itu di laman Johor Southern Tigers hari ini. Video tersebut memaparkan pemain muda Harimau […]
Zamsaham: Kelantan Di Hati

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan pasukan itu akan sentiasa ada di hatinya. Beliau mengakui kecewa dengan kedudukan Kelantan ketika ini tetapi melihat ia sebagai satu proses untuk mereka bangkit dan kembali meraih kejayaan. Zamsaham juga akur dengan semua kecaman penyokong terhadap dirinya. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau percaya lambat-laun segala tindakannya […]
KL City Perlu Jadi Kelab ‘Kedua’ Penyokong

CEO KL City FC, Stanley Bernard melihat pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu perlu menjadi kelab ‘kedua’ bagi anak-anak rantau bagi meningkatkan kehadiran penonton di stadium. Mengikut statistik Transfermarkt, kehadiran penonton di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur setakat sembilan perlawanan menyaksikan kehadiran seramai 18,185 orang dengan purata 2,021 orang. Angka ini amat sedikit jika […]
Impak Segera 3 Peledak Import Tentukan Nasib Pasukan Ke Asia

Perjalanan kelab Liga Malaysia ke Asia bakal ditentukan oleh kecemerlangan tiga pemain import yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini. Perebutan tempat kedua Liga Super berlangsung rancak tatkala tiga pasukan dilihat berpotensi untuk merebut slot tersebut. Keadaan ini juga ditentukan oleh kecemerlangan barisan serangan apabila percaturan untuk membawa masuk penyerang baru kelihatan membuahkan hasil. […]
Faisal Halim Lebar Rekod Jaringan

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mempamerkan kekuatan setelah kembali menghangatkan saingan Liga Super dengan melebarkan rekod jaringan. Bintang berusia 25 tahun itu terpaksa berehat selama sebulan untuk menjalani tempoh panggantungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Beliau bagaimanapun kembali dengan lebih kuat seperti yang dikatakannya apabila terus meledak dua jaringan ketika berdepan Kelantan […]
Statistik Buktikan Serangan Sri Pahang Makin Berbisa

Liga Super musim 2023 menyaksikan jentera serangan Sri Pahang FC lebih berbisa dengan 35 gol daripada 20 perlawanan berbanding 33 gol daripada 22 perlawanan pada musim lepas. Daripada 35 gol, Kpah Sherman muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol. Ini disusuli Stefano Brundo (lapan gol) dan Sergio Aguero (empat gol). Fadhli Shas, Azam Azih, Kevin Ingreso […]