JDT Buka Mulut Isu Akhyar Rashid, Faisal Halim & Safiq Rahim

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengulas mengenai isu keganasan yang muncul melibatkan beberapa pemain seperti Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaharu, Safiq Rahim. Minggu suram buat arena bola sepak Malaysia apabila satu demi satu kes keganasan yang mengancam nyawa dan keselamatan para pemain bola sepak negara berlaku dan yang terkini, pemain tengah JDT, […]

Kereta Safiq Rahim Diserang Penjenayah

Kereta pemain bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim telah diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.05 minit malam semalam berlaku sebaik sahaja Safiq selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT. Berita ini dikongsikan sendiri oleh pemain tengah Harimau Selatan itu yang memuat naik […]

Selangor Lancar Kempen Solidariti Buat Faisal Halim

Berikutan insiden menyayat hati yang menimpa Faisal Halim, Selangor FC mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen solidariti bersama orang ramai. Menerusi hantaran di media sosial rasmi pasukan Selangor FC, satu kempen solidariti telah digerakkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa unsur keganasan tidak mempunyai tempat dalam sukan bola sepak. Kempen ini juga mengingatkan orang ramai […]

Zarif Irfan Sedia Jadi Penjaga Gol Utama Sri Pahang

Penjaga gol berpengalaman, Zarif Irfan menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi penjaga gol utama Sri Pahang menjelang musim 2024/2025. Zarif Irfan dijangka akan menjadi penjaga gawang utama Sri Pahang setelah pemergian mengejut Izham Tarmizi pada akhir April lalu. Musim lalu kedua-dua penjaga gol itu bergilir-gilir menjaga gawang gol pasukan apabila kedua-duanya melakukan 14 penampilan dalam Liga […]

Nafuzi Zain: Kedah Perlukan Masa Bentuk Skuad Ampuh

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpandangan anak buahnya masih memerlukan masa untuk membentuk skuad yang ampuh. Kedah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam 4 aksi terakhir pra-musim sebelum bermulanya saingan Liga Super 2024/2025 pada 10 Mei ini. Kedah berjaya menewaskan Penang 3-1, Negeri Sembilan 2-0 manakala Kedah kalah tipis kepada […]

Selangor Mohon Tunda Aksi Piala Sumbangsih

Aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang akan berlangsung pada Jumaat ini berpotensi ditunda. Selangor diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan semasa kempen pra-musim 2024/25. Situasi ini tidak dibantu dengan insiden menyedihkan yang menimpa bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang […]

Terkini: Selangor Asingkan Beberapa Pemain Yang Berpotensi Jadi Sasaran Terbaru

Selangor FC mengambil pendekatan secara drastik dengan beberapa pemain berada dalam pengawasan dan diasingkan. Keputusan yang dibuat ini adalah susulan daripada tragedi hitam yang menimpa pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang disimbah asid pada Ahad. Berita tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melalui satu hantaran di laman X miliknya. “Pihak pengurusan Selangor FC […]

Suspek Utama Dilepaskan Tapi Akan Ditahan Semula Kerana Positif Dadah

Suspek pertama yang melibatkan insiden simbahan asid terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim telah dilepaskan namun akan ditahan semula susulan positif dadah. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau menjelaskan bahawa siasatan polis telah mendapati suspek sebenar kes itu menggunakan motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu.  Beliau turut memaklumkan […]

Syamer Kutty Tetapkan Sasaran Peribadi Bersama Penang

Pemain pinjaman Penang FC, Syamer Kutty Abba ternyata punyai sasaran peribadi selepas dipinjamkan dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia 2024/25. Syamer yang juga pemain skuad kebangsaan mahu mengejar minit permainan bersama Penang dan dalam masa yang sama mahu menyumbang sesuatu buat kelab baharunya itu. “Saya tak ambil masa yang lama untuk […]

Faisal Halim Bakal Terima Ubat Khas Dari Australia

Pemain sayap lincah Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim dikhabarkan bakal menerima ubat khas dari Australia bagi merawat kecederaan yang dialami akibat daripada simbahan asid. Ubat khas tersebut sedang diusahakan bagi merawat kecederaan yang dialami di beberapa anggota badan Faisal seperti rusuk, tangan dan bahu. Selepas pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di mana […]

Selangor Tak Mahu Tarik Diri Berdepan JDT

Naib Juara Liga Super 2023, Selangor FC mengekalkan pendirian untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih. Skuad Gergasi Merah berdepan cabaran hebat selepas kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan aksi pra-musim. Keadaan ini diburukkan lagi apabil insiden menyayat hati berlaku kepada pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang diserang individu misteri dengan cecair […]

Faisal Halim Alami Gangguan Komunikasi, Kini Di ICU

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim kini mengalami gangguan komunikasi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tonggak Harimau Malaya itu mengalami serangan mengejut daripada individu yang tidak dikenali dan disimbah dengan cecair yang dipercayai asid. Beliau menerima rawatan dan telah menjalani pembedahan pertama yang berlangsung selama 4 jam. Serangan yang berlaku di […]

Selangor Mahu Tarik Diri Aksi Piala Sumbangsih? 

Pasukan Selangor FC berpotensi menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih musim 2024/25. Kemungkinan ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar kepada media semalam. Shahril berpandangan sedemikian kerana beliau percaya insiden pemain sayap Merah Kuning, Faisal Halim disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali pada Ahad lepas memberi kesan negatif kepada […]

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Seorang Lagi Suspek Ditahan

Susulan kes simbah asid terhadap pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, seorang lagi suspek telah ditahan oleh pihak polis. Pemain berusia 26 tahun itu telah diserang secara mengejut oleh individu yang tidak dikenali apabila disimbah dengan cecair yang dipercayai asid. Keadaan ini menyebabkan tonggak kebangsaan itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah […]

Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]

Faisal Halim Ditempatkan Di ICU

Susulan kecederaan yang menimpa pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akibat terkena simbahan asid, pemain itu kini dilaporkan sedang dipantau rapi oleh doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor. Melalui satu perkongsian daripada wartawan Media Prima Berhad, Mohd Redzuan Abdul Manap, keadaan Faisal tidak baik selepas melalui pembedahan pertama. Buat masa ini, […]