Liga Super: Sri Pahang Hentikan Perjuangan Hebat Kuching City

Pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang FC terpaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Kuching City FC 3-2 di Stadium Darul Makmur hari ini. Selepas meraih kemenangan kedua ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup, kecemerlangan ini mahu diteruskan oleh Il Gatto. Begitupun, tuan rumah bermula dengan langkah kanan apabila […]

“Saya Tidak Terlalu Kecewa Tewas Begini” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengaku tidak terlalu kecewa biarpun anak-anak buahnya dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super semalam. Ini kerana daripada lima pertukaran yang dibuat dalam kesebelasan utama semalam, tiga daripadanya ialah pemain-pemain muda. Mereka ialah Rahadiazli Rahalim, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Zamri. Bagi Steinbruckner, mereka sudah memberi yang terbaik dalam […]

Liga Super: Selangor Belasah Terengganu Tanpa Belas

Selangor FC kembali pamer prestasi mantap dalam Liga Super apabila membenam cabaran Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak hari ini. Selepas disingkirkan dari Piala Malaysia oleh skuad Peteh awal minggu ini, The Red Giants melihat perlawanan hari ini sebagai medan balas dendam ke atas tuan rumah. Babak pertama menyaksikan pasukan […]

Kedah Pincang Bertemu KL City

Skuad Sang Kenari terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain menjelang aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman menentang KL City. 4 pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut ekoran kecederaan dan penggantungan menurut ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain. Manuel Hidalgo kini mengalami kecederaan kaki dan 2 pemain pertahanan iaitu Ariff Farhan dan Kamil Akmal akan menjalani […]

Rekod Jaringan Ivan Mamut Lawan Selangor Perlu Dipantau Rapi

Kelibat penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut bakal menjadi tumpuan barisan pertahanan Selangor FC dalam aksi Liga Super malam ini. Mengikut statistik MFL, Mamut kini sudah menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M). Daripada 17 gol itu, penyerang Croatia itu sudah menjaringkan 10 gol dalam Liga Super. Lima gol lagi dalam Piala Malaysia […]

Yunus Alif: Saya Berharap Pemain Dapat Belajar Dari JDT

Jurulatih PDRM FC, Datuk Yunus Alif berharap kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjulang Liga Super musim ini dapat dicontohi anak-anak buahnya. JDT muncul juara selepas berjaya membelasah The Cops 4-0 di hadapan penyokong mereka sendiri hasil jaringan Bergson da Silva, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan pemain gantian, Fernando Forestieri. Yunus melihat kejayaan […]

Seorang Lagi Bintang Kelantan Melangkah Pergi

Persiapan Kelantan FC menentang Sabah FC malam ini terjejas apabila pemain tengah Indonesia, Natanael Siringoringo bakal meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas. Perkara ini diumumkan oleh ejen Natanael, 2Touch International menerusi satu hantaran di Instagram semalam. Selain mengumumkan status terbaru bekas pemain Dewa United itu, 2Touch International turut memulakan usaha menyaman pengurusan skuad Kijang kerana […]

“Selangor Dalam Kedudukan Terbaik Ke Asia” – Tan Cheng Hoe

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya masih berada pada kedudukan terbaik untuk layak ke Asia musim depan. Keyakinan beliau ini bersandarkan pada kedudukan dalam Liga Super ketika ini. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara pada Rabu lepas, Selangor di tempat kedua dengan 49 mata. Dengan sasaran meraih satu trofi […]

Bergson Berterima Kasih Kepada JDT

Penyerang sensasi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui terhutang budi terhadap pasukannya sejak kali pertama tiba di sini. Pemain berusia 32 tahun itu baru sahaja dinobatkan selaku penjaring terbanyak sepanjang JDT selepas berjaya menjaringkan 100 gol dalam 3 musimnya bersama Harimau Selatan. Beliau mengakui cukup gembira dan teruja terutamanya apabila […]

Benjamin Mora Kembali Berbicara Tentang JDT

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kembali berbicara mengenai bekas pasukannya itu. Hal ini selepas JDT secara sah merangkul gelaran juara Liga Super 2023. Kemenangan 4-0 JDT ketika mengatasi pasukan PDRM malam semalam melayakkan JDT untuk bergelar juara Liga Super kali kesepuluh berturut-turut. Benjamin Mora dalam satu hantaran di IG Story miliknya menzahirkan […]

Safawi Rasid Tampil Kelainan Buat JDT

Safawi Rasid menampilkan kelainan dalam aksi menentang PDRM apabila turun bermain dibahagian pertahanan. Safawi yang masuk menggantikan Corbin Ong pada minit ke-71 permainan mengisi posisi pertahanan kiri JDT dalam perlawanan tersebut. Ini adalah perkara baharu buat Safawi memandangkan beliau merupakan pemain serangan yang lebih dominan diposisi sayap kanan dan sayap kiri pasukan. Pemain berusia 26 […]

Satu Dekad Sempurna JDT Dominasi Liga Malaysia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya dinobatkan selaku juara Liga Super musim 2023 untuk melengkapkan perjalanan sedekad gemilang pasukan. Kemenangan 4-0 ke atas PDRM FC menyaksikan pasukan bimbingan Tano Solari muncul juara dengan baki 4 perlawanan dalam tangan. Skuad Harimau Selatan sekali lagi membuktikan bahawa kekuatan pasukan sukar digugat oleh mana-mana pasukan […]

Liga Super: JDT Juara Liga Super 2023, Tewaskan PDRM

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya disahkan sebagai juara Liga Super 2023 selepas berjaya menewaskan PDRM FC 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan bola lebih terarah kepada JDT. Manakala barisan pemain PDRM kental bertahan dengan kesemua pemain mereka berada di kawasan sendiri. Untuk 30 minit pertama perlawanan, JDT […]

PDRM Bakal Mudahkan Jalan JDT Julang Piala

Walaupun masih berbaki lima perlawanan liga, namun juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menjulang trofi Liga Super musim ini. Ini bermakna perlawanan menentang PDRM FC malam ini menjadi penentu kejuaraan buat JDT. Di atas kertas, ternyata kelebihan menjadi milik JDT memandangkan mereka belum pernah tewas dalam saingan domestik […]

Malam Kemuncak Kejuaraan Sedekad JDT Hampir Tiba

Detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang kejuaraan bermakna Liga Super 2023 bakal tiba tidak lama lagi. Skuad Harimau Selatan kini sedang menanti detik terbaik untuk melengkapkan dominasi sedekad dalam bola sepak Malaysia. Pasukan bimbingan Tano Solari kini hanya memerlukan satu mata dari baki lima perlawanan untuk merekodkan 10 […]

Selangor Berpeluang Balas Dendam

Selangor FC berpeluang membalas dendam atas penyingkiran mereka dari Piala Malaysia di tangan Terengganu FC tempoh hari. Ini kerana kedua-dua pasukan bakal bertemu lagi dalam aksi Liga Super pada 29 September depan. Selangor telah tersingkir daripada Piala Malaysia selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Terengganu. Kini, mereka hanya bergantung harap untuk mendapatkan tempat kedua Liga […]