Terengganu Jadikan Nasihat TMJ Panduan Bagi Musim Baharu

Terengganu FC (TFC) terus berusaha menjadi satu pasukan yang lebih bagus untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan. Bagi mencapai aspirasi tersebut, satu delegasi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengadakan pertemuan dengan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim hari ini. Delegasi PBSNT diketuai Presiden merangkap […]

“Adakah Kami Akan Bermain Atas Sawah Padi Di Stadium Lain?” – TMJ

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengajukan soalan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perancangan bagi musim hadapan. Baginda memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim dalam keadaan terbaik pada musim ini. DYAM TMJ menyatakan kerisauan mengenai perjalanan […]

Jalil Elias & TMJ Bertemu, Sudah Mula Berlatih Tak Sampai 24 Jam

Ketibaan perancang tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias sememangnya menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air. Pemain berusia 27 tahun itu berpindah dari Liga Primera Argentina untuk menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2024. Perancang tengah versatil ini menjadi tunjang utama buat pasukannya, San Lorenzo dengan kebolehan untuk beraksi pada beberapa posisi […]

Nafuzi Zain Kekal Di Kedah

Desas-desus tentang masa depan Nafuzi Zain bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terjawab hari ini. Pengurus pasukan Sang Kenari, Joe Rozi mengesahkan bekas pengendali Terengganu FC itu masih komited dengan pasukan dari utara tanah air itu. Beliau juga turut menyatakan khabar angin Nafuzi bakal kembali ke pasukan dari Pantai Timur itu sebagai tidak benar. […]

Kedah Jana RM2.6 Juta Hasil Jualan Tiket 2023

Sokongan padu penyokong mampu memberi hasil lumayan kepada sesebuah kelab bola sepak seperti yang disaksikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini, Kedah telah merekodkan jualan 135,352 tiket untuk 16 perlawanan semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) yang diadakan di Stadium Darul Aman. Daripada 16 […]

Tiga Artis Antarabangsa Serikan Malam Keraian Kejuaraan JDT

Keraian kejuaraan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 16 Disember ini bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran tiga artis antarabangsa. Tahun 2022 menyaksikan penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat, Jason Derulo dipilih sebagai artis jemputan bagi meraikan kejayaan empat trofi yang digondol Harimau Selatan. Tahun ini, tiga lagi penghibur antarabangsa dipilih bagi menyerikan malam sambutan […]

Bekalan Elektrik TRW Hotel Telah Dipotong?

Kemelut kewangan yang melanda Kelantan FC dikatakan semakin buruk apabila bekalan elektrik TRW Hotel sudah dipotong oleh pihak tertentu. Halaman Kelantan – Pride and Soul mendakwa perkara ini didedahkan sendiri oleh pemain pasukan itu yang tidak dinamakan. Sekiranya dakwaan ini benar, kemelut kewangan yang dihadapi The Red Warriors semakin meruncing dan belum menemui jalan penyelesaian […]

“Saya Masih Sayangkan Kelantan”

Jurulatih Kelantan FC, Angel Alfredo Vera mengakui masih sayangkan pasukan itu biarpun mendapat tawaran dari Liga 1 Indonesia. Pengakuan ini dibuat dalam sidang media pasca-perlawanan PDRM-Kelantan yang berlangsung semalam. Jurulatih Argentina itu mendedahkan beliau sudah mempunyai perancangan untuk membantu The Red Warriors bangkit pada musim hadapan. Bagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pengurusan Kelantan sama […]

Liga Super: PDRM Bermaharajalela Belasah Kelantan

Perlawanan Liga Super ke-25 antara pasukan PDRM dan Kelantan FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah. Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan barisan muda The Red Warriors memberi tentangan hebat kepada juara MFL Challenge Cup 2023 di gelanggang lawan. Sungguhpun asakan awal dilakukan oleh pasukan pelawat hampir membuahkan hasil, The Kops terlebih dahulu […]

Liga Super: Penangan Paulo Josue Bantu KL City Benam Kuching City

Saingan Liga Super diteruskan dengan aksi Kuching City FC yang melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Negeri Sarawak. Perlawanan sengit itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada KL City. Aksi bermula dengan penguasaan bola lebih terarah kepada pasukan tuan rumah manakala KL City menunggu peluang melancarkan serangan balas. KL City akhirnya berjaya […]

Ubaidullah Shamsul Disahkan Cedera ACL

Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan yang semakin meningkat naik, Ubaidullah Shamsul Fazili. Penganalisis bola sepak, Cafiq Sahari mendedahkan Ubaidullah terpaksa berehat sekitar sebulan hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa aksi final Piala Malaysia 2023. Kecederaan tersebut dialami beliau susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang […]

Paulo Josue: KL City Sasar Kedudukan Enam Terbaik

Kapten KL City FC, Paulo Josue berharap dapat membantu pasukan itu menamatkan kempen Liga Super dalam kedudukan enam terbaik. Ketika ini, kedudukan tersebut dihuni oleh finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Bagaimanapun, selepas diikat 1-1 Penang FC pada minggu lepas, mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata di hadapan The City Boys. Sekiranya KL City berjaya […]

Hong Wan: Berpindah Ke JDT Adalah Keputusan Terbaik Dalam Hidup Saya

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hong Wan menyifatkan keputusan berpindah ke pasukan itu sebagai keputusan terbaik yang dibuat dalam hidupnya. Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila beliau ditemubual BBC Sport pada 8 Disember lalu. Semasa menyertai Harimau Selatan pada 2021, pemilik nama sebenar Nathaniel Shio Hong Wan itu mengakui tidak mengetahui tentang kualiti JDT […]

Kapten Kelantan Angkat Kaki

Selepas memberikan segala-galanya buat Kelantan FC sejak musim 2021, kapten pasukan, Yusri Yuhasmadi akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada The Red Warriors. Perkara tersebut telah dikongsikan di laman instagram milik beliau sebentar tadi. Yusri merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik kelab, Norizam Tukiman, pihak pengurusan, pegawai, rakan-rakan sepasukannya di Kelantan dan penyokong The Red Warriors. Namun […]

Status Stadium Baru Selangor Dalam Fasa Akhir

Proses pembinaan stadium baru Selangor FC, Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal bermula tidak lama lagi. Hal ini didedahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari selepas ditanya tentang perkara tersebut oleh kumpulan penyokong Selangor Power Sampai Kiamat. Sebelum ini, ramai penyokong Merah Kuning tertanya-tanya tentang perkembangan terbaru projek tersebut. Ini selepas proses […]

“Bagaimana Anda Boleh Tidak Jatuh Cinta Kepada Liga Ini? ” – Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Giancarlo Gallifuoco baru-baru ini telah menonton perlawanan Liga Super di antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Pemain berasal dari Australia itu nyata terkejut dengan aksi menghiburkan kedua-dua pasukan yang mempamerkan corak permainan pantas dan mendebarkan. Dalam satu ciapan di laman X milik beliau, […]