JDT Tinggal Dua Peluang Capai Angka 100

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki peluang berharga untuk merekodkan 100 jaringan di pentas liga musim ini. Pasukan bimbingan Tano Solari merakamkan kemenangan ke-23 musim ini di hadapan penyokong setia Harimau Selatan yang membanjiri Stadium Sultan Ibrahim. Dua jaringan hasil ledakan Bergson dan Juan Muniz sudah cukup untuk memastikan tiga mata […]
Stadium Sultan Ibrahim Saksikan Kepulangan Natxo Insa

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kembali beraksi dalam kancah Liga Super Malaysia 2023. Selepas terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialami, pemain berusia 37 tahun ini diberi kepercayaan oleh pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari untuk masuk sebagai pemain gantian. Kepulangan Natxo pastinya menggembirakan hati seluruh peminat bola sepak tanah air […]
“Saya Bertanggungjawab Atas Apa Terjadi Di Kelantan” -Ahmad Muzakkir

CEO Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid mengakui bertanggungjawab atas prestasi buruk yang membelenggu pasukan itu musim ini. Musim 2023 menyaksikan pelbagai rekod baru dilakar The Red Warriors dalam saingan liga termasuk dibolosi 102 kali. Musim ini turut menyaksikan Kelantan mengalami kekalahan besar dalam semua kejohanan termasuk Liga Super dan Piala Malaysia. Justeru, Muzakkir bersedia melakukan […]
Liga Super: JDT Kekalkan Momentum Cemerlang Tewaskan Kuching City

Aksi ke-24 Liga Super 2023 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan bimbingan Tano Solari melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan dengan pemain seperti Syahmi Safari dan Farizal Marlias kembali dalam skuad utama. JDT mempamerkan aksi garang apabila menguasai perlawanan seawal […]
Perjalanan Gemilang Seluruh Lapisan Skuad JDT Musim 2023

Seluruh lapisan pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengharumkan nama negeri Johor dengan layak ke final kejohanan berstatus piala untuk tahun 2023. Pencapaian membanggakan ini dikongsikan oleh pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman di akaun X beberapa jam lepas. Skuad utama Harimau Selatan sudah menunjukkan keinginan untuk mengulangi kejayaan menjulang empat piala pada tahun […]
JDT Jadikan Kuching City Medan Persiapan Ke Asia

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu memburu kemenangan ke atas Kuching City dalam perlawanan terbaru Liga Super yang berlangsung esok. Kemenangan yang diraih bakal menjadi tonik semangat buat Harimau Selatan untuk aksi ACL seterusnya menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale. Justeru, kapten JDT, Jordi Amat berharap matlamat tersebut dapat dicapai bagi membolehkan mereka merekodkan […]
Giancarlo Gallifuoco Tinggalkan Musim 2023 Lebih Awal

Tonggak pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco terpaksa melupakan hasrat bagi membantu pasukannya di Liga Super 2023 apabila disahkan mengalami kecederaan yang agak serius. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama di bahagian pertahanan The City Boys sejak beberapa musim kebelakangan ini terpaksa menghabiskan saingan musim ini lebih awal susulan kecederaan. Perkara ini dikongsikan menerusi hantaran […]
Kelantan Bakal Beraksi Di Liga M3?

Kelantan FC merupakan satu-satunya kelab Liga Super yang ditangguhkan pemberian Lesen Kebangsaan mereka selepas didapati masih ada tunggakan gaji setakat 31 Ogos 2023. Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 walau bagaimanapun memberikan peluang terakhir kepada Kelantan sehingga 30 November untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama […]
Lesen Kelantan Ditangguhkan, Ini 13 Kelab Bagi Saingan Liga Super 24/25

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala 3 lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025. Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah diadakan pada 18 Oktober […]
Selangor Mahu Rayu Pengurangan Hukuman

Selangor FC bakal mengemukakan rayuan kepada FAM susulan hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas mereka baru-baru ini. The Red Giants dikenakan denda RM23,000 untuk tiga kesalahan iaitu kerosakan pada kenderaan pegawai perlawanan, gagal menjaga keselamatan kumpulan pengadil dan insiden penyokong membaling botol terhadap pengadil. Selain tiga kesalahan ini, beberapa staf sokongan pasukan Selangor […]
Angel Alfredo Vera Bakal Tinggalkan Kelantan

Kelantan FC bakal menjadi pasukan terbaru yang terpaksa melupakan khidmat jurulatih mereka untuk baki kempen Liga Super. Ini selepas ketua jurulatih skuad Kijang dari Argentina, Angel Alfredo Vera bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Kelantan-Sabah FC semalam. “Kemungkinan saya bisa keluar (pada) minggu hadapan. Saya […]
Kelantan Cipta Sejarah Tragis Liga Super

Kelantan FC terus menderita sementara menunggu tamat saingan Liga Super musim ini selepas tewas dengan bolos yang besar sekali lagi, kali ini tewas 0-7 kepada Sabah FC pada aksi di Stadium UITM Shah Alam sebentar tadi. Beraksi dengan barisan pemain yang cetek pengalaman di pentas tertinggi, Kelantan melepaskan tiga gol di separuh masa pertama dan […]
Liga Super: Sabah Berpesta Gol Tewaskan Kelantan

Satu perlawanan tertunda Liga Super telah berlangsung malam ini iaitu di antara Kelantan FC dan Sabah FC. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium UITM Shah Alam itu menyaksikan Sabah menang besar 7-0 ke atas Kelantan. Aksi dimulakan dengan Sabah berjaya menguasai perlawanan namun tiada percubaan merbahaya dapat dihasilkan mereka untuk tempoh 20 minit pertama. Jafri Firdaus […]
Ailton Silva Tinggalkan Kelantan United

Selepas Penang FC, Kelantan United FC bakal menggunakan khidmat jurulatih interim untuk menamatkan baki perlawanan Liga Super mereka. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan jurulatih Brazil, Ailton Silva telah meninggalkan pasukan dari Pantai Timur itu hari ini. Bekas pengendali Chiangrai United itu dibawa masuk sebagai jurulatih skuad utama Kijang Hijau pada pertengahan […]
JDT Dan Selangor Didenda FAM

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC menerima perkhabaran buruk apabila dikenakan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara tersebut telah dikongsikan FAM dalam satu siaran media sebentar tadi selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat kali ke-14 bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. JDT dikenakan denda atas dua kesalahan […]
Kelantan Terpaksa Ubah Venue Ke Shah Alam

Pasukan Liga Super Kelantan FC terpaksa ubah venue bagi aksi Liga Super bertemu Sabah FC yang dijadualkan pada 20 November ini. Ini kerana Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang menjadi venue utama buat Kelantan tidak boleh digunakan pada tarikh tersebut disebabkan kerana Perbadanan Stadium Darul Makmur Akan menganjurkan kejohanan sukan antara Stadium Se Malaysia(SUKAS) Negeri Pahang […]