Liga Super: KL City Tamatkan Kemarau Kemenangan, Benam Kelantan United

Aksi Liga Super ke-24 yang melibatkan pertembungan antara KL City dan Kelantan United memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam kesebelasan utama The City Boys. Aksi ini dikuasai sebahagian besar oleh tuan rumah yang tidak diberikan tekanan oleh Kelantan United memudahkan pasukan untuk […]

Liga Super: Penang Akhiri Kemarau Kemenangan, Kalahkan Sri Pahang

Penang FC akhirnya berjaya mengakhiri kemarau kemenangan mereka dengan menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya hari ini. Selepas merehatkan Chong Yee Fat, skuad Harimau Kumbang berharap pemangku jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mampu mengakhiri kemarau kemenangan mereka sejak April lalu. Sementara Tok Gajah pula mahu meraih kemenangan hari ini bagi membolehkan mereka mengejar Sabah […]

Farizal Marlias Rekod 100 Aksi Tanpa Bolos Bersama JDT

Bekas penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias mencipta rekod tersendiri bila membantu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengalahkan Kuching City FC beberapa hari lepas. Ini kerana dalam perlawanan itu, Farizal merekodkan 100 perlawanan tanpa bolos bersama Harimau Selatan. Ini satu pencapaian membanggakan buat Farizal memandangkan musim ini beliau banyak bertindak sebagai pemain sokongan kepada […]

Kereta Pecah, Muka Berdarah, Kekecohan Berlaku Di Stadium MBPJ?

Keadaan tidak diinginkan difahamkan berlaku di perkarangan Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya (MBPJ) sebelum perlawanan antara pasukan Selangor dan Perak FC. Aksi Liga Super ke-24 itu menyaksikan anak didik Tan Cheng Hoe merakamkan kemenangan 4-0 untui mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga. Keadaan tidak diingini bagaimanapun kekal terjadi di luar kawalan stadium selain difahamkan berlaku […]

“Selangor Perlu Pastikan Dapat Nombor Dua” – Tan Cheng Hoe

Dengan perlawanan Liga Super berbaki dua perlawanan, Tan Cheng Hoe mengharapkan Selangor FC dapat mengekalkan kedudukan kedua sehingga akhir musim. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara liga, perebutan naib juara masih terbuka antara Selangor dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Sekiranya Kedah berjaya meraih kemenangan ke atas Kelantan FC malam […]

Liga Super: Badi Kekalahan Negeri Sembilan Tamat Selepas Benam PDRM

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC berjaya mencapai kemenangan yang ditunggu-tunggu selepas berjaya menewaskan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan seimbang selepas kedua-dua pasukan masih mencari rentak dengan perlawanan. Peluang keemasan hadir buat PDRM pada minit ke-32 melalui pemain import mereka, Bruno Suzuki namun percubaannya dari luar […]

Jurulatih Terengganu Gusar Pertahanan Utama ‘Hilang’

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui kehilangan beberapa pertahanan utama telah merencatkan aksi Terengganu berdepan Sabah. Namun jurulatih itu tetap mengucapkan tahniah kepada Sabah atas kemenangan di Gong Badak walaupun kecewa pasukannya tewas. “Tahniah kepada Sabah, mereka telah musnahkan kita (Terengganu FC). Dalam mana-mana segmen bola sepak, dari minit pertama hinggalah rehat separuh masa, mereka […]

Liga Super: Selangor Perkukuh Kedudukan Ke Asia, Tewaskan Perak

Aksi Liga Super 2023 bersambung dengan menyaksikan pasukan Selangor FC berjaya mengukuhkan kedudukan kedua liga dengan menundukkan Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Anak-anak buah Tan Cheng Hoe bermula garang apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi Sharul Nazeem yang menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Yohandry Orozco. Tersentak dengan […]

“Jurulatih Perlu Cari Bakat, Bukan Bergantung Pada Naturalisasi” -Ong Kim Swee

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee melihat sudah tiba masanya jurulatih mengenalpasti pemain berbakat terutama di peringkat akar umbi. Kenyataan ini dibuat dalam sidang media selepas selesai majlis pemilihan ahli jawatankuasa baru PJBM hari ini. Kim Swee merasakan dengan mencungkil bakat-bakat baru terutama di peringkat akar umbi, ini bukan saja […]

Ong Kim Swee Dilantik Presiden PJBM Yang Baharu

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah bergelar Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) yang baru. Beliau dipilih sebagai presiden selepas menang tanpa bertanding dalam satu majlis pemilihan ahli jawatankuasa PJBM baru yang berlangsung hari ini. Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh bekas pengendali Harimau Malaya dan Selangor FC, mendiang B. Sathianathan. Bagaimanapun, […]

Selangor Mahu Berikan Pengalaman Baharu Semasa Menonton Bola

Selangor FC bakal menjanjikan pengalaman digital berbeza buat para penyokong untuk kempen mereka pada musim 2024. Perkara ini akan tercapai menerusi jalinan kerjasama antara The Red Giants dengan syarikat digital Citadel Group Technologies yang dimeterai semalam. Menerusi kerjasama ini, pengalaman digital penyokong akan ditambahbaik bersesuaian dengan status mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar Merah Kuning. […]

Tomislav Steinbruckner Anggap Hujan Ganggu Persiapan Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa beliau sudah meramalkan pasukannya akan berdepan Sabah sungguhpun beraksi di laman sendiri. Pertembungan dua Malaysia di Asia itu dikejutkan dengan aksi yang cukup mencabar buat tuan rumah apabila The Rhinos tampil garang untuk meledak tiga gol pada babak pertama. Pasukan pelawat kelihatan cukup bersedia untuk memafaatkan keadaan […]

Liga Super: Sabah Bedil Terengganu 4-0

Aksi di Stadium Sultan Zainal Mizan Abidin berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan pelawat apabila Sabah mengutip tiga mata selepas mengatasi Terengganu dalam saingan Liga Super 2023. Pemain import Sabah, Ramon Machado memecah kebuntuan seawal minit keenam permainan selepas menyempurnakan hantaran lintang Rizal Ghazali dengan satu sepakan gunting cantik menggegar jaring. Pada minit ke-29 permainan, […]

Selangor Mahu ‘Ikat’ Faisal Halim Lebih Lama

Selangor FC memasang hasrat untuk menyambut kontrak pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal Halim. Perkara ini diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon selepas majlis tandatangan perjanjian persefahaman antara Selangor FC dan Citadel Group Technologies di Pusat Latihan Selangor, hari ini. Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena Fateen Shazwani, pihak pengurusan Selangor […]

Kecergasan Dua Bintang Utama Sabah Membimbangkan

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui resah dengan tahap kecergasan dua bintang utama mereka, Dominic Tan dan Stuart Wilkin. Mereka merupakan sebahagian daripada Harimau Malaya yang mencipta kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan baru-baru ini. Begitupun, kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan semasa menjalani tugas skuad kebangsaan. Justeru, tahap kecergasan Dominic dan Stuart akan dinilai […]

JDT Pasukan Pertama Guna Teknologi ProPitch Di Malaysia

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus berusaha menambahbaik kualiti semua kemudahan mereka termasuk Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Terbaru, pengurusan Harimau Selatan telah menggunakan sistem pemacu pengurusan data padang ProPitch bagi menambahbaik kualiti padang SSI. Peralatan ujian ProPitch membantu penyelia padang mengetahui keadaan sebenar padang dalam pelbagai aspek termasuk tarikan dan keteguhan rumput. Dengan […]