Watak Penting Perak Kekal Berbakti Buat Yusri Che Lah

Biarpun melalui musim yang kurang memberangsangkan, namun ianya bukanlah penyebab untuk Perak FC mengundur ke belakang. Ini kerana persiapan untuk musim hadapan sudah dirancang lebih awal. Antara persiapan awal yang dibuat oleh pasukan Perak adalah mengekalkan pemain yang beraksi dengan baik musim ini bagi menghrungi saingan musim hadapan yang lebih mencabar. Jurulatih Perak, Yusri Che […]
Stadium Sultan Ibrahim Bakal Guna Padang Hybrid, Ganti Zeon Zoysia

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turun padang untuk melihat proses pada hybrid pertama di Malaysia iaitu Stadium Larkin. Baginda difahamkan turun untuk memeriksa kerja-kerja pemasangan padang jenis hybrid yang baharu dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos. DYAM […]
“Sekiranya Perpindahan Ini Berlaku, Sesuatu Yang Mengejutkan” – Yusri Che Lah

Musim 2023 bukanlah musim yang terbaik buat Perak FC selepas onak dan duri dilalui pada awal musim, kini di bawah kendalian Yusri Che Lah, keadaan Perak semakin bertambah baik dari hari ke hari. Perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Negeri Perak semalam menyaksikan Perak terpaksa menelan kepahitan apabila tewas tipis 0-1 kepada pasukan di tangga […]
Rahadiazli Rahalim Perlukan Sokongan Untuk Bangkit Semula

Seorang pemerhati bola sepak tempatan berpandangan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim memerlukan sokongan untuk memulihkan kembali prestasinya. Pandangan tersebut diutarakan pemerhati bola sepak Terengganu, Piang Shankly susulan kesilapan terbaru yang dilakukan Rahadiazli dalam perlawanan Penang FC-Terengganu semalam. Tindakan penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara itu merempuh pemain Penang dalam kotak penalti mengakibatkan tuan […]
Shahrom Kalam Puji Impak Amirul Hisyam Bersama Kedah

Biarpun Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah mengalami kekalahan 0-1 kepada Selangor FC tempoh hari, namun ada perkara positif yang dapat dikesan oleh bekas pemain Selangor, Shahrom Kalam. Shahrom melihat pemain tengah Kedah, Amirul Hisyam telah menunjukkan persembahan yang baik dalam perlawanan tersebut. Dalam satu ciapan di laman X, bekas pemain kebangsaan itu menganggap […]
Tindakan Rahadiazli Dipersoal Penyokong Terengganu

Hasrat Terengganu FC mencuri tiga mata dari Stadium Bandaraya hari ini tidak kesampaian apabila dikecewakan jaringan penalti saat akhir Penang FC yang disudahkan Rafael Vitor sekali gus mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Namun disebalik keputusan seri tersebut, penyokong Terengganu dilihat tidak bersetuju dengan tindakan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang melakukan kekasaran ke […]
Liga Super: Sabah Tamatkan Tentangan Hebat Perak

Sabah FC melebarkan siri kemenangan mereka kepada lima kemenangan dalam semua kejohanan apabila menewaskan Perak FC 1-0 hari ini. Skuad Badak berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Sementara skuad Seladang pula mahu bangkit selepas dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super pada musim lepas. Menyedari kekuatan […]
Liga Super: Gol Saat Akhir Penang Buat Terengganu Kecewa

Penang berjaya mengecewakan Terengganu pada saat akhir apabila menidakkan kemenangan Terengganu untuk meraih keputusan seri 1-1. Rahadiazli turun selaku penjaga gol utama manakala pertahanan kental, Shahrul Nizam memegang lilitan kapten dalan perlawanan ini. Penang pula menurunkan 10 pemain tempatan dalam perlawanan ini dan hanya Rafael Victor merupakan pemain import buat Penang. Aksi separuh masa pertama […]
Liga Super: JDT Mudah Baham Sri Pahang Di Darul Makmur

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk meneruskan momentum kemenangan dalam saingan domestik apabila menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan namun penguasaan bola lebih memihak kepada JDT. JDT tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan apabila pada minit […]
Giancarlo Gallifuoco Yakin KL City Miliki Pengganti Sempurna Buat Kevin Mendoza

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco percaya prestasi pasukan itu tidak akan terjejas dengan pemergian penjaga gol utama mereka, Kevin Ray Mendoza. Mendoza tidak lagi bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu selepas menerima tawaran daripada kelab Indonesia, Persib Bandung. Ini meninggalkan slot penjaga gol utama pasukan menjadi rebutan dua penjaga gol iaitu […]
Terengganu Bakal Manfaatkan Tenaga Ubi Muda

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner bakal memanfaatkan barisan pemain Terengganu FC II untuk perlawanan menentang Penang FC malam ini. Keputusan ini dibuat bukan saja dengan mengambil kira masalah kecederaan yang membelenggu skuad Penyu sejak kebelakangan ini. Malah, Steinbruckner juga memikirkan kesan tempoh perjalanan 30 jam dari Sydney ke Georgetown ke atas anak-anak buahnya. Ini susulan […]
Tan Cheng Hoe Tidak Mahu Selangor Jadi Belasahan Di Asia

Selangor FC berjaya ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan selepas mengesahkan kedudukan naib juara Liga Super 2023 dengan menewaskan pencabar terdekat Kedah Darul Aman FC semalam. Persediaan yang rapi perlu dibuat oleh barisan kejurulatihan Selangor yang diterajui Tan Cheng Hoe dalam menyediakan skuad yang lebih mantap pada musim hadapan. Ini kerana peringkat asia […]
“Selangor Lebih Klinikal” – Nafuzi Zain

Kekalahan 0-1 yang menimpa Kedah Darul Aman FC di tangan Selangor FC semalam telah memadam harapan skuad Sang Kenari untuk ke pentas asia musim hadapan. Mengulasa mengenai perlawanan tersebut, Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain berpendapat kedua-dua pasukan telah bermain dalam satu perlawanan yang berintensiti tinggi namun Selangor lebih klinikal untuk menyudahkan peluang. “Bagi saya, saya cukup […]
Bawa Selangor Ke Asia Jadi Kenangan Indah Tan Cheng Hoe

Kejayaan ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe membawa pasukannya melayakkan diri ke AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan merupakan kenangan manis bagi dirinya. Beliau berkata bahawa kenangan yang terbaik adalah berjaya mengemudi skuad Gergasi Merah ke peringkat Asia memandangkan ini merupakan kali pertama beliau berhasil membimbing kelab ke peringkat itu. “Ia adalah suatu […]
Selangor Raih Wang Ganjaran RM1.9 Juta

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC menerima khabar gembira apabila berjaya menempah slot ke Asia bagi musim hadapan apabila muncul selaku naib juara Liga Super 2023 dan meraih wang ganjaran bernilai RM1.9 Juta. The Red Giants mempamerkan persembahan kelas tinggi di Stadium Darul Aman dengan gol tunggal Ayron Del Valle memastikan kemenangan tipis 1-0 ke […]
Liga Super: Kedah Tunduk Di Laman Sendiri Kepada Selangor

Aksi Liga Super diteruskan dengan aksi hangat di antara Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC. Perlawanan yang diadakan di Stadium Darul Aman itu menyaksikan Selangor berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 1-0. Kedua-dua pasukan dilihat menurunkan kesebelasan utama mereka bagi menndapatkan tiga mata berharga dengan misi ke pentas asia menjadi sasaran. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua […]