Miroslav Kuljanac Dilantik Ketua Jurulatih KL City

Selepas menghela nafas lega kerana kemelut kewangan yang dilalui sudah berakhir, KL City FC membuka era baru dengan melantik Miroslav Kuljanac sebagai ketua jurulatih baru pasukan. Perlantikan jurulatih Croatia berusia 53 tahun itu diumumkan KL City menerusi platform media sosial mereka hari ini. Perlantikan ini dibuat bukan saja untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih sebelumnya, […]

“FIFA Paling Tak Suka Masalah Tunggakkan Gaji” – Hamidin

Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilihat sedikit kecewa dengan situasi semasa bola sepak negara membabitkan dua pasukan dalam Liga Super. Beliau menegaskan masalah ini perlu ditangani sehabis baik walaupun banyak kelab yang telah pihaknya keluarkan antaranya Perlis dan Melaka. Dalam pada itu, Hamidin menjelaskan jika masalah ini berlarutan, Malaysia bakal dikenakan […]

Cerita Pilu Marin Pilj Ambil Jersi No.60 Di Terengganu

Baru-baru ini Terengganu telah sah menyambar khidmat pemain tengah Croatia, Marin Pilj yang pernah beraksi di kelab Liga Croatia, NK Varazdin. Kehadiran beliau dijangka bakal mengisi kekosongan jentera tengah Terengganu yang ditinggalkan bintang utama mereka musim lalu, Habib Haroon. Menerusi perkongsian oleh pemain kelahiran Osijek Croatia itu kepada Terengganu, Pilj sempat bercerita mengenai kenapa memilih […]

Leandro Velazquez Tinggalkan JDT Dengan Rekod Hebat

Perancang tengah lagenda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez meninggalkan pasukan dengan rekod yang cukup hebat. Pemain kelahiran Argentina ini merupakan antara watak penting bersama pasukan sejak kali pertama tiba di Johor pada tahun 2015. Khidmat beliau bagaimanapun tidak kekal bersama pasukan Harimau Selatan bagi saingan musim 2024/25. Pemain berusia 34 tahun itu sah […]

Hamidin: Kelab Tidak Belajar Daripada Kesilapan Perlis & Melaka United

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa melihat kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M). Ketika ini, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah kewangan meskipun saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi. Isu ini dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab tidak […]

Rezal Zambery Yahya Dilantik Penolong Jurulatih Kelantan Darul Naim

Menjelang musim baru Liga Super musim 2024-2025, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengumumkan Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu. Perkara ini diumumkan pengurusan Kijang Emas menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “Barisan pegawai dan kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (termasuk Rezal Zambery Yahya) menandatangani kontrak musim […]

Media Brazil Dedah Kontrak Murilo Henrique Di JDT

Salah sebuah media di Brazil mendedahkan kontrak yang diterima oleh pertahanan kiri baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique. Pemain kelahiran Espirito Santo, Brazil ini menyertai skuad Harimau Selatan setelah hampir 6 tahun beraksi di Finland untuk membawa haluan baharu ke Malaysia. Beliau bakal memberi saingan sengit kepada dua pemain utama JDT, La’vere Corbin […]

Bekas Pemain Muda Fulham Pilih Kuching City

Bekas pemain muda Fulham, Keanu Marsh-Brown dilihat bakal kembali memperkuat jentera serangan Aidil Sharin, Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di platform media sosial Youtube Astro Arena yang turut mengatakan Keanu Marsh-Brown hampir pasti ke Kuching City musim ini. Pemain berusia 31 […]

Pemain Yakin Selangor Akan Pergi Lebih Jauh Dengan Nidzam Jamil

Pemain pertahanan meningkat naik, Harith Haiqal percaya kredibiliti yang ada pada Nidzam Jamil mampu membawa pasukan Selangor melangkah lebih jauh bagi musim 2024/25. Selangor kini telah mengumumkan secara rasmi pelantikan Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih Gergasi Merah yang baharu setelah pemergian Tan Cheng Hoe ke Police Tero. Jurulatih berusia 43 tahun itu memiliki pengalaman yang […]

KL City Ada Sebab Belum Mula Aksi Pra Musim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard memberi jawapan mengapa pasukan masih belum mulakan aksi pra musim.   Beliau mahu mengutamakan penyelesaian tentang masalah gaji pemain terlebih dahulu. Oleh sebab itu, KL City menganjakkan tarikh lagi untuk memulakan aksi pra musim.  Stanley dalam pada itu juga tidak mahu para pemain memulakan latihan tanpa sebarang […]

“Jadi Pengutip Bola Di Selangor Pun Ada Tekanan” – Nidzam Jamil

Jurulatih baru Selangor FC, Nidzam Jamil melihat tidak kira siapa dalam pasukan termasuk dirinya, mereka perlu bijak menguruskan tekanan. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media susulan perlantikannya sebagai pengganti Tan Cheng Hoe disahkan petang semalam. Nidzam yang pernah beraksi sebagai pemain pertahanan Merah Kuning sekitar 2000 hingga 2004 mendedahkan dirinya pernah memainkan peranan […]

Nidzam Jamil: Tahun Ini Adalah Tahun Yang Mencabar

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tahun ini merupakan musim yang mencabar. Selangor FC baru sahaja mengumumkan pelantikan Nizdam Jamil sebagai ketua baharu Jurulatih Selangor menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe yang kini sudah bersama Police Tero. Jurulatih berusia 43 tahun ini mahu setiap pihak memberi sokongan penuh kepada pasukan untul hadapi musim […]

Fahmi Fadzil Jamin Masalah KL City Akan Selesai Dalam Tempoh Singkat

Penaung kelab Liga Super, KL City FC, Fahmi Fadzil mengumumkan inisiatif lumayan kepada pasukan menjelang sepak mula musim 2024/25. Menerusi satu pengumuman yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras hari ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memaklumkan sejumlah wang yang besar akan diperuntukkan untuk pasukan itu. Peruntukan ini akan dibuat selepas berhubung dengan Datuk Bandar Kuala […]

Jurulatih Croatia Dijangka Kemudi KL City

Jurulatih kelahiran Croatia, Miroslav Kuljanac dijangka bakal ‘naik pangkat’ sebagai Ketua Jurulatih KL City bagi musim baharu ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang melaporkan bahwa penolong jurulatih KL City itu akan menjadi pengendali tetap pasukan. Miroslav Kuljanac bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nenad Bacina yang mengumumkan secara mengejut […]

Terkini: Nidzam Jamil Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Selangor

Jurulatih interim Selangor FC, Nidzam Jamil sah dilantik sebagai pengendali pasukan yang baru untuk musim 2024-2025 menggantikan Tan Cheng Hoe. Pengumuman ini dibuat pengurusan Merah Kuning menerusi satu siaran media di laman sesawang pasukan hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon menyifatkan Nidzam sebagai calon tepat untuk mengemudi pasukan ke hadapan […]

Akram Mahinan: Boleh Panggil & Bincang Baik-Baik

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan situasi antara Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus boleh saja diselesaikan dengan baik. Ini selepas beliau mengulas kemelut yang melanda dua figura itu menerusi akaun X semalam. Kemelut Zaquan dan Faliq tercetus apabila pertanyaan penyerang berusia 37 tahun itu tentang […]