4 Gergasi Liga Super Hilang Mata Bertemu PDRM

PDRM layak digelar The Giant Killer pada saingan Liga Super musim ini apabila membuatkan 4 pasukan gergasi rugi besar. Skuad bimbingan P. Maniam kini mula mempamerkan belang apabila merekodkan tiga perlawanan tanpa kalah dengan kali terakhir tewas di tangan Sri Pahang pada 15 September lalu. Selepas kekalahan itu, PDRM melayani kunjungan semi finalis Zonal AFC […]
Perak Enggan Jadikan Stadium Sebagai Alasan Kekalahan

Bek tengah Perak FC, Shivan Pillay enggan menjadikan pertukaran venue sebagai alasan di sebalik kekalahan mereka di tangan Sabah FC. Perak beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Ini disebabkan stadium keramat mereka, Stadium Perak menjalani proses penaiktarafan yang sedang berjalan. Ini termasuk penukaran rumput lembu […]
Kedah Tinggal 5 Pemain Import

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman hanya memiliki 5 orang pemain import berbaki saingan musim 2024/25. Skuad kendalian Nafuzi Zain berjuang hebat sebelum menundukkan Terengganu di Darul Aman dengan keputusan 1-0 hasil ledakan Clayton. Pengendali muda itu memaklumkan bahawa anak buahnya memperagakan aksi terbaik untuk mendapatkan tiga mata sungguhpun terpalit dengan pelbagai masalah luar padang. […]
Sultan Selangor Titip Pesan Buat Pengurusan & Penyokong Selangor

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitipkan pesanan khusus buat pihak pengurusan dan para penyokong Selangor FC. Pada Isnin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menitahkan dalam satu hantaran di Selangor Royal Official buat pihak pengurusan dan penyokong yang hadir menonton perlawanan The Red Giants. Mengambil kira keadaan semasa dan prihatin […]
Liga Super: Aksi PDRM & Selangor Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 13

Hari perlawanan minggu ke-13 menyaksikan aksi PDRM FC dan Selangor FC merekodkan kehadiran tertinggi. Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) tidak beraksi pada minggu ini, aksi ini dilihat peluang buat Merah Kuning merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Aksi yang berlangsung pada 19 Oktober lalu menyaksikan Selangor pada awalnya mendahului menerusi Alvin Fortes. […]
Syamer Kutty Jumpa Peminat ‘Kami Cuba Tapi Tak Cukup Baik’

Perancang tengah Penang FC, Syamer Kutty bertemu peminat dan meminta maaf atas prestasi semasa pasukan yang kurang memberangsangkan. The Phanters terus dihurung prestasi longlai selepas sungguhpun mengharungi permulaan musim yang amat memberangsangkan. Pasukan kendalian Akmal Rizal tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam 5 aksi terakhir termasuklah tunduk 1-0 di tangan Sri Pahang ketika beraksi di lan […]
Akmal Rizal Serah Nasib Kepada Penang

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyerahkan kedudukannya sebagai jurulatih untuk dinilai pengurusan pasukan itu. Ini selepas Sang Harimau Kumbang gagal merekodkan kemenangan buat kali kelima apabila kecundang 1-0 kepada Sri Pahang FC pada 20 Oktober lalu. Penyerang Ukraine, Mykola Ahapov muncul wira Tok Gajah dengan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir babak pertama. […]
Hazwan Bakri Cetak Gol Sulung Untuk Kuching City

Bekas penyerang kebangsaan, Hazwan Bakri membuka akaun golnya bersama Kuching City FC dalam aksi terbaru Liga Super. Sebelum ini, penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada Disember 2023. Selepas kembali cergas sepenuhnya, Hazwan menjadi antara rekrut terbaru The Cats dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga […]
Liga Super: Mykola Ahapov Wira Sri Pahang Atasi Penang

Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan cabaran Penang dengan jaringan 1-0 dalam saingan Liga Super. Skuad Tok Gajah dibarisi pemain seperti Azam Azih, Adam Nor Azlin, Manuel Hidalgo, Kpah Sherman dan Fadli Shas sebagai kapten pasukan. Akmal Rizal pula memberikan kepercayaan kepada para pemain seperti Nik Akif, Syamer Kutty, Aqil Irfan, Rodrigo dan […]
Yusri Che Lah Anggap Faktor Fizikal Paksa Perak Akur Kepada Sabah

Pengendali Perak, Yusri Che Lah melihat faktor fizikal dari aspek ketinggian memberi kelebihan buat pasukan Sabah ketika aksi Liga Super pada Sabtu. Pada aksi tersebut, Perak terpaksa akur dengan dua jaringan lewat dari Sabah memaksa The Bos Gaurus berputih mata pada perlawanan yang dijalankan di Stadium Manjung itu. Menurut Yusri, tiga jaringan yang dibolosi semalam […]
Badrul Afzan Gesa Taji Terengganu Lebih Tajam

Ketumpulan jentera serangan Terengganu FC terus memeningkan pemangku jurulatih pasukan itu, Badrul Afzan Razali. Terengganu berharap dapat mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam lima perlawanan apabila bertemu dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 19 Oktober lalu. Jentera serangan Peteh terdiri daripada Nelson Bonilla, Ismaheel Akinade, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dilihat berdepan kesukaran menembusi […]
Nidzam Jamil Lihat Selangor Bergelut, Ulangi Masalah Tahun Lalu

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mengakui pasukannya tidak memberikan fokus yang sepenuhnya sehingga tamat wisel permainan. The Red Giants terpaksa akur apabila PDRM berjaya bangkit mengikat pada saat akhir dalam saingan Liga Super semalam. Beliau menyatakan bahwa masalah yang dihadapi oleh Selangor masih berulang seperti tahun lepas. Selangor kerap dibolosi pada saat akhir sehingga menyebabkan […]
“Malam Ini Pemain Turun, Aksi Seterusnya Belum Tentu”

Kemenangan Kedah ke atas Terengganu dilihat cukup berharga untuk membantu pasukan terus berjuang musim ini namun status pemain masih samar. Perkara itu dinyatakan oleh pengendali pasukan, Nafuzi Zain selepas melihat perjuangan hebat anak buahnya membawa kepada hasil yang lumayan. Beliau mengakui bahawa persiapan pasukan tidak berjalan dengan begitu sempurna namun dengan keinginan dan usaha tidak […]
Nafuzi Zain Terharu Lihat Aksi Pemain Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain nyata terharu ketika melihat pemain-pemain Kedah beraksi menentang Terengganu FC dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Bagi Nafuzi, biarpun para pemain mengalami situasi yang sukar di luar padang namun semangat juang yang ditampilkan oleh pemain Kedah membuatkan beliau sebagai jurulatih terharu dan bersedih. “Kita (pasukan Kedah) […]
“Walaupun Menang Sabah Perlu Kekal Fokus” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu para pemainnya terlalu selesa disebalik kemenangan bergaya 4-2 ke atas Perak tempoh hari. Sabah meraih 3 mata hasil jaringan Ko Kwang-min, Stuart Wilkin, Joao Pedro dan juga Miguel Cifuentus ketika berkunjung ke Perak. Pengendali Sabah itu bagaimanapun mahu anak buahnya kekal fokus dalam menghadapi saingan […]
Zaquan Adha: Faktor Tekanan Pengaruhi Prestasi Terengganu

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya faktor tekanan menyukarkan Terengganu FC mengakhiri kemarau kemenangan mereka. Selepas menewaskan KL City FC pada 10 Ogos lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Penyu itu kini bergelut meraih kemenangan dalam enam perlawanan semua kejohanan. Terbaru, pasukan yang dibimbing pemangku jurulatih, Badrul Afzan Razali itu kempunan meraih kemenangan […]