Dominic Tan Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Nama bek tengah Harimau Malaya, Dominic Tan menjadi sebutan penyokong Sabah FC dalam aksi terbaru Liga Super menentang Penang FC. Ini selepas sepakan jarak jauhnya membantu Sang Badak meraih kemenangan 4-0 ke atas Sang Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya pada 25 Oktober lalu. Menariknya, semua gol yang menerjah gawang Sikh Izhan Nazrel dijaringkan dari jarak […]

Ong Kim Swee Lega Gawang Sabah Tak Dibolosi

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menghela nafas lega melihat gawang pasukan tidak dibolosi ketika bertemu Penang dalam aksi Liga Super pada Jumaat. Pada aksi tersebut, 4 gol memukau masing-masing daripada Saddil Ramdani, Gabriel Peres, Stuart Wilkin dan Dominic Tan memastikan Sabah pulang dengan tiga mata dari gelanggang Penang. Menurut Ong Kim Swee, beliau nyata […]

Liga Super: Sri Pahang Lebur Harapan 3 Mata Kelantan DN

Kelantan Darul Naim dan Sri Pahang mempamerkan aksi sama rancak namun masing-masing terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata dalam aksi di Stadium Temerloh. Skuad Kijang Emas sebelum ini tewas 1-3 kepada KL City manakala Sri Pahang pula menang tipis 1-0 ke atas Penang. Kelantan Darul Naim mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Sri Pahang dengan menurunkan pemain […]

Liga Super: Kedah ‘Diikat Ketat’ PDRM Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal meneruskan rentak kemenangan di tempat sendiri apabila diikat PDRM FC dalam aksi Liga Super yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Dengan menurunkan barisan terkuat, Kedah tampil dengan dua penyerang berbisa di bahagian hadapan iaitu Milos Gordic dan Syafiq Ahmad. Manakala Ifedayo Olusegun kekal menjadi harapan utama […]

Liga Super: 4 Gol Jarak Jauh Sabah Buat Penang Terus Hampa

Penang terus kemarau kemenangan setelah tumpas dengan jaringan besar di tangan Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Jumaat. Setelah merekodkan 5 aksi tanpa kemenangan, Penang turun di laman sendiri dengan misi untuk membenam Sabah yang cemerlang mengatasi Perak di Manjung minggu lalu. Kesebelasan utama Penang diterajui nama-nama seperti Sikh Izhan, Syamer Kutty […]

Yusri Che Lah Pasang Persediaan Lebih Rapi Bertemu Terengganu

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengatur persediaan lebih rapi menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu FC pada 26 Oktober ini. Persediaan ini diatur bagi memastikan Perak tidak mengalami nasib sama semasa menentang Sabah FC pada 19 Oktober lalu. Aksi tersebut menyaksikan The Bos Gaurus dilihat dapat mencuri mata daripada Sang Badak pada kedudukan 2-2. […]

Tiket Aksi Selangor vs JDT ‘Habis Licin’

Pertemuan menarik dua jaguh bola sepak tanah air, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan tiket perlawanan telah habis dijual dua hari sebelum aksi. Selangor menerima kunjungan juara bertahan Liga Super, JDT dengan motivasi tinggi setelah berjaya menewaskan Jeonbuk Hyundai dalam saingan AFC Champions League 2 pada Rabu. Manakala JDT pula hadir ke Kelana Jaya […]

Selangor Peruntukkan 700 Tiket Buat Penyokong JDT

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal mendapat sokongan padu 700 orang penyokong menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC pada 27 Oktober ini. Ini selepas pengurusan Merah Kuning memaklumkan kesemua 700 tiket untuk penyokong pasukan pelawat sudah habis dijual. Perkara ini dinyatakan dalam satu pengumuman di platform media sosial rasmi Selangor. Pengurusan Merah Kuning […]

Aksi Selangor vs JDT Ulangi Memori Final Piala FA

Aksi ke-14 Liga Super menyaksikan pertembungan hangat antara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Nidzam Jamil dalam momentum terbaik apabila mencatatkan kemenangan berdepan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai pada aksi AFC Champions League Two (ACL2). Gergasi Merah melakar kemenangan 2-1 sekaligus membawa momentum terbaik berdepan skuad Harimau Selatan yang tunduk 3-1 menentang Gwangju tempoh […]

Kedah Mahu Kekalkan Rentak Kemenangan

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mahu mengekalkan rentak kemenangan menjelang aksi menentang PDRM FC untuk musim 2024/25. Selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Terengganu FC pada 19 Oktober lalu, Sang Saka Biru menjadi sasaran terbaru Kedah. Menariknya, pasukan itu menjadi mangsa pertama Sang Kenari dalam aksi pembukaan Liga Super pada Mei […]

Sikh Izhan Harap Penang Cepat Serap Ilmu Merzagua Abderrazak

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel berharap Penang FC segera menyerap ilmu yang diajar pemangku jurulatih pasukan itu, Merzagua Abderrazak. Merzagua yang juga pengarah teknikal pasukan itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas pengurusan Penang memilih merehatkan jurulatih sebelumnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu dibuat susulan Penang gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan. […]

Kedah Terima Tajaan 6 Angka

Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) dilaporkan telah menerima tajaan enam angka daripada seorang individu baru-baru ini. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh penaja tersebut iaitu Dato’ Royfaizal Razali Chong menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau. Amaun tajaan berjumlah RM 300,000 itu telah dibayar ke akaun Darulaman Football Club pada hari ini iaitu […]

Noor Al-Rawabdeh Azam Pulih Lebih Cepat

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh berazam untuk kembali pulih lebih cepat daripada tempoh sembilan bulan yang dinyatakan. Pemain tengah Jordan berusia 27 tahun itu terpaksa melupakan baki kempen musim 2024/25 selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). Kecederaan itu dialami selepas aksi Liga Super menentang PDRM FC pada 19 Oktober lalu. Ini menjadikan aksi […]

“Saya Serahkan Jiwa & Raga Saya Kepada Kedah”

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal meluahkan bahawa dirinya tidak kisah dikritik hebat kerana yang lebih penting bagi dirinya adalah memberikan jiwa dan raga buat pasukan Kedah. Ifwat merupakan pemain yang paling sibuk di atas padang dalam aksi Liga Super bertemu Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada Sabtu. Penjaga […]

Ifwat Akmal: Kedah Mahu Kedudukan Lima Terbaik

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal berharap kemenangan terbaru pasukan itu dapat membawa mereka menghampiri kelompok lima terbaik liga. Penantian kemenangan Kedah selama tiga bulan berakhir apabila pasukan itu menewaskan Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober lalu. Bek tengah Brazil, Jose Cleylton muncul wira dengan menanduk bola melepasi […]

Noor Al-Rawabdeh Terpaksa Berehat Panjang

Selangor FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat tonggak tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh. Pemain tengah berusia 27 tahun itu perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL). Perkara ini dikongsikan sendiri Noor menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau. “Hasil pemeriksaan mendapati saya didiagnosis dengan kecederaan ACL. Kami hanya mengatakan apa yang diredhai […]