Fahmi Fadzil Sedia Selamatkan KL City

Masalah kewangan yang membelenggu pasukan KL City mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi YB Menteri, beliau sempat berbincang bersama beberapa figura penting seperti Menteri Wilayah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City di bangunan Parlimen. Pertemuan ini bagi membincangkan mengenai situasi semasa […]
Khalid Samad Letak Jawatan, Nenad Bacina Tinggalkan KL City

KL City FC menerima tamparan hebat apabila dua figura utama pasukan telah meletak jawatan. Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad sah meletak jawatan pada hari ini. Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di X baru-baru ini. Khalid menggalas peranan sebagai presiden persatuan tersebut sejak tahun 2019. […]
Faliq Firdaus Jawab Kenyataan Tak ‘Layan’ Zaquan Adha

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan beliau tidak melayan pertanyaan yang dibuat penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Kenyataan ini dibuat bagi membalas bidasan yang dibuat penyerang berusia 37 tahun itu di Instagram Story baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut, Zaquan mendakwa Faliq enggan membalas pertanyaannya dan disifatkan cuba lari daripada berlaku […]
CEO Negeri Sembilan Senaraikan 5 Sebab Kontrak Zaquan Adha Tidak Disambung

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus baru-baru ini telah menyenaraikan lima sebab utama mengapa Negeri Sembilan tidak menyambung khidmat penyerang veteran, Zaquan Adha Abd Radzak bagi mengharungi saingan Liga Super musim baharu. Faliq berpendapat faktor umur Zaquan yang menjangkau ke angka 37 tahun dan juga rekod kecederaan Zaquan yang serius merupakan dua […]
JDT Bakal Terbang Ke Sepanyol, 7 Lawan Handalan Menanti

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan terbang ke bumi Sepanyol bagi menjalani kempen pra-musim sebelum saingan Liga Malaysia 2024/2025 bermula. Dalam satu hantaran yang dimuat naik laman OfficialJohor, kelab dari selatan tanah air itu memaklumkan bahawa mereka bakal berkampung selama dua minggu di sekitar Alicante, Sepanyol. Skuad bimbingan Hector Bidoglio akan menguji kekuatan […]
Kelantan Darul Naim Terima Suntikan Setengah Juta

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini. Terbaru, KDN menerima suntikan penajaan jersi dan kit berjumlah RM600,000 daripada PUC Sport untuk musim 2024-2025. Pengumuman tajaan ini dibuat oleh pasukan itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka semalam. Majlis tandatangan […]
Kedah Terima Tajaan RM2 Juta

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman menerima suntikan dana sebanyak RM2 Juta untuk memulakan saingan musim 2024/25. Pasukan utara tanah air itu berdepan kemelut apabila berpotensi disingkirkan dari saingan Liga Super susulan masalh tunggakan gaji. Sang Kenari bagaimanapun optimis untuk terus kekal bersaing di pentas tertinggi bola sepak Malaysia melalui pelbagai inisiatif yang dilakukan. Terbaru, […]
Pendapat Berbeza CEO Negeri Sembilan & Zaquan Adha

Ramai peminat bola sepak Negeri Sembilan FC terkejut dengan keputusan pengurusan pasukan untuk melepaskan penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Perasaan sama turut dikongsi beliau semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena hari ini. Zaquan mengakui tidak tahu tentang status dirinya bersama skuad Rusa sehinggalah menerima surat pemakluman bahawa kontraknya tidak […]
Kedah Seru Sokongan Padu Peminat, Kukuhkan Kewangan Kelab Menjelang Musim Baru

Menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyeru sokongan peminat untuk memperkukuh kedudukan kewangan pasukan itu. Seruan itu dibuat oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini. Menerusi kempen ‘KEEP THE HOPE […]
Kelantan United Berwajah Baru, Dikenali Sebagai Kelantan Darul Naim

Pasukan dari Pantai Timur, Kelantan United FC kini memiliki nama baru iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Pengumuman pertukaran nama kelab bola sepak itu diumumkan pengurusan kelab menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan. Pengurusan KDN FC memaklumkan perubahan tersebut dibuat bagi menyatukan semula penyokong Kelantan di bawah satu panji kebanggaan negeri iaitu […]
Akram Mahinan Mahu Beri Lebih Kudrat Bersama Terengganu

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan tekad memberikan sepenuh tenaga bagi membantu pasukan baharunya itu mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Beliau berazam untuk mempamerkan aksi lebih berkualiti berbanding musim-musim terdahulu bagi mengangkat pasukan Terengganu menjadi pencabar utama di pentas Liga Malaysia musim hadapan. ”Saya perlu berusaha lebih untuk memberi lebih kualiti daripada saya main dengan […]
Bekas Pemain Kebangsaan Jepun Perkuat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat semakin memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Malaysia apabila membawa masuk bekas pemain kebangsaan Jepun, Takumi Sasaki. Pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain terbaru Negeri Sembilan yang baru sahaja diumumkan di platform media sosial NSFC semalam. Takumi Sasaki merupakan pemain kebangsaan Jepun untuk skuad bawah 20 dan […]
Masalah Gaji KL City Akan Selesai Dalam Beberapa Hari

Penyokong KL City FC kini boleh menarik nafas lega kerana isu gaji yang membelenggu pasukan itu akan selesai tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena. Stanley memaklumkan kemelut ini bakal berakhir dalam beberapa hari lagi. […]
Terengganu Nafi Tandatangani Pemain Buriram United

Susulan khabar angin pemain pertahanan kebangsaan, Dion Cools bakal berhijrah ke Terengganu, pihak pengurusan tampil memberi jawapan tentang spekulasi yang berlaku. Pihak kelab telah menyatakan bahwa tiada usaha yang dibuat oleh pasukan untuk menandatangani salah seorang pemain Buriram United. “Berkenaan berita yang tersebar mengenai kelab ingin menandatangani salah seorang pemain Buriram United, ianya adalah tidak […]
Pengurusan Terengganu Ucap Penghargaan Kepada Buriram United

Pengurusan Terengganu FC berpeluang mengadakan lawatan kerja ke kelab juara Thai League 1 musim 2022-2023, Buriram United baru-baru ini. Lawatan kerja ini bukan saja bertujuan membina perhubungan di antara kedua-dua kelab. Malah, Buriram dan Terengganu dapat membincangkan kerjasama yang dilihat bakal memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak. Delegasi skuad Peteh diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohd […]
“Tiada Jaminan Mana-Mana Pemain Dalam Kesebelasan Utama” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya terus bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Jurulatih berusia 58 tahun itu mahu menilai para pemainnya ketika sesi latihan dan aksi pemanas badan bagi menentukan pemain yang layak untuk mengisi kesebelasan utama pasukan. ”Saya tidak boleh memberi sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada […]